Dream Trip To Macau
Dream Trip To Macau | Yeayy! masih belum terlewat untuk menyertai contest Dream Trip to Macau yang di anjurkan oleh Nuffnang Malaysia dan Macau Government Tourist Office (MGTO). Jutaan terima kasih kepada pihak Nuffnang Malaysia kerana menganjurkan contest seperti ini dan membuka peluang kepada 3 blogger yang bertuah. Pastinya Mek Cah teringin menjadi salah seorang yang bertuah itu. Semoga impian menjadi kenyataan, so bila dah rajin menulis jadi tidak salah mencuba nasib dengan contest Dream Trip to Macau ni kan?. Lagipun semua 'fully sponsored' siapa yang tak mahu.Tunggu episod honeymoon memang lambat lagi. Jadi menang contest pun jadi la kan? Mihmih
Sebelum ini tidak pernah terlintas untuk bercuti kemana-mana negara, namun semenjak kali pertama bercuti ke luar negara iaitu 'Bandung' impian untuk menerokai negara lain terus tersemai. Chewah! mana tidaknya segala perkongsian tentang setiap percutian pasti akan dikongsikan di blog. Sekurangnya dapat memberikan informasi berguna kepada pembaca blog. Gembira kerana artikal 'Tips Bercuti Ke Bandung' mendapat tempat dihati pembaca. Justeru kalau berpeluang ke Macau pasti turut juga dikongsikan kisah selama percutian disana. Pasti artikal 'Tips Bercuti Ke Macau' dan 'Tempat Menarik Di Macau akan wujud, sebabnya? pasti traveller lain akan mencari informasi tempat yang bakal mereka tuju.
'Three Most Amazing Things' yang membuatkan Mek Cah nak sangat ke Macau kerana pelbagai tempat menarik yang wajib dikunnjungi sekiranya berkunjung ke Macau. Tempat yang paling gedik Mek Cah nak pergi ialah :-
1) Pusat Konvensyen dan Hiburan Macau Tower
Pusat Konvensyen dan Hiburan Macau Tower merupakan salah satu tarikan pelancong dari seluruh dunia. Macau Tower mempunyai keunikan yang tersendiri kerana telah dibuka pada 19 Disember, 2001, dan ketinggian sebanyak 338 meter. Ia merupakan binaan tersergam indah yang menawarkan pemandangan panorama menawan ke hampir seluruh Macau dan kebanyakan Pearl River Delta, dari pelantar memerhati dan restoran berpusing di datar 223 meter.
Pelancong berpeluang untuk berjalan-jalan di bahagian luar menara ini, umpamanya dengan mengikuti "Skywalk X". So, aktiviti tidak harus dilepaskan ketika berada disana! :)
Selain dari menara terdapat Pusat Konvensyen dan Hiburan 4-tingkat, restoran, panggung wayang, tingkat bawah tanah 2-datar dan plaza luar bangunan. Kalau dilihat dari segi kemudahan dan reka bentuknya ianya mempunyai persamaan dengan KL Tower di Malaysia. Namun ianya tetap mempunyai keistimewaan sendiri. Di Malaysia sendiri Mek Cah belum dapat pergi ke KL tower apa kata kalau ada rezeki boleh menjejakkan kaki ke Macau Tower. Mihmih angan-angan cukup tinggi kan, setanding ketinggian Macau Tower. :P
2) The House of Dancing Water Show
Memandangkan kos bagi menghasilkan 'The House of Dancing Water' adalah bernilai USD250 juta. Fuhh!! keterujaan untuk ke sana semakin terserlah. USD dan juta satu angka yang cukup besar tau!, berpeluh terus bila dengar angka tersebut. Ianya dicipta dan diarahkan oleh Franco Dragone, mempamerkan pertunjukan menakjubkan berasaskan air yang melahirkan budaya Asia di atas pentas.
Pertujukan ini cukup popular bagi pelancong dan menjadikannya sebagai 'Most Amazing Things' tau! Show berdasarkan kepercayaan Cina klasik (Confucian) mengenai 'tujuh emosi' dan memaparkan kesan pentas yang fantastik bagi produksi paling mewah yang pernah diadakan secara langsung di Asia. Haaa kalau tengok show ini pasti fikiran pun di awan-awangan ala fantasi. Ohhhh comelnya!. :)
1) Pusat Konvensyen dan Hiburan Macau Tower
Pusat Konvensyen dan Hiburan Macau Tower merupakan salah satu tarikan pelancong dari seluruh dunia. Macau Tower mempunyai keunikan yang tersendiri kerana telah dibuka pada 19 Disember, 2001, dan ketinggian sebanyak 338 meter. Ia merupakan binaan tersergam indah yang menawarkan pemandangan panorama menawan ke hampir seluruh Macau dan kebanyakan Pearl River Delta, dari pelantar memerhati dan restoran berpusing di datar 223 meter.
Pelancong berpeluang untuk berjalan-jalan di bahagian luar menara ini, umpamanya dengan mengikuti "Skywalk X". So, aktiviti tidak harus dilepaskan ketika berada disana! :)
2) The House of Dancing Water Show
Memandangkan kos bagi menghasilkan 'The House of Dancing Water' adalah bernilai USD250 juta. Fuhh!! keterujaan untuk ke sana semakin terserlah. USD dan juta satu angka yang cukup besar tau!, berpeluh terus bila dengar angka tersebut. Ianya dicipta dan diarahkan oleh Franco Dragone, mempamerkan pertunjukan menakjubkan berasaskan air yang melahirkan budaya Asia di atas pentas.
Pertujukan ini cukup popular bagi pelancong dan menjadikannya sebagai 'Most Amazing Things' tau! Show berdasarkan kepercayaan Cina klasik (Confucian) mengenai 'tujuh emosi' dan memaparkan kesan pentas yang fantastik bagi produksi paling mewah yang pernah diadakan secara langsung di Asia. Haaa kalau tengok show ini pasti fikiran pun di awan-awangan ala fantasi. Ohhhh comelnya!. :)
Part shopping jangan dilupakan sekiranya berkunjung ke Macau. Lagi satu Venetian merupakan salah satu tempat membeli-belah terkenal di sana. ‘Shoppes at Venetian’ merupakan pusat membeli-belah dalaman yang mewah menempatkan lebih daripada 330 buah kedai yang menampilkan butik dan jenama mewah terkenal dunia. Semuanya cukup lengkap dan menawarkan barangan fesyen, barang kemas, hadiah, aksesori sukan serta restoran. Opss kalau tak dapat shopping, cuci mata pun jadi la kan, sekurangnya dapat juga merasa berada di 'The Grand Canal Shopper'. Selain dari membeli-belah dan tertarik dengan suasana romantis dan kemegahan terhadapnya, pengunjung boleh menikmati telatah penghibur jalanan ‘Streetmosphere’ dan ‘jugglers’, ‘living statues’ dan pemuzik kerana mereka berlegar-legar di landskap Venitian berliku. konsep dan rekabentuk dia ala-ala Venice.
Lepas penat-penat shopping, boleh naik gondola yang menyusuri terusan sambil dengar suara yang merdu oleh pengayuh gondola. feeling Itali sangat. Romantiknya!
Lepas penat-penat shopping, boleh naik gondola yang menyusuri terusan sambil dengar suara yang merdu oleh pengayuh gondola. feeling Itali sangat. Romantiknya!
Kenapa blog LOVE IS CINTA harus diberikan peluang ke Macau kerana :-
- Mek Cah Sukakan keindahan dan melihat budaya negara lain. Terlalu banyak keunikan yang terdapat di sana yang tidak harus dilepaskan peluang. Yang paling penting i love travel. Mihmih
- Sekiranya diberikan kesempatan ke sana pasti ruangan 'Travelog' akan di penuhi kisah sepanjang berada disana dan sekurangnya menambahkan list tempat yang Mek Cah berkunjung.
- WAJIB! artikal berkaitan 'MACAU' wujud di blog ini. Contohnya artikal yang bertajuk 'Tips Bercuti Ke Macau', 'Tempat Menarik Di Macau', 'Review Hotel Disana' dan pastinya lebih banyak artikal berkaitan Macau yang akan dikongsikan di blog ini.
- Pengalaman sepanjang di sana sudah pasti memberikan 1001 kenangan indah sepanjang bersama team bloggers yang lain disamping mengeratkan hubungan kami sebagai blogger.
Kini Mek Cah berjaya menyahut cabaran 'Dream Trip To Macau' yang dianjurkan oleh Macau Government Tourist Office (MGTO) dengan kerjasama Nuffnang Malaysia. Menang kalah ada pertandingan. Opss Kunjungi Macau Government Tourist Office (MGTO) kerana pelbagai info berguna kepada semua lebih-lebih lagi yang bakal berkunjung ke sana. ;)
Thanks and Regards,
Hazanis
8 kata-kata indah...
bestnnya....
ReplyDeletejemput join sekali sis.;)
DeleteinsyaAllah dik..ada rezeki boleh menang.chaiyok!!
ReplyDeletetq kak maera. jom la join sekali. =)
Deletesejak tgk running man, baru tau bestnya macau...hee
ReplyDeleteWah...blog yg menarik ttg Macau...good luck!
ReplyDeletehttp://memyselfandmelvin.blogspot.com
good luch hazanis!
ReplyDeleteJummmm p sesamaa Macau nakk??
ReplyDeletesiapa komen, dapat bunga ♥