Tidak tutup aurat, kompaun RM500








ANGGOTA penguat kuasa MPKB-BRI memeriksa peniaga dan pembantu kedai yang tidak menutup aurat di Pasar Borong Wakaf Che Yeh, Kota Bharu malam kelmarin. 



KOTA BHARU - Seramai 15 peniaga dan pekerja wanita beragama Islam di Pasar Borong Wakaf Che Yeh di sini dikenakan kompaun RM500 oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) pada operasi tutup aurat di sini malam kelmarin.

Penolong Pengarah Jabatan Pembangunan Islam MPKB-BRI, Wan Sharafi Wan Mustafa berkata, mereka dikenakan tindakan tersebut kerana berpakaian tidak menutup aurat dengan sempurna.

Menurutnya, tindakan tersebut diambil mengikut Undang-undang Kecil Trade Perniagaan MPKB-BRI 1986 (pindaan 2002).

Jelas beliau, penguatkuasaan larangan mendedah aurat itu dikenakan kepada golongan peniaga yang menjalankan aktiviti perniagaan mereka di bandar ini tanpa mengira waktu.

"Operasi itu diadakan selepas mendapati ramai peniaga dan pekerja wanita beragama Islam tidak menutup aurat walaupun pekeliling bertajuk Arahan Mematuhi Etika Berpakaian telah dikeluarkan sebelum ini," katanya.

Mereka yang dikenakan tindakan itu didapati tidak memakai tudung kepala, memakai kemeja-T berlengan pendek dan ketat serta berseluar panjang ketat.

sumber::KOSMO

P/S::Memey molek benar la tu....banggo jadi anok klate...walaupun berita nie dah lama aku tetap nak berkongsi gak dengan korang semua...mana lau tau ada antara korang yang belum tahu mengenai berita nie.......^^

ehem pendapat korang ??....:)




--SMS/WHATSAPP/VIBER : +6010-8931044 --

8 ulasan:

  1. oh dah lama tau..sokong2..baik buat 1 malaysia lg bagus..rimas tgk org tayang sana cni haha ;)

    BalasPadam
  2. eera::tu la, kita pun xsuka yg pompuan duduk tapi nampak tutt kat bhagian blakang..dah byk kali tgk....walaupun sama jntina tp ttp malu..:)

    BalasPadam
  3. wahhhh...byk tu kena kompaun.....
    x susah kn nk tutp aurat... lg bertutup,,lg kemas...

    BalasPadam
  4. hehe kira okey la tu...lagi bnyk kompaun di akhirat...nie dunia je..=)

    BalasPadam
  5. bagus2... molek bena la tu... pakat tutup aurat belako deh..

    BalasPadam
  6. niceee

    ::WME:: (n.n)/

    BalasPadam
  7. tahniah kelantan sb adakan undang2 cam ni..bgus..kekalkan..nice info n blog..done follow u

    BalasPadam

siapa komen, dapat bunga ♥ ^^◕‿◕✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...