RESEPI

TRAVEL

TIPS

Resepi Udang Celup Tepung Sedap!

by - 11:01 AM


Resepi Udang Celup Tepung Sedap! | Udang, sotong dan ikan celup tepung memang sinonim dengan negeri Terengganu. Kalau ke Terengganu memang tak sah kalau tak cuba makanan popular kat sini. Mek Cah dah menetap di Terengganu dah 5 tahun dan Alhamdulillah akhirnya setelah 5 tahun berkahwin, resepi udang celup tepung kali ini akhirnya menjadi. Semalam suami makan sampai licin dan tak habis-habis puji sedap. Katanya boleh cuba untuk sotong dan ikan celup tepung. Mek Cah dah lupa ambil resepi dari mana tapi terima kasih kepada yang sudi kongsikan resepi mudah ini tau. Ternyata walaupun dah 1 jam tapi tetap rangup sekali ngap tak perlu buang kulit jika menggunakan udang kecil. Memori masa mula-mula kahwin cuba buat 'RESEPI PISANG GORENG RANGUP SEDAP' alhamdulillah pun menjadi jugak, sedap makan bersama ais krim sebab tu badan macam dipampam selepas kahwin. Memang susah betul nak diet bila dah berkahwin. Sobssss Okay antara bahan-bahan dan cara penyediaan Mek Cah kongsi kat bawah tau, dah cuba resepi ini jangan lupa komen sedap ke tak. Kalau  resepi ni tak menjadi tu confirm korang lupa baca Bismillah masa nak masak. Eh! tiberrr pulak. Hehehe

Resepi Udang Celup Tepung Sedap

Resepi Udang Celup Tepung

Bahan-bahan:
  • 1 cawan tepung beras cap gajah.
  • 1 biji telur-ambik kuning sahaja
  • 2 sudu air kapur.
  • 2 sudu tepung jagung
  • 1 sudu rata teh gula
  • Secubit kunyit
  • Garam
  • Air sejuk secukupnya.
Cara – cara memasak:
  1. Bersihkan udang/sotong tapis kemudian gaulkan sedikit dengan garam dan ketepikan.
  2. Masukkan semua bahan – bahan.
  3. Gaul rata kemudian bancuh dgn air sejuk.
  4. Celup udang kedalam adunan dan goreng tenggelam dengan minyak penuh.
Nota: Letakkan ketulan ais didalam air dan bancuh. Pastikan garam terasa masin sebab selepas goreng rasa masin tidak terasa sangat. Jangan risau kerana semasa kita adun tepung memang akan terasa lebih masin.

Siap!

You May Also Like

6 kata-kata indah...

  1. udang celup tepung gini akak suka, kadang paling tak suka oder udang celup tepung tapi dia punya tepung je kembang kembong udang ciput huhuhu

    ReplyDelete
  2. Ouh mek cah duk Ganung ehh. Ruby orang ganung tapi tak duduk sana.

    Memang belah sana mcm² celup tepungnya. Sedap udang tu.

    Cara dia kena bubuh ketulan ais sekali.

    Done follow deh #4483

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup duduk ganung tp selalu balik kg 2 minggu sekali. hehe lama xblogwalking.

      Delete

siapa komen, dapat bunga ♥