9 Foto Aaisyah Dhia Rana Terlajak Comel di Majlis Resepsi Ruzaini dan Isteri Bertemakan 'Malam Bollywood'

Ya Allah, sungguh comel Aaisyah Dhia Rana anak kesayangan pelakon Rozita Che Wan dan Zain Saidin. Disebabkan itu juga kehadiran Aaisyah Dhia Rana ke majlis resepsi pereka fesyen terkenal Wan Mohd Ruzaini Wan Jamil (Rizman Ruzaini) dan isteri telah menjadi perhatian ramai. Oh ya, kalau tak silap '10 Gambar Menarik Majlis Resepsi Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin' pun berlangsung pada malam yang sama. Meriah betul majlis mereka!. Majlis bertemakan Bollywood yang berlangsung malam semalam telah dihadiri ramai selebriti popular seperti Datuk Siti Nurhaliza, Ziana Zain, Scha Alyahya, Awal Ashaari dan Fazura. Malah mereka semua tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan barbie doll tecik ini. Rata-rata selebriti yang bergambar bersama Aaisyah Dhia Rana berkongsi foto mereka bersama anak comel ini di instagram milik mereka dengan menggunakan kapsyen yang mencuit hati. Salah satunya ialah Datuk Siti Nurhaliza yang menggunakan kapsyen :

Foto Comel Aaisyah Dhia Rana
Foto Comel Aaisyah Dhia Rana di Majlis Resepsi Pereka Fesyen, Ruzaini dan Isteri

“Dah lama nak jumpa princess sorang nie..akhirnyaa #aaisyahdhiarana #culiksat #anakpatung @rozitachewan1,”

Eeeeeeee geramnya, gelagat Aaisyah yang comel dengan memakai skirt labuh beserta baju berkilau berwarna hijau sedondon dengan ibunya  menawan hati tetamu yang hadir pada majlis tersebut. Semoga anak Mek Cah yang bakal lahir nanti mukmuk macam Aaisyah Dhia Rana. Orang mengandung kena tengok lama-lama baby comel agar anak dalam kandungan berkenan dan mana la tahu dapat baby comel macam Aaisyah Dhia Rana. Haishhh mula la ni nak berangan tapi tak salah kan. Opsss! disebabkan terlajak minat dengan budak comel ini Mek Cah telah selitkan gambar Aaisyah Dhia Rana di dalam artikel 'Cara Mengetahui Jantina Bayi Dalam Kandungan'. Jangan marosss!

Jom layan beberapa foto Aaisyah Dhia Rana yang terlajak comel di Majlis Resepsi Pereka Fesyen, Ruzaini dan Isteri Bertemakan 'Malam Bollywood'. Kecomelan
Aaisyah Dhia Rana tidak boleh dipertikaikan lagi. Siapa setuju? Mihmih

Foto Comel Aaisyah Dhia Rana di Majlis Resepsi Pereka Fesyen
Foto Comel Aaisyah Dhia Rana ala bollywood
Foto Comel Aaisyah Dhia Rana di Majlis Resepsi Pereka Fesyen, Ruzaini dan Isteri Bertemakan 'Malam Bollywood'
Foto Comel Aaisyah Dhia Rana di Majlis Resepsi Pereka Fesyen, Ruzaini dan Isteri Bertemakan 'Malam Bollywood'
gambar Comel Aaisyah Dhia Rana di Majlis Resepsi Ruzaini dan Isteri
gambar Comel Aaisyah Dhia Rana
Foto Comel Aaisyah Dhia Rana

--SMS/WHATSAPP/VIBER : +6010-8931044 --

13 ulasan:

siapa komen, dapat bunga ♥ ^^◕‿◕✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...