Koleksi Ucapan SMS Hari Raya Aidilfitri 2016

Ucapan SMS Hari Raya Aidil Fitri telah menjadi perkara wajib untuk saudara islam kita memberikan ucapan selamat Hari Raya untuk yang tersayang. Syukur 'Koleksi SMS Ucapan Hari Raya' sebelum ini dapat membantu saudara kita memberikan ucapan comel kepada yang tersayang sempena Aidil Fitri. Sekarang lebih mudah, dengan hanya whatsapp dan SMS ucapan selamat Hari Raya dapat disampaikan dalam beberapa saat sahaja. Kalau dahulu kad raya menjadi pilihan untuk menyampaikan ucapan Hari Raya buat yang tersayang tetapi kini pilihan kad raya menjadi pilihan terakhir memandangkan mengambil masa yang lama untuk sampai kepada yang tersayang. Kalau tak sempat hantar kad raya hantar sms raya pun jadi lah kan, sekurang-kurangnya sms dan whatsapp pengganti diri sebagai tanda ingatan kita kepada orang yang tersayang di hari yang mulia. Apa lagi sms dan whatsapp lah sekarang.
ucapan sms selamat hari raya
Ucapan tulus ikhlas dari Hazanis sekeluarga
Jika jiwa sebening air Maka jangan keruhkan Jika hati seputih awan Jangan mendungkan Raih kemenangan dengan saling bermaafan Selamat Hari Raya Idul Fitri

Ramadhan bakal beransur pergi Syawal menjelma di aidilfitri Seikhlas hati menyusun jari memohon dimaaf kekhilafan diri Salam Aidilfitri, maaf zahir batin

Kian Berlabuh Tirai Ramadhan Lambaian Syawal Kian Dinanti Luhur Hati Ikhlas Kemaafan Semoga Kesalahan Dimaafi Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin

Pelita indah lagi berseri menjadi hiasan di aidil fitri WHATSAPP dikirim pengganti diri tanda ingatan tak layu di hati SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR BATIN

Ada mata pandanglah keindahan Ada mulut berbudilah pertuturan Ada hati berilah kesayangan Ada salah silap silalah maafkan

Masak lomak cili api Campo dongan ! daun turi Hari rayo kolumpo sopi Tinggal penyamun dongan pencuri (org kolumpo jgn kocik ati!!)

Kata Al-Ghazali : yang jauh itu WAKTU,yang dekat itu MATI,yang besar itu NAFSU,yang berat itu AMANAH,yang mudah itu BERBUAT DOSA,yang panjang itu AMAL,SOLEH yang indah itu SALING MEMAAFKAN”Salam aidilfitri maaf zahir dan batin”.

Tangan dihulur maaf dipinta,
Erat hubungan sesama kita,
Semoga gembira di hari yang mulia ini,
Salah dan silap harap dimaaf,
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir dan Batin.

Satu Syawal menjelang tiba,Takbir bergema mengegarkan jiwa,Sekiranya ada salah dan dosa,Ampun dipinta dihari mulia.Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin.

Ramadhan telah kita tinggalkan, hampir menjelma syawal mulia. Aidilfitri berbahang gembira, di sambut dgn rasa suka. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin dari (nama penghantar dan family)

ISNIN cari SELASA ,Membeli belah dipasaraya, Sambil mengorat anak Pak Ali, Kalau puasa “Selamat Hari Raya” Kalau tak puasa sambutlah “Depavali” “Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin”

RAMADHAN telah menjelma. Berdoalah sebelum menjelangnya SYAWAL BERDOA BERDOA BERDOA BERDOA ORANG CAKAP BERDOA LAA… Bukan picit-picit henpon!

secebis kasih membuatkan kita sayangseucap janji membuatkan kita percayasedikit luka membuatkan kita kecewatapi sebuah persahabatan selamanya bermaknaSELAMAT HARI RAYA AIDILFITRIMAAF ZAHIR DAN BATIN 

Cahaya ramadam berlalu pergi,Menyambut tibanya Aidilfitri,
Ampun maaf segala peri,
Semoga ikatan kekal dihati.
Selamat Hari Raya Maaf zahir batin.

Buat si gadis, untuk tampil bergaya di pagi Syawal apa kata korang gayakan tudung dengan 'Fesyen Cara Pemakaian Selendang 2016' ini, sudah pasti korang paling menyerlah dipagi raya. Lebih sejuk mata memandang kerana menutup aurat dengan sempurna. Selamat hari raya!

--SMS/WHATSAPP/VIBER : +6010-8931044 --

3 ulasan:

  1. selamat berpuasa dan menyambut hari lebaran..

    BalasPadam
  2. Selamat hari raya maaf zahir dan batin (bagi ucapan dulu kot-kot tak online time hari raya, heheh). Diari Mommy Muhaimin

    BalasPadam
  3. Boleh copy paate nie.. Hihi.. Selamat hari raya awak..

    BalasPadam

siapa komen, dapat bunga ♥ ^^◕‿◕✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...