Review Huawei Mate 10 - Best!

Review Huawei Mate 10 | Alhamdulillah kembali untuk review telefon pintar terbaru Huawei Mate 10. Harga? Sorry Mek Cah dah lupa berapa sebab dah beli berbulan-bulan masa mula-mula Huawei Mate 10 dilancarkan pada November 2017. Korang boleh je google 'harga Huawei Mate 10'. Mek Cah sebenarnya memang susah nak tukar telefon sebab tetap sayang dengan OPPO R1 , sampai sekarang masih guna telefon tu untuk ambil gambar sebab memang puashati dengan kamera tersebut tapi tulah dah bertahun guna telefon pun dah jadi slow dek kerana banyak sangat barang dalam telefon tu. Nak delete dan kemaskini memang sayang sebab semua detail customer sebelum ni ada dalam tu. Tahun 2014 pernah 'Review Oppo R1' , masa tu acah-acah salah satu pengguna pertama brand OPPO. Lolzz nak termuntah tak?!

Macam biasa kalau nak pilih brand telefon pasti Mek Cah tengok kualiti kamera dahulu. Maklumlah suka bergambar dan berniaga online kualiti kamera memang kena power, tapi Mek Cah ada mengidam brand IPHONE. Tapi suami lebih suggest Mek Cah pakai Huawei Mate 10 sebab spec dia lagi power dari IPHONE. Betul ke?

review huawei mate 10
Yang ni gambar tak edit langsung cuma resize supaya kecik sikit dan letak watermark.

REVIEW HUAWEI MATE10

Huawei Mate 10 - Full phone specifications
Huawei Mate 10 - Full phone specifications

Okay lah janji untuk kepuasan berniaga online di IG 'anisalisha.co' , 'thecumi.kids' , kasutmurah.viral' dan 'casingkitty.co' . Nampak gigih kan berniaga dipasaran instagram. Fuhhhh mungkin ramai yang ingat Mek Cah duk goyang kaki kat rumah tunggu laki bagi duit. Haishhh no no no, Mek cah nak apa-apa pakai duit sendiri tak perlu harap duit suami gitewww. Mana la tahu ada Mak Cik bawang cakap untung la dia tak kerja sebab suami dah kerja engineer banyak la duit. Hello, tu duit suami Mek cah bukan duit Mek Cah nak apa-apa usaha sendiri. Tskkkk

review huawei mate 10 1
My princess bambam.

review huawei mate 10 hazanis 2
Boleh la nak perasan muka suci bersih walaupun sebaliknya tidakkkkk. haaa giteww.

okay tak payah dengar cerita mulut orang , jom fokus berniaga dari rumah. Tak perlu nak ceritakan semua yang penting dari rumah boleh buat duit sambil jaga anak. kalau dulu sebelum kahwin gigih naikkan 'Hazanis Fashion' sekarang memang fokus pasaran IG, alhamdulillah income pun okay lebih dari cukup nak bayar kereta SAGA bulan-bulan (PROTON SAGA JE PUNNNNNN). 

Apa yang boleh Mek Cah cakap tentang Huawei Mate 10 ni memang puashati giler nak balas whatsapp pelanggan pun laju, ambil gambar clear cumaaaaaa kenapa Mek Cah rasa kalau ambil gambar dengan Huawei Mate 10 ni kelihatan gemuk je. Yer, memang hakikat makin gemuk. Hummmmm

review huawei mate 10 hazanis
 casing dari ig @casingkitty.co

Best, korang tak akan menyesal guna Huawei Mate 10 ni, dah cuba baru lah rasa tu macam mana kan. ewahhh! Dah boleh pergi cari sekarang! biar kita satu geng. Dah ada telefon baru boleh la shopping casing baru di instagram @casingkitty.co tau! krik krik salam. :)
Thanks for reading.♥


SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

4 ulasan:

  1. Saya pun berniaga di IG jugak :) Bolehlah buat side income.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ig nama apa?blh la follow nnti. ☺️

      Padam
  2. huawei mate 10 memang terbaik

    BalasPadam
  3. Wowww! LAma sangat tak baca blog blogger2 best ni, still informative macam dulu :)

    BalasPadam

siapa komen, dapat bunga ♥ ^^◕‿◕✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...