kenapa semua orang minat giler dengan Vanilla Coklat???Humm pelik...=___=*
Assalamualaikum ...
sekarang dah tak pelik dah...
ehem dah tahu sebabnya....hohohoho...
Opsss ku telah jatuh cinta..Mesti korang pun jatuh cinta kan dengan drama nie????..hehehe.....Fuii, rupanya drama nie best sangat..selama nie tak tengok pun cite nie..masa cuti smester nie la baru aku jumpa TV...ahaksss nampok benor aku yang ketinggalan..ehem bila cuti-cuti nie mula la aku cari cite yang best untuk dilayan disaat kebosanan..akhirnya terjumpa gak cite yang ngam dengan jiwa aku...ehemm boleh cuci mata tengok si cantik Izara Aishah dan si kacak Aiman Mentor..Alahai,,, sweet nye mereka berdua...artis baru nak naik nama....Zasss layan sinopsis citer Vanilla Coklat..hoho tu bagi aku yang ketinggalan episod sebelum nie...T____T
SINOPSIS DRAMA VANILLA COKLAT TV3
sumber:google |
Kisah bermula mengenai seorang pelajar perempuan bernama Zara 19 tahun( lakonan Izara Aishah) dan pelajar lelaki Aamir (lakonan Aiman Mentor) 20 tahun yang belajar di sebuah kolej yang sama, malangnya mereka berdua ni saling benci membenci dan sudah ada kekasih masing -masing.
sumber:google |
Aamir selalu mengusik Zara kerana Zara seorang pelajar cemerlang di kolej, Zara membenci Aamir kerana baginya Aamir seorang kaki perempuan.
Liana, rakan sekelas Zara yang gedik dan mengada-ngada menganggap kononnya Aamir adalah hak miliknya. Liana (Nabila Daly) sentiasa berkepit dengan Aamir supaya semua orang melihat mereka benar-benar bercinta. Berbeza dengan Zara, Liana seorang wanita yang lemah lembut namun semua itu dibuat-buat kerana dia sememangnya bercita-cita ingin berkahwin dengan anak orang kaya. Zara mempunyai kekasih hati iaitu Kamal, yang dikenalinya sejak sekolah menengah lagi.
Ibu bapa Zara, Dr. Ungku Musa dan isteri tidak menyukai Kamal, begitu juga ibu bapa Aamir, Datuk Ahmad dan Datin Dalila yang kurang menggemari sikap Liana kerana tidak menghormati orang tua. Suatu hari, Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad merancang untuk menyatukan anak mereka.
Seperti berbezanya Vanila dan Coklat, begitulah sukarnya untuk menyatukan Zara dan Aamir. Pelbagai usaha dilakukan oleh ibu bapa mereka agar mereka bersetuju untuk berkahwin sehingga Datuk Ahmad terpaksa berpura-pura diserang sakit jantung dan permintaan terakhirnya ialah ingin melihat Zara dan Aamir disatukan. Akhirnya, Aamir akur dan bersetuju.
sumber:google |
Walaupun telah berkahwin, Zara dan Aamir tetap hidup berasingan. Zara telah memberi syarat yang harus dipatuhi oleh Aamir. Menyedari situasi ini, Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad merancang sebuah percutian bulan madu untuk Zara dan Aamir. Mereka berdua tidak membantah namun pelbagai alasan diberikan untuk tidak berbulan madu di luar negara dan hanya memilih Cameron Highlands sebagai destinasi pertama mereka. Masih tiada kemesraan di antara mereka.
sumber:google |
Zara dan Aamir meneruskan pengajian mereka seperti biasa, Kamal (Iqram Dinzly) pula tiap-tiap hari menghasut Zara, jika dia masih bersama Aamir, dia tidak akan bahagia kerana perangai Aamir yang teruk. Suatu hari, satu pergaduhan besar berlaku di antara Zara dengan Aamir sehingga Aamir meninggalkan Zara keseorangan di tepi jalan ketika hujan. Zara menghalau Aamir keluar dari rumah kerana dia terpedaya dengan kata-kata Kamal. Apabila Zara membuka pintu, dia melihat Aamir telahpun pengsan. Sebenarnya Aamir tidak makan satu hari kerana dia berjanji untuk makan bersama Zara.
sumber:google |
Dari saat itu, Zara dihantui rasa serba salah dan mula menunjukkan naluri seorang isteri. Dia mula menyedari perkahwinan bukanlah perkara main-main. Tiba cuti semester, Zara dan Aamir pergi ke Genting Highlands untuk meluang masa bersama. Masing-masing malu apabila salah seorang cuba bersikap romantik dan manja. Aamir mengakui dia telah jatuh cinta pada Zara sejak dari hari mereka dinikahkan. Buat pertama kali mereka tidur seperti pasangan suami isteri yang lain.
Zara dan Aamir tidak sabar ingin pulang ke Kuala Lumpur untuk memberitahu keluarga mereka bahawa mereka ingin meneruskan perkahwinan ini. Sebuah majlis diatur oleh ibu bapa Zara dan Aamir untuk meraikan berita gembira ini. Kamal dan Liana turut dijemput untuk hadir ke majlis tersebut. Mereka berdua telah merancang sesuatu untuk memisahkan Zara dan Aamir.
sumber:google |
Pada hari majlis tersebut dijadualkan berlangsung, pelan jahat Kamal dan Liana untuk mengenakan Aamir berjaya. Dr. Ungku Musa mengamuk. Dia menyangka Aamir membuat onar dengan Liana dan terus memukul Aamir. Datuk Ahmad cuba menenangkan Dr. Ungku Musa daripada terus membelasah anaknya kerana menurutnya, kita tidak tahu perkara sebenar yang terjadi antara Liana dan Aamir. Dr. Ungku Musa menarik tangan Zara dan memutuskan hubungan antara Aamir dan Zara.
Sejak kejadian tersebut, hubungan Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad renggang. Bagi Zara, dia mempercayai suaminya kerana dia mengenali perangai Liana. Bagaimana Zara dan Aamir ingin memulihkan hubungan keluarga mereka? Apakah rancangan seterusnya Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad selepas masing-masing bermusuh? Apa pula strategi Kamal dan Liana untuk memenangi hati keluarga kekasih mereka?
Saksikan barisan pelakon, Izara Aishah, Aiman Hakim Ridza (Mentor 5), Iqram Dinzly, Nabila Daly, Arash Mohd, Emma Akma, Zuhairi, Liza Abdullah di dalam Vanila Coklat,
credit to---->macambetul.blogspot.com
.::p/s::.
- Join Celestial Movies #DontGoBreakingMyHeart contest and win HK trip, Samsung Tab or vouchers! ---> KLIK SINI
- Submit a photo of your interpretation of "Energy" to win cash prizes from Petronas! #PetronasCNY ---> KLIK SINI
31 kata-kata indah...
In fact I not only love, but is obsessed and jealous by the zara.
ReplyDeletein my mind what should find a husband like crazy amir ... oohhh .. I'm crazy hehehehhe
they are very romantic, although initially hated each other ...
sangat cemburu dengan zara..hehehe..nak cari novel la kalau macam ni..:D
ReplyDeletememang cite ni sweet sgt.. tak sabar tunggu setiap hari selasa sebab cerita ni punyer pasal.. suka giler aiman dalam cerita ni.. awww...
ReplyDeleteSebab cite ni sonok and leh wat kite tersenyum...:)
ReplyDeleteEntry kite same la...tapi tak serupe...
http://sitiasiah84.blogspot.com/2012/02/drama-vanilla-coklat-lestary-tv-3.html
rasanya semalam punye episod paling best kot, hehe ;)
ReplyDeletesuke jugak cite ni :) bru smlm tgk. sblum2 ni x tgk pon. huhuhu
ReplyDeletekalo dpt hubby yg sengal n cool like amir mmg best :)
ReplyDeleteminat kat zara bab tu terlayan cite nih...hwa hwa..
ReplyDeleteoke sama - myra pown baru tengok beberapa episod ja sejak cuti sem mmg jatuh chenta dgn lestary ni - heee sweet ;)
ReplyDeletecerita nih sweet sgt. tak tahan nak tgok. haha
ReplyDeleteuwaaaaaaaaaaaaaa. rasa nak tengok je cite nihh :'( malangnya kat kolej tv ada kt cafe je. tetibe rasa malasss -.-'
ReplyDeletedorang bdua sgt sweet tahuu. :D
ReplyDeletesecara tiba2 saya un minat haha.lgun dea dua sweet.tak tua sgt,so oklah kan.
ReplyDeletewuwuwuwu, nampak gayanya ramai la yg minat citer nie...hehe
ReplyDeletekak!
ReplyDeletecomey oohhh....
sweet okey !
yen br tgk male cite tuh..
ReplyDeletebuko fb,penuh post pasal cite ni.. pahtu try la tgk..mmg sweet & best :D
zara sgt comel tp layan xlayan la cite ne..
ReplyDeleteaww how sweet it was. this is what so called the fantastic and bombastic love story! :'D
ReplyDeleteha'ah mmg dah jatuh cinta dgn cite nie.
ReplyDeletekite pun baru kenal mase cuti sem.
dah amsuk sem baru nie tgok online jelah. sadisss
hda tgk satu episod trus jatuh cinta !! tros tgk yg previous kat tonton . haha . Lepas ni memang addict ler tgk cite nih ! >.<
ReplyDeleteuntung zara dpt husband sehensem macam tu ! ~ i like this drama gak :)
ReplyDeletecerita vanilla coklat ni tiru mcm cerita korea kan
ReplyDeleteala..nak download la cerita nie..mcm best jew..
ReplyDeletesebelum ni tak ikut pun cite ni...tp smlm bru tgk da sronok pulak....xsaba nk tggu episod akn dtg...hahaha
ReplyDeleteminat, tapi tak pernah tengok. k sedihhhhh :'(
ReplyDeletecun gak heroin dia kn
ReplyDeletehuhu heroin cun dah hero kacak bergaya...serasi bersama..ngeee..^^
ReplyDeletejale cerita best..pelakon pun best..no wonder lah cerita ni netup2 loni..hehe..oo dio baloh eyh pahni..lambatnya minggu depe..hehe
ReplyDeletewalaupun lakonan izara macam kaku tapi saye suke jalan cerita die. sweet sangat. :D
ReplyDeletesuka izara since drama sofiyya..sgt comel..cite ni pun best..baru je tgk haha
ReplyDeleteseru lah. aq pingin uga la jadi artis
ReplyDeletesiapa komen, dapat bunga ♥