RESEPI

TRAVEL

TIPS

Kebaikan Vitamin C untuk Kulit

by - 4:41 PM

Kebaikan Vitamin C untuk Kulit
Kebaikan Vitamin C untuk Kulit

Kebaikan Vitamin C untuk Kulit
 | VITAMIN C sangat diperlukan untuk tubuh badan kita. Kesedaran kepentingan pengambilan vitamin C untuk badan semakin meningkat sehingga wujud pelbagai produk vitamin C pelbagai jenama di pasaran. Namun sebagai pengguna harus bijak memilih Vitamin C yang sesuai dimana produk tersebut selamat dan disahkan oleh KKM. 'CARA PENGAMBILAN VITAMIN C 1000MG PAHANG PHARMA' menjadi topik hangat kerana tidak semua pengguna tahu cara pengambilan Vitamin C secara selamat. Sebelum mengambil Vitamin C harus mendapatkan nasihat doktor yang bertauliah. Vitamin C mampu membuatkan kulit anda cantik dan awek muda. Ia boleh didapati dalam buah-buahan dan sayur-sayuran, kedua-duanya adalah sumber terbaik vitamin C.

Buah-buahan : jambu batu, betik, buah sitrus (seperti oren dan limau gedang), kiwi dan strawberi.

Sayur-sayuran : brokoli dan tomato.

Fakta: Sebiji buah jambu batu mengandungi 206 mg vitamin C manakala sebiji oren dengan saiz sederhana mengandungi 59-83 mg vitamin C.

Kebaikan Vitamin C untuk Kulit

Antara kebaikan pengambilan vitamin C :

1) Menghasilkan kulit yang berseri
Vitamin C dikatakan dapat membantu memutihkan kulit dan menghasilkan kulit yang cantik dan berseri. Ia menjadi idaman buat ramai wanita pada masa kini.

2) Penghasilan kolagen
Vitamin C merupakan bahan utama dalam pembentukan dan penghasilan kolagen bagi mencapai kecantikan kulit yang berseri. Justeru itu, anda dinasihatkan untuk mengambil vitamin C dalam bentuk suplemen supaya kesan penghasilan kolagen dapat dinikmati secara berterusan.

kebaikan pengambilan vitamin C
Penyanyi popular Wany Hasnita juga pernah cuba Vitamin C Shaklee. Brand Shaklee bukan biasa-biasa tau. 

3) Membantu mengatasi kekurangan vitamin C dalam badan
Ramai mengalami kekurangan vitamin C dalam badan lantaran kurang pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran. Bagi menangani masalah ini, anda disarankan mengambil vitamin C dalam bentuk suplemen untuk menikmati kesan dengan lebih cepat.

4) Membantu menghindari jangkitan kuman
Vitamin C amat penting untuk membina sistem imunisasi yang kuat lagi kebal. Vitamin C yang mencukupi dapat memastikan anda tidak mudah diserang jangkitan kuman.

Keburukan Suplemen vitamin C
Suplemen vitamin C mempunyai keburukan yang tersendiri buat mereka yang merokok, mengambil minuman beralkohol dan berkafein. Ia sebenarnya boleh mengganggu fungsi suplemen vitamin C itu sendiri.

Pengambilan Vitamin C mengikut sukatan yang betul mampu membantu kulit semakin sihat. Mek Cha sendiri dah lama amalkan vitamin C antaranya Vitamin C Shaklee, Vitamin C 1000mg dan yang terbaru Vitamin C BLACKMORE. Memang tak boleh tinggalkan vitamin C kerana bila dah stop terus rasa kulit makin bermasalah, cepat jatuh sakit dan sebagainya. Jadi terpulang jika korang rasa pentingnya vitamin C boleh amalkan suplemen atau terus amalkan pemakanan yang natural.

You May Also Like

0 kata-kata indah...

siapa komen, dapat bunga ♥