RESEPI

TRAVEL

TIPS

Video Pertunangan Fattah Amin dan Fazura

by - 1:41 AM

Video Pertunangan Fattah Amin dan Fazura | Memang dah lama blog Mek Cah tidak bergosip tapi kali ni teruja benar apabila mendengar pelakon pujaan Fazura dan Fattah Amin sudah bertunang. Maklumlah sebelum ni mereka digosipkan bercinta tapi masing-masing tidak mengaku. Tup tup sehari sebelum berangkat menunaikan umrah mereka berdua dikhabarkan sudah pun berkahwin. Fattah mengesahkan keluarganya menghantar rombongan merisik Nur Fazura pada 13 November lalu. Mereka terus melangsungkan pertunangan mereka pada tarikh yang sama dan terpaksa merahsiakan berita tersebut atas permintaan keluarga dan mahu fokus untuk menunaikan ibadah umrah terlebih dahulu. Fazura memang cantik, Mek Cah sebagai blogger pun pernah bersua muka dengan Fazura ni tau di sini 'EVENT : Pelancaran Colgate Optic White Plus Shine Bersama Fazura! ', memori betul lah. Senyum manis memang sesuai jadi duta iklan Colgate. Teheeee!

gambar pertunangan fazura dan fattah amin
Gambar pertunangan Fazura dan Fattah Amin

Klip video Pertunangan Fattah Amin dan Fazura tersebut dikongsi oleh mereka berdua menerusi laman sosial Instagram masing-masing.

A post shared by Fattah Amin (@fattahaminz) on
A post shared by Fattah Amin (@fattahaminz) on


"Teristimewa buat our beloved Love Warriors. Majlis pertunangan kami yang sederhana. Terima kasih di atas doa anda semua.

Salam sayang dari kami," Fattah Amin

Pasangan sensasi ini juga merancang untuk mengadakan dua majlis resepsi pada awal tahun hadapan; satu bagi keluarga dan rakan media manakala satu lagi untuk para peminat.

gambar pertunangan fazura dan fattah amin
Gambar pertunangan Fazura dan Fattah Amin
 
Menurut Fazura, majlis resepsi untuk peminat diadakan bagi menghargai mereka yang telah menyokong dan mendoakan mereka selama ini.Semoga jodoh mereka berkekalan. Semua peminat Fattah Amin boleh la mula patah hati gitewwww. Hikssss nak tengok filem lakonan Fazura boleh lihat 'J Revolusi Full Movie Download ' . Baiii!

You May Also Like

2 kata-kata indah...

siapa komen, dapat bunga ♥