RESEPI

TRAVEL

TIPS

Tips melancong dan bercuti keluar negara

by - 11:36 PM

Tips melancong dan bercuti keluar negara  | Apabila sebut sahaja bercuti keluar negara pasti semua akan rasa teruja kerana inginkan kedamaian dan ketenangan dari sibuk bekerja. Bagi destinasi percutian ke luar negara memerlukan persediaan yang secukupnya dari segi mental, fizikal dan sudah pastinya kewangan. Ahakss 





Memandang Mek Cah mempunyai beberapa pengalaman bercuti di negara luar walaupun hanya di Indonesia dan Vietnam namun pengalaman melancong ke sana cukup memberikan kenangan manis buat Mek Cah. Yelarkan, sangat bersyukur kerana dapat melihat keindahan negara orang lebih-lebih lagi kenangan di Bandung cukup memberikan 1001 kenangan indah menerusi artikal ini 'Percutian ke Bandung : Day 1 (Tangkuban Parahu)'. Sudah semestinya hasil dari kisah percutian akan diceritakan dalam blog ini. Opsss mungkin beberapa tips melancong dan bercuti keluar negara dapat membantu mereka yang mempunyai niat untuk kesana. Tika ini terlebih rajin sebab itu terhasil artikel "Tips Melancong Dan Bercuti Keluar Negara". Disini dikongsikan beberapa hal penting sebelum dan ketika kita melancong di luar negara.

PASSPORT | Gigih tau sebelum Mek Cah dan adik mengambil keputusan untuk ke Bandung terus buat PASSPORT walaupun ketika itu ma abah tak tahu pun kitorang nak pergi ke Indonesia gituh. Berjuruss punya anak. Lol Yang ni ke Vietnam pulak. Hiksss


Pastikan sebelum anda bercuti anda mempunyai PASSPORT yang masih sah tempoh. Jika PASSPORT anda tempoh sahnya kurang daripada 6 bulan. Anda di wajibkan untuk memperbaharui PASSPORT anda di Jabatan Imigresen yang berdekatan dengan anda.

SENARAI HITAM | Sebagai peringatan anda juga digalakkan untuk menyemak nama anda bersih daripada senarai hitam untuk keluar negara. Sila rujuk Semakan Status Kawalan Imigresen DISINI .

TUKAR MATAWANG | Pastikan wang tunai mencukupi dan tukar mata wang mengikut matawang negara yang akan lawati. Jika memiliki Kad Kredit/Debit daripada Bank Tempatan. Sila maklumkan kepada pihak bank untuk mengaktifkan kad kredit/Debit anda untuk kegunaan diluar negara Maklumkan Tarikh dan tempoh serta tempat yang anda akan lawati. Tujuannya bagi mengelakkan transaksi diluar jangka dan kad kredit/Debit akan disekat jika tidak dimaklumkan kepada pihak bank terlebih dahulu.

KAD ATM | Kad ATM boleh juga digunakan untuk mengeluarkan wang tunai ketika berada diluar negara. Tetapi sila semak dahulu dengan pihak bank anda samada Kad ATM anda boleh atau tidak untuk mengeluarkan wang tunai ketika berada diluar negara. Namun kebiasaanya cas tersembunyi apabila korang mengeluarkan wang di ATM luar negara, pernah terkena RM10 setiap kali keluarkan duit. Hukss

TIKET PESAWAT | Pastikan Tiket Pesawat (jika korang menaiki kapal terbang) anda sudah ditempah terlebih dahulu. Periksa tarikh dan masa yang betul untuk mengelakkan korang tidak tersalah beli tiket. Bagi mereka yang inginkan tambang penerbangan yang murah, beli tiket pesawat ketika promosi terutamanya AIRASIA!. Ini boleh menjimatkan perbelanjaan korang. Nah belanja 'Percutian bajet ke Bali'!



PENGINAPAN / HOTEL | Tempah hotel penginapan anda. Sekarang banyak kemudahan di laman sesawang untuk tempahan hotel penginapan. Korang hendaklah membaca fahamkan terma dan syarat terlebih dahulu sebelum membuat sebarang tempahan hotel. Paling penting tarikh dan tempat yang hendak di tuju. Ini untuk mengelakkan korang kerugian dan ada charge tersembunyi . 


A photo posted by 🌷Hazanis Blogspot🌷 (@hazanisblogspot) on

Pastikan hotel tersebut mempunyai kemudahan internet supaya korang dapat berhubung dengan rakan dan keluarga di Malaysia tau. Yang penting cinta hati! Sekarang kan semuanya canggih, skype ada, whatsapp, wechat, facebook dan bla bla bla.. Rasanya artikel ini 'Tips bercuti ke Vietnam Ho Chi Minh'  dapat membantu dan memberikan panduan. Mihmih
TELEFON BIMBIT | Telepon bimbit amat berguna sekali ketika melancong keluar negara sila aktifkan ROAMING. ini memudahkan anda berhubung. Cara lain, sila bawa telefon bimbit lebih dan beli simkad di negara anda lawati. Jangan lupa untuk memaklumkan kepada keluarga terdekat atau sahabat anda apabila sudah sampai di negara yang dilawati. Make sure bagi no telefon bimbit anda yang aktif di negara tersebut untuk senang berkomunikasi jika ada sesuatu. *Mek Cah hanya berhubung dengan keluarga melalui whatsapp hanya menggunakan wifi di hotel sahaja. Jimat!

UBAT-UBATAN | Sebelum keluar negara pastikan anda sentiasa sihat ini mengelakkan percutian anda terganggu dengan keadaan yang tidak stabil. Nanti anda tidak dapat menikmati suasana bercuti. Bagi mereka yang menghidap sakit asma, darah tinggi, kencing manis, kolestrol atau sebagainya bekalan ubat hendaklah mencukupi. Ini penting untuk masa-masa terdesak. * Degil tak pernah pun bawa ubat-ubatan dari pengalaman sendiri. Hukss

BAGASI | Semasa berada di Lapangan Terbang awasi bagasi anda. Pastikan anda tidak meninggalkan bagasi anda sesuka hati. Nanti ada orang masukkan barang terlarang di dalam bagasi anda tanpa disedari.

UNDANG-UNDANG | Sila fahami dan patuhi undang-undang ketika berada dinegara yang anda lawati untuk mengelakkan korang dikenakan denda.


KAMERA | Bawa Kamera untuk merakam aksi anda ketika bercuti sebagai kenangan. Memang biasanya Mek Cah akan bawa 'Nikon Coolpix L820' namun akhirnya hanya guna OPPO R1 sahaja. Lolz

#SyoknyaBercuti

You May Also Like

14 kata-kata indah...

  1. thanks untuk berkongsian ini mek cah. kita buku merah pun xde lagi cemano eh nak keluar negara hahahaha... =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha xpe. buat dulu pah ejah gi luar negarooo. :P

      Delete
  2. wow..bali!!!! bestnya. salah satu percutian idamannnnn

    zinziemeewah

    ReplyDelete
  3. wah!! bali..!!! :) haha.. passprt tu kemain lagi .. hahaha.. mak abah mek cah pun tak tahu..

    ReplyDelete
  4. Bestnya Mek Cah boleh jenjalan ke sana ke mari dengan girang gembiranya...

    ReplyDelete
  5. Boleh terjah plak pasni...nice sharing! Hehe

    ReplyDelete
  6. Tq atas tips sis...sgt berguna. Jemput singgah blog akak. Akak pun suka melancong...:)
    http://marsha-marshashahirnnia.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. wahh menariknya tips2 tu .. thanks for share :)

    ReplyDelete
  8. Perkongsian pengalaman yang menarik, terasa ingin travel oversea jugak tapi belum sempat renew passport lagi huhu

    ReplyDelete

siapa komen, dapat bunga ♥