RESEPI

TRAVEL

TIPS

Fizz Fairuz Bohong, Saya Bukan Isteri Orang – Azlyn Massiela

by - 10:29 AM

Hari ini melalui Berita Harian, wanita itu menafikan yang dia ialah isteri seorang usahawan seperti yang diberitahu oleh Fizz Fairuz kepada Harian Metro.

Azlyn, 26 dikatakan bingung dengan status dirinya, sama ada masih lagi tunangan Fizz, kerana Fizz tidak pernah memberitahunya untuk putus tunang, tidak berbincang dengan keluarganya terlebih dahulu dan tidak pernah memulangkan cincin pertunangan.


'Saya tergamam dan terus menangis, tergamak dia mengeluarkan tuduhan yang sedemikian. Pelik kerana tanpa usul periksa, dia seberani itu menjatuhkan maruah saya dan keluarga. Saya berani menyatakan, tidak pernah berkahwin sepanjang 26 tahun usia ini. Dia boleh periksa di mana-mana pejabat agama atau bertanya sendiri kepada ibu bapa perihal sebenar status diri saya. Kalau pun saya sudah punya suami selepas bernikah di sempadan, takkan emak bapa saya tidak menghalang saya berkahwin lain? Kami masih ada agama, tahu hukum hakam. Jangan jatuhkan air muka mereka dengan cerita sebegini. Andai sudah tidak lagi menyayangi, saya boleh terima kenyataan, tetapi bukan dengan cara mengaibkan orang tua saya. Emak dan ayah saya turut menangis mengenangkan apa yang dilakukannya (Fizz).'

Dalam pada itu, melalui sumber yang boleh dipercayai, kami dimaklumkan yang keluarga Azlyn sedang menyiasat tuduhan lelaki yang didakwa usahawan yang mengaku sebagai suami Azlyn. Mereka khabarnya bertindak membawa seorang peguam ke Selatan Thailand untuk meneliti rekod perkahwinan di sana.


Semakin berbelit nampaknya kisah Fizz Fairuz-Almy Nadia- Azlyn Massiela ini. Berat juga pertuduhan yang dikeluarkan oleh kedua-dua belah pihak, namun tidak dapat dipastikan siapa yang bercakap benar.

Yang nyata, Almy Nadia menyatakan awal-awal lagi yang dia tidak mahu masuk campur dalam kemelut ini. Satu tindakan yang bijak.


Nota kecil : Macam-macam gosip artis sekarang ni. Macam drama TV pun ada. Haishh dalam kes ni entah siapa yang betul dan siapa yang salah. sama-sama kita tunggu berita selanjutnya. Memang pening kepala kalau fikir benda ni, layan benda cun INI lagi best!. Boleh rehatkan minda.


You May Also Like

14 kata-kata indah...

  1. salam

    we know that she is innocent~ tlg la jgn sebarkan fitnah pasal kawan ako ni... dia baik orgnya.. and aku knal family die. dah2 la tuduh dia bukan2~

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam.

      entah la, mek cah pun xnak ambik tahu pasal ni. nampak banyak permainan disini. so nak tahu jugak siapa yang mengada-ngadakan cerita. entah siapa yang betul. isnyaallah kebenaran akan terbukti.:)

      Delete
  2. ayoyo apahal plak ni. pening btl la artis skrg, dlu pasal shila dan sharnaz, skrg ni pasal ni plak. bosan nak ambik tau hal artis2 ni dh.huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu hanya mampu melihat dan tunggu kebenarannya.:)

      Delete
  3. aiyaarrrkkkk apa sudah jadi ni?? sebab tu ena ni malas nak masuk campur dalam dunia artis ni.. lantaklah dorang nak buat apa.. kalau kita ni ckp bukan2, kita yg berdosa sebab bersubahat menuduh org lain

    ReplyDelete
  4. mcm2, sgt membelitkn.... tp kesian sgt kt almy lah

    ReplyDelete
  5. macam-macamlah,,tak tahu dah siapa betul siapa salah..kita tunggu kisah seterusnya, yang benar akan terbukti kelakkk.. :)

    http://pinkbubblegumprincess.blogspot.com/

    ReplyDelete
  6. kehidupan yg penuh dgn pura2..tak tau sape yg betul sape yg salah..

    ReplyDelete
  7. grab pop corn and lets watch a sinetron...nom nom nom

    p/s; wait and see jekk

    ReplyDelete
  8. hadui.. kenapeee lah.. kan lebih baik diorang settle bagus2... ini, smpai satu malaysia tahuu.. :p

    ReplyDelete

siapa komen, dapat bunga ♥