Drama Yes Boss di TV3

Sinopsis Drama Yes Boss TV3 - Yes Boss ditayangkan setiap Sabtu dan Ahad jam 6 petang bermula 15 Februari di TV3. Yes Boss merupakan adaptasi novel terlaris tulisan Areila Sahimi. 


Antara barisan pelakon : Aryana (Emma Maembong), Ilham (Fahrin Ahmad), Shamsiah (Noorkhiriah), Opah (Norlia Ghani), Dato Maarof (Eizlan Yusof), Datin Rokiah (Jasmin Hamid), Mellina (Aishah Ilias), Udin (Aidil Aziz), Harun (Shamsul Ghaw2), Midah (Wan Maimunah), Sakinah (Cha Cha Maembong), Jeffry (Hisham Hamid), Amanda (Shella Faeiz) dan ramai lagi. Yes Boss diterbitkan oleh Zeel Production.

Sinopsis Yes, Boss :

Oleh kerana tidak serasi bekerja di Pizza Hut, Aryana mencuba pula di McDonald’s. Tidak sesuai di McDonald’s berpindah pula ke Jaya Jusco. Akhirnya setiap tempat tu pun paling lama bertahan adalah selama 2 bulan sahaja. Bukannya dia terdesak sangat. Dia merupakan graduan universiti, tetapi nasib tidak menyebelahinya terutama sekali ketika sesi temuduga pegawai kerajaan.


Menggunakan orang dalam dengan bantuan mak ngahnya di Wisma Alam, Aryana akhirnya berjaya menjawat jawatan sebagai seorang setiausaha di situ. Sangkanya dia bekerja dengan Datuk Maarof, rupa-rupanya dia adalah setiausaha kepada Ilham Irfan, anak Datuk Maarof iaitu Ilham merupakan kasanova yang mempunyai ‘simpanan’ edisi model keliling pinggang.


Selain menjalankan tugas rasminya sebagai seorang setiausaha, Aryana juga dikehendaki menjalankan tugas ‘tidak rasmi’ seorang setiausaha. Kena 'cover line' untuk bosnya setiap kali bosnya curi tulang, juga ketika teman-teman wanita bosnya merajuk, perlu dipujuk dan sebagainya. Setiap arahan bosnya wajib dijawab dengan YES BOSS! Pening kepala Aryana melayani setiap kerenah bossnya itu. Aryana terpaksa bertahan dengan sikap bosnya itu, hinggakan akhirnya hubungan mereka semakin rapat.


Hati dan perasaan… siapalah yang dapat mengawalnya…. Dalam diam, Aryana telah jatuh hati dengan bossnya sendiri tetapi dipendamkan sahaja. Dia sendirian makan hati dengan sikap hidung belang bossnya itu.

Bila Aryana tiada di sisi, Ilham mula terasa kehilangan. Pada masa itu barulah dia sedar bahawa dia memerlukan Aryana lebih daripada seorang boss memerlukan setiausaha, dia terpaksa berdepan dengan mat rempit di kampung Aryana yang kini sudah bertukar menjadi tauke bengkel dan kolam ikan keli.


Berjayakah Ilham menambat hati Aryana yang sudah terluka dengan sikapnya yang hidung belang itu? Bagaimana pula dengan Aryana? Siapakah yang menjadi pilihan hatinya? Bosnya ataupun mat rempit otai yang telah berubah menjadi ikon belia berjaya di kampungnya itu? Nantikan drama Yes Boss Sabtu ini di TV3.

Tonton online di tonton.com.my

Info - http://tonton-drama-online.blogspot.com/2014/02/tonton-yes-boss.html
Photo : Pak cik Google

Review : jalan cerita yang boleh tahan, dah lama tak menonton drama melayu yang mempunyai unsur cinta, maklumlah busy dengan kerja. last tengok "Tonton online Setia Hujung Nyawa Episod 1-28". hoho drama ini diselitkan dengan babak yang kelakar. memang tak boring bila menonton. si fahrin yang kacak, gelagat comel emma membuatkan mek cah tak puas tengok cerita ini. layan di tonton pun okay. Yess, Boss. memang terbaik.

Selamat menonton.


--SMS/WHATSAPP/VIBER : +6010-8931044 --

23 ulasan:

  1. eh Kiah Propa Galaksi TV9 pun berlakon ke cite nie ? kena tgk nie. nak tgk Kiah Propa tu. minat betul kat dia hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. owh mint kiah propa rupanya. kantoiii.:P

      Padam
  2. ada kawan bgtao yang novel yess boss ni memang best . . dah diadaptasi ke drma pulak mesti lagi bestla kan dengan barisan pelakon pon mantap2 :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe betui...xsabar nk tgk next episod.:)

      Padam
  3. dapat jugaklah tengok tuari..memang best...

    BalasPadam
  4. wah, kiah propa pun ada ya.. menarik sinopsisnya..

    BalasPadam
  5. cam pernah baca novelnye...tapi cerita kt tv xpernah tgok pulak...asyik tgok iklan aje..huhu

    BalasPadam
  6. macam best je cerita ni..hehehe..Insyaallah akan ditonton untuk memenuhi jiwa raga ni..hehe..thanks untuk info ni ye mekcah:)

    BalasPadam
  7. thanks..nk tgkla...mcm best jer citer tu

    BalasPadam
  8. hehe.. dah terlepas 2epsodes. kena tgk kat tonton la ni. tssk tssk. nasib baik kak hazanis post entry ni.

    BalasPadam
  9. comei gk nengok cite nih.... baru tgk beberapa kali... sbb kelakar kot

    BalasPadam
  10. assalamualaikum
    visit
    www.nafizaheadscarf.com

    BalasPadam
  11. Novelnya pun best juga. Tapi disebabkan solehah xbpe ske baca novel, solehah baca bila mood ok je.hehe

    BalasPadam
  12. suka tgk cite ni,,emma maembong cantik sgt,heheh

    BalasPadam
  13. hi...im ur new follower...jenguk2x laa dtg blog sya.... btw comei gambo... :)

    BalasPadam
  14. layan gak cite nie sbb ade emma.. hihi

    BalasPadam
  15. serius best drama ni.
    evendo da ramai pelakon lelaki yang muncul, tapi fahrin still my love one. ahaha.
    emma so cute!

    BalasPadam
  16. cantik si emma maembong dalam drama ni

    BalasPadam

siapa komen, dapat bunga ♥ ^^◕‿◕✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...