Fesyen Muslimah Elfira Loy di Tanah Suci Mekah

Terpegun dan terpesona melihat kecantikan selebriti popular Elfira Loy ketika berniqab. Malah jubah dan khimar yang digayakan memang cukup muslimah dan sejuk mata memandang. Khabarnya koleksi jubah dan khimar dipakai sepanjang menunaikan Umrah adalah koleksi dari jenamanya sendiri iaitu @el.elfiraloy. Rozita Che Wan pun berniqap ketika menunaikan Umrah alasannya tidak mahu orang awam mengenalinya sebagai selebriti sepanjang berada disana. Takut nanti ibadahnya terganggu, okay memang ada logiknya kan. Jadi tolong lah jangan suka kejam mereka-mereka semua , doakan yang yang terbaik, lagi elok dari duk mengata yang bukan-bukan. Fuh jangan jadi macam mak cik bawang okay. 

Memang sekarang musim menunaikan umrah termaksud keluarga belah suami sendiri. Semoga Allah memudahkan perjalanan Umrah saudara Islam kita disana. Sampai sekarang memang teringin sangat ke sana. Insyaallah suatu hari nanti. Amin

Fesyen Muslimah Elfira Loy


Elfira Loy adalah ikon fesyen muslimah lebih-lebih lagi fesyen tudungnya menjadi viral sehinggalah ramai yang meniru fesyen tudung slebriti yang comel ini. Pernah update 'Cara Pakai Gaya Tudung Elfira Loy', nanti boleh lah pakai masa raya nanti kan. Haaa gitewww, layankan gambar cantik Elfira di Tanah suci semoga kita semua juga berpeluang untuk kesana juga. Amin 






Secantik-cantik hiasan adalah wanita solehah..
Perkataan solehah itu BUKAN terletak pada pakaian semata-mata, Solehah meliputi iman dan taqwa seseorang muslimah pada Allah SWT. Apabila iman ada dalam diri, ia akan lahir secara lahiriah tidak kira dalam berpakaian, percakapan, pergaulan, pemikiran dan perlakuan. Beruntunglah mereka yang bernama wanita kerana Allah meletakkan wanita Islam dalam kedudukannya sendiri.
SubhanAllah..SubhanAllah..Alhamdulillah...
Hargailah diri kita wahai wanita sebagaimana Allah menghargai dan menyayangi serta meletakkan kita dalam kedudukannya sendiri..
Muhasabah diri ini agar senantiasa menjadi hamba Allah yang bersyukur. Insyallah

SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

siapa komen, dapat bunga ♥ ^^◕‿◕✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...