RESEPI

TRAVEL

TIPS

Panas! Kisah gaduh isteri Mat Yo dan pengawal keselamatan

by - 2:54 AM

Hye Love dan peminat bola sepak.

Okay, berkata jujur bahawa yang pemilik blog ini bukan lah peminat tegar bola sepak lebih-lebih lagi masih belum mengenali sepenuhnya pemain bola sepak. tapi kisah gaduh isteri Mat Yo dan pengawal keselamatan jadi topik hangat untuk dibicarakan.


"Insiden kekecohan membabitkan isteri pemain bola sepak negara, Nor Shahrul Idlan Talaha atau lebih popular dipanggil Mat Yo dengan seorang pengawal keselamatan di Subang Skypark, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), mencetuskan topik hangat di kalangan pengguna internet sejak beberapa hari lalu." more info themalaysianinsider

Memandang isu ini masih panas , so mek cah pun cuba google apakah perkara sebenar yang membabitkan mat yo. maklumlah diri ini bukan minat sangat tentang isu bola sepak. hasil pencarian tentang kisah ini membuahkan hasil kerana terjumpa video "Isteri Mat Yo berperang Mulut Dengan Pengawal Keselamatan".



Fuh! memang terkejut dengan sikap isteri mat yo iaitu Shahrul Aishah. banyak pihak mengecam. Kebanyakannya mengutuk perbuatan isteri pemain bola sepak kelab Johor Darul Takzim (JDT) yang dikenali sebagai Shahrul Aishah sehingga ada yang mengambil insiatif membuka akaun Facebook "Kami Benci Bini Mat Yo" sebagai bantahan atas perbuatan melampau perempuan itu. antara komen pihak yang tidak berpuas hati dengan perbuatan Shahrul Aishah.


"Bila kita jadi ahli keluarga artis, janganlah berlagak, bila kita jadi adik beradik kepada selebriti, janganlah sombong, bila kita jadi isteri kepada pemain bola sepak yang masyhur pun, janganlah bercakap angkuh hingga menghina orang lain."

Luahan Pengawal Keselamatan Insiden Isteri Mat Yo: 


memang kesian sangat dengan pak cik ni. bila tengok video ni terlintas difikiran biar betul ada perempuan macam ni kat atas dunia ni. asyik-asyik sebut dayus, dayus. haishh tahu ke makna dayus tu sebenarnya? sepatutnya dayus itu untuk mat yo, bukan untuk pak cik tu. macam orang hilang akal dah tengok. apa pun semoga kes ini dimenangi oleh pengawal keselamatan tu. 

ok. bye!!. -.-/

You May Also Like

16 kata-kata indah...

  1. semalam muni ada jugak tgk video tu . memang melampau sangat bini mat yo ni . langsung tak dak rasa hormat . pakcik tu hanya menjalankan tugas . lastly kena maki mcm tu . ya allah muni sbgai pompuan malu kot bila dgr dya keluar kata2 kesat dan kurg ajar kat pakcik tu . hrp dya dapat balsan setimpal la . menjtuhkan maruah pompuan je . haish .

    ReplyDelete
  2. malu sndiri dgr apa yg perempuan tu ckp.... tak terkata apa... yelah suami dia baru terkenal cube masa suami dia bkn sapa2 cume pemain biasa je... takde sapa kenal dia... manusia mmg camtu kan dik...

    ReplyDelete
  3. Isu panas baru2 ni kan. Macam2 feel :(

    ReplyDelete
  4. Aku rasa sebak dan tersentuh bila tngok pakcik ni kena maki dengan Pompuan ni..dah la gaji tk seberapa,tk padan ditolak ditendang dan dimaki..Pompuan ni angap orang Miskin seperti Anjing,.Tuhan melaknat kaum Yahudi disebabkn keangkuhan yg macam ni la salah satunya...Bertaubatlah..aku takut nanti tk mustahil sekiranya 1 masa nanti kau jadi Tukang cuci pingan kt kedai makan..tak mustahil tau"..

    ReplyDelete
  5. kannn , kesian dekat pakcik tu kena tendang .

    ReplyDelete
  6. kenyataan baru isteri mat yo seolah2 menunjukkan dianiaya.. dan kalau perasan statement dia media or fb sentiasa ingat tuhan.. tapi sedih nape masa kejadian x istighfar ingat tuhan.. alasan ade orang lain cabar dia masa tu.. tak logik sedangkan dia yang rakam dan hambur kata kasar dan tujuan rakam untuk ugut saman.. tpi kenyataan t'baru kata tak saman pakcik tu.. rasanya tak perlu cari siapa benar siapa salah tapi paling terbaik dia bersemuka dan mintak maaf kepada pakcik tu.. bukan mintak maaf kepada rakyat malaysia.

    ARTIKEL
    http://www.bharian.com.my/bharian/articles/IsteriMatYomohonmaaf/Article

    ReplyDelete
  7. mai ada gk tgok...emmm mmg xpatut pn ayat yg kuar dr mulut dye tu...kurg ajar

    ReplyDelete
  8. x matang langsung perempuan nie.. malu bila tengok video nie. Langsung x pandai hormat org tua. Allah.

    ReplyDelete
  9. tengok separuh je video ini..dunia dah akhir zaman..

    ReplyDelete
  10. Tergamak kn pmpuan tu.. Harap2 aku tak dpt bini cm tu..
    Kalau dpt cm hazanis yg comel n baik ni alhamdulillah hehe :P

    ReplyDelete
  11. Tergamak pmpuan tu wt cm tu.. Hope tak dpat la bini cm tu...
    Kalau dpat cm hazanis yg comel n baik ni alhamdulillah hehe ;)

    ReplyDelete
  12. sampai ada fanpage dah. gilalah..haha

    ReplyDelete
  13. hurm . .sedih tgok org islam mcm ni . . . moga ank keturunn kita dijauhi sifat yg demikian dan mohon dia juga di ber hidayah utk mendidik anak2 mereka nanti .

    ReplyDelete
  14. skrang ni mcm2 dah jd. dunia akhir zaman. prempuan tak dak adab, dimana sifat malu dan sopan yang dulunya ada pada perempuan. muhasabah diri. (:

    ReplyDelete
  15. Kalau jadi pak cik ney....saman jerk cnform menang.mintak 1 juta saman malu.

    ReplyDelete

siapa komen, dapat bunga ♥