Hello Love.. Miss you Bali..
Percutian ke Bali dah berminggu berlalu. eceh! tapi masih segar dalam ingatan tentang tempat menarik di Bali. opss mek cah dah mula cintakan pantai. krik. Alhamdulillah, perkongsian hari pertama di sana telah pun selamat di publish. Belum membacanya sila lah ke entri ini "Percutian ke Bali : Day 1". so, bagi yang nak tahu jumlah keseluruhan kos kesana boleh juga terjah ke entri ini "Percutian bajet ke Bali". hope dapat membantu korang yang merancang untuk ke sana nanti.
Yang pasti percutian mek cah ke Bali adalah percutian bajet. shopping sikit sahaja, cuma ke sana untuk melihat keindahan alam ciptaan Allah. Yang pasti Bali kaya dengan budaya adat resam iaitu kepercayaan dimana kebanyakan penduduk di sana beragama hindu.
Yang pasti percutian mek cah ke Bali adalah percutian bajet. shopping sikit sahaja, cuma ke sana untuk melihat keindahan alam ciptaan Allah. Yang pasti Bali kaya dengan budaya adat resam iaitu kepercayaan dimana kebanyakan penduduk di sana beragama hindu.
MENARIK : TIPS BERCUTI KE HAT YAI THAILAND
-BALI BIDADARI BATIK-
Memandangkan waktu subuh awal di Bali maka selepas solat subuh, tidur balik dan bangun semula untuk bersiap untuk dating bersama Pak Eddy merangkap driver kami yang sangat sporting. perjalanan untuk hari ke-2 memang panjang kerana lokasi tujuan kami sangat jauh. kononnya nak tengok sunset di Tanah Lot. Mihmih memulakan perjalanan menuju ke Tanah Lot singgah dahulu di Bali Bidadari Batik yang terkenal di kalangan pelancong asing. proses pembuatan batik boleh tengok secara live. Berlainan sedikit dengan kisah di Terengganu "Tempat menarik di Kuala Terengganu".
singgah dalam 30 minit. syok berselfie dan lepas tu bergerak menuju ke padi bukit. ehem! selalu tengok dalam blog jer, sekarang teruja nak tengok secara live. Alhamdulillah
sekiranya korang nak buat kenang-kenangan boleh sahaja minta pekerja di situ lukis apa-apa je di baju korang. mungkin i love bali ke. yang pasti ada charge dikenakan. hihi kami hanya melihat sahaja, tidak berminat untuk mencuba. okay saving untuk dinner sebab barang kat sini mahal sedikit berbanding di tempat lain.
singgah dalam 30 minit. syok berselfie dan lepas tu bergerak menuju ke padi bukit. ehem! selalu tengok dalam blog jer, sekarang teruja nak tengok secara live. Alhamdulillah
sekiranya korang nak buat kenang-kenangan boleh sahaja minta pekerja di situ lukis apa-apa je di baju korang. mungkin i love bali ke. yang pasti ada charge dikenakan. hihi kami hanya melihat sahaja, tidak berminat untuk mencuba. okay saving untuk dinner sebab barang kat sini mahal sedikit berbanding di tempat lain.
-PADI BUKIT-
kebanyakan di sini hanya untuk bergambar sahaja. parking yang terhad memang sukar untuk para pengunjung singgah di sini. kebetulan rezeki kami dapat parking dan terus turun kereta dan bergambar. terasa nyaman dan bahagia kalau dapat ke sini bersama suami tercinta. okay! mula dah berangan. sob sob T.T
cantik di pandang, tapi kami tak berani nak bertanyakan harga kerana sepertinya harga mahal dari teMpat lain. hii so tengok sahaja. tapi...... akhirnya mek cah terbeli gelang untuk adik mek cah. lagi satu beg i love bali. okay! harga memang jauh berbeza dengan tirtampul. so jangan beli kat sini tau!. nak jimat katakan. krik
-KINTAMANI HILL-
Di kawasan berbukit ala pergunungan, memang suasana yang sangat sejuk berbeza dengan susana pantai yang panas "Percutian ke Bali : Day 1". teringat perjalan mek cah ke Tangkubang Parahu di Bali hari tu. "Percutian ke Bandung : Day 1 (Tangkuban Parahu) dan "Percutian ke Bandung : Day 1 (Strawberry land, Floating Market, De' Ranch" sangat sejuk dan perjalanan berbukit. di sini lebih best kalau lunch, tapi kami plan tak nak lunch dan hanya singgah bergambar disini sebagai kenangan.
fokus dalam hati, nekad tak nak terpengaruh dengan jurujual disini. memang ikut je kami jalan, sama kisah di sini "Percutian ke Bandung : Day 1 (Tangkuban Parahu) . hum akhirnya tergoda untuk mencuba inai yang lukis ditangan. Akhirnyaa??
Tips ke Bali! Di kintamani mek cah kena tipu disini. Deal untuk lukis inai rp10,000 untuk sebelah tangan. So untuk 2 belah tangan rp20,000 sepatutnya. Tapi bila dah siap di bilangnya rp100,000. Kena tipu! Pak supir edy pun juga terkejut. Malas nak gaduh bayar jerk rp100000 - lebih kurang rm33 gituw. Sayang ya ambak! Inai bukan cantik pun! So hati-hati bila ke kintamani. Jangan di layan orang yang ikut korang. Cakap terima kasih saja dan bilang aja sudah ada. Kebanyakan menipu disana. Mungkin xde rezeki semalam. Insyaallah orang teraniaya akan di bantu Allah.mungkin rezeki di tempat lain atau mungkin si penipu itu di tarik rezekinya. Winkkk. -,-'
tak pe, Allah kan ada. smile. :)
-PURA TIRTA EMPUL-
Pura Tirta Empul sebagai peninggalan Kerajaan di Bali, salah satu dari beberapa peninggalan purbakala yang menarik untuk disaksikan dan diketahui.
Disebelah Barat Pura tersebut pada ketinggian adalah Istana Presiden yang dibangun pada pemerintahan Presiden Soekarno.
Tirta Empul artinya air yang menyembur keluar dari tanah. Maka Tirta Empul artinya adalah air suci yang menyembur keluar dari tanah. Ramai penduduk setempat bersembahyang disini.
Benda ni selalu jumpa kalau pergi mana-mana. okay kepercayaan mereka dan benda ini juga digunakan upacara sembahyang bagi agama diorang iaitu Hindu. colourfull gituh!
Benda ni selalu jumpa kalau pergi mana-mana. okay kepercayaan mereka dan benda ini juga digunakan upacara sembahyang bagi agama diorang iaitu Hindu. colourfull gituh!
ukiran dan seni bina sangat unik. hampir sama dengan tempat yang lain. kelihatan patung sana sini dah menjadi perkara biasa. kiranya Bali masih kuat tentang kepercayaan, dan menjadi tarikan utama pelancong ke sini.
-TANAH LOT-
Ramai betul pelancong disini! ramai juga yang photoshoot disini sambil tunggu sunset. Akhirnya tanah lot di depan mata. cuaca panas sangat lah ohsem membuatkam kami sangat dahaga air. yang pasti kami tak akan lepaskan saat manis disini. waiting.... sunset...Muah!!
sambil tu kami sempat berselfie dahulu. Yippii, abaikan gosip-gosip di kiri kanan kami. yang pasti akan ku rakam saat indah disini. muehehe
sekitar perjalanan ke Tanah Lot Bali, banyak kedai yang menjual barang-barang kraftangan untuk pelancong membawa pulang. kalau ke sini kena pandai lah menawar harga, dan tipsnya masa mula-mula tu tawar je separuh harga. opss itu pun kalau berani.Mihmih
-WANG SOLO-
Andaian hari terkahir kami makan di Bali. Alhamdulillah sangat berpuas hati dengan makanan di sini. Nasi Ayam Penyet memang sedap. nanti mek cah review makanan sedap di sini. insyaallah.
Next day??
Next day??
Okay. Bye-bye Bali walaupun flight kami delay selama 2 jam. okay tak pe, mungkin ada hikmah disitu. Tapi flight mek cah ke Kelantan dari LCCT memang terlepas. Agak sedih disitu, alhamdulillah bila buat aduan di kaunter AirAsia dapat jugak tiket free balik kelantan walaupun terpaksa lepak di Lcct selama 5 jam. nasib baik surau ada. yang pasti semuanya selamat. Alhamdulillah, insyaallah ketemu lagi yer Bali. Amin
Follow instagram : @hazanisblogspot
Papai.


















