Resepi Biskut Semperit Susu Sedap!
Resepi Biskut Semperit Susu | Alhamdulillah memandangkan entri Resepi Biskut Raya 2013 sebelum ini mendapat sambutan , kali ini Mek Cah ingin berkongsi Resepi Biskut Semperit Susu Sedap yang kini menjadi viral di group facebook Masak Apa Hari Ini. Sumpah memang tak menyesal join group yang banyak memberi info tentang resepi masakan. Disebabkan Biskut Semperit Susu selalu menari-nari di walls Mek Cah jadi semalam dah berjaya siapkan Biskut Semperit dengan biskut choclat chip hasil air tangan suami. Kebetulan juga anak dara kesayangan tengah tidur, jadi peluang masa tersebut diisi dengan membuat biskut raya. Insyaallah weekend ini resepi biskut lain pula. Amin
Sebelum ini dah pernah buat biskut semperit pada tahun-tahun lepas, tapi tak sesedap menggunakan resepi biskut kali ini. Resepi yang dikongsi disini boleh percaya sebab dapat menghasilkan biskut semperit susu yang terlajak sedap!
Semperit gebus, bila masuk dimulut akan cair. Nyum nyummmmm! |
Bahan-Bahan:
- 250 gram mentega
- 3/4 cawan susu pekat
- 1 sudu besar tepung beras
- 1 sudu besar tepung kastad
- tepung jagung sukatan tiada
- coklat chip, untuk hiasan
Cara Penyediaan:
- Lembutkan mentega dengan letakkan pada suhu bilik seketika. Dengan menggunakan mixer ataupun whisk, pukul mentega bersama susu sehingga sebati dan licin. Tak perlu pukul terlalu lama kerana takut biskut menjadi kembang.
- Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang lembut.
- Rehatkan doh selama 10 minit.Masukan doh ke dalam acuan terap bunga dahlia.
- Terap dan hias bersama coklat chip.
- Bakar selama 12-15 minit pada suhu 150°C. Angkat dan sejukkan di atas cooling rack. Apabila sejuk sepenuhnya, masukkan ke dalam bekas kedap udara.
Tips:
Hati-hati pada minit ke 10 ke atas kerana kuih mudah hangus.
Susun siap-siap dalam balang, mohon jangan habis sebelum raya sudah la. Lulz |
Oh ya! jangan lupa dapatkan Koleksi SMS Ucapan Hari Raya 2016 untuk orang yang tersayang. SAVE gambar resepi cara penyediaan Biskut Semperit ini tau. So, tak perlu susah-susah untuk salin dalam nota. Hiksss
3 kata-kata indah...
shedap la haii
ReplyDeletecomei je rupo nya semperit tu, sayang nk mkn
ReplyDeletesayang lapar la sis. :P
Deletesiapa komen, dapat bunga ♥