RESEPI

TRAVEL

TIPS

Sekitar Majlis Perkahwinan Ustaz Don Daniyal

by - 9:16 AM

Assalamualaikum cinta.

Buat bakal pengantin baru dan bakal mendirikan masjid apa kata jadikan perkahwinan Ustaz Don dan pasangannya sebagai rujukan untuk majlis yang bakal berlangsung. Majlis yang penuh kesederhanaan dan mengikut ciri-ciri keislaman. Itu yang terbaik. Terjah sini untuk entri yang lepas "Gambar Majlis Perkahwinan Ustaz Don dan Husna". :)

1. Majlis dibuat secara sederhana tetapi indah. Majlis dimulakan dengan selawat.

2. Husna memakai inai di pergelangan tangan sahaja iaitu bukan ditempat aurat, inai tidak berkekalan dan lukisan berbentuk bunga/tumbuhan tidak berbentuk haiwan atau menyerupai makhluk.

3. Make up Husna tidak tebal, Ustaz Don berkata dia berkahwin kerana diri Husna sendiri, dia tidak mahu melihat Husna menjadi orang lain dengan bermakeup tebal atau memakai bulu mata palsu.

4. Tiada inai di tiga jari Ustaz Don kerana inai di lelaki dipakai hanya untuk tujuan berubat sahaja.

5. Selepas ijab qabul nikah Ustaz Don meminta izin kedua pihak keluarga untuk Husna bersembahyang sunat bersamanya.

6. Sebelum menyarungkan cincin di jari Husna, Ustaz Don memegang bahagian depan kepala Husna sambil menyebut nama Allah dan mendoakan keberkatan baginya.


*Sunnah Rasulullah s.a.w. bagi pasangan yang baru berkahwin. Suami meletakkan tangan di ubun kepala isteri, dan berdoa :

" Ya ALLAH, aku memohon kepada-Mu kebaikannya, dan kebaikan segala yang Engkau ciptakan pada dirinya. Dan aku berlindung kepada-Mu daripada keburukannya dan segala keburukan yang Engkau ciptakan pada dirinya" (Riwayat Abu Daud no.1260)

7. Tiada sesi bersanding atau merenjis, pelamin hanya untuk tempat mengambil gambar bersama family dan rakan.

8. Kesemua hantaran di kedua belah pihak berbentuk makanan. Pengantin ingin berkongsi kegembiraan dengan seluruh family ketika membuka hantaran. Tujuan ini juga adalah kerana pengantin tidak mahu hantaran al-Quran/kitab diletak sama level dengan hantaran kasut, baju dan lain-lain.

##"Share" utk kebaikan bersama..

Thanks for reading. 

You May Also Like

18 kata-kata indah...

  1. perkahwinan yg sederhana tp pnuh bmakna... :)

    ReplyDelete
  2. simple jer dia buat.tp pompuan biasa smua nk up to date. pening kepala kdg2.

    ReplyDelete
  3. tak tahu pula aku pasal letak tangan kt kepala pngntin pompuan tu..thanks awh ! and nice xplanation babehh !

    ReplyDelete
  4. Simple n adat diselaras ikut syariat yg sepatutnya. ^^,

    ReplyDelete
  5. http://mimi-chin-xoxo.blogspot.com/October 2, 2012 at 9:39 PM

    woaH..nice entry..

    ReplyDelete
  6. senyuman dorang seakan2 sama kan?

    ReplyDelete
  7. seronok info ye..
    pertama kali baca org kawen buat macam ni tau!


    kagum2..

    ReplyDelete
  8. Sederhane itu lebih baik kan..Ustaz Don telah mmbuat kputusan terbaik dlm melangsungkan perkahwinan nya..itu adelah cara terbaik..

    ReplyDelete
  9. cool .. thats cool

    ReplyDelete
  10. Ber-sederhana itu lbh baik.... =)semoga mereka bahagia n kekal hingga ke syurga. amin.

    ReplyDelete

siapa komen, dapat bunga ♥