RESEPI

TRAVEL

TIPS

Video Meletop Iklan Gorgeous & Precious Perfume By Rozita Che Wan!

by - 3:12 PM

Video Iklan Gorgeous & Precious Perfume By Rozita Che Wan | Dalam dunia hiburan kini nama Rozita Che Wan sering menjadi tumpuan di media massa mahupun di laman sosial gara-gara cara hidupnya yang sentiasa mewah dan dirinya yang sentiasa cantik walaupun semakin berusia. Malah ditambah pula dengan kehadiran Aaisyah Dhia Rana yang mewarisi kecantikan dari Rozita Che Wan sendiri turut menjadi selebriti walaupun masih diusia kecil. Buktinya menerusi artikel '9 Foto Aaisyah Dhia Rana Terlajak Comel di Majlis Resepsi Ruzaini dan Isteri Bertemakan 'Malam Bollywood', ramai yang telah tertarik dengan budak comel ini termasuk lah Mek Cah sekali. Rozita Che Wan kini semakin aktif didalam dunia perniagaan selain aktif dalam bidang lakonan dan modelling. Terkini Rozita Che Wan telah mengeluarkan produk wangian Gorgeous & Precious Perfume By RCW selain turut mengeluarkan produk kecantikan iaitu pemutih ajaib by Rozita Che Wan. Ni yang terasa nak cuba nih! 

putih ajaib by che ta

Kebanyakan testimoni yang Mek Cah jumpa ramai yang berpuashati dengan produk keluaran Rozita Che Wan dan kebanyakan stokis produk tersebut bersyukur dengan menjadi agen dan stokis selebriti ini pendapatan mereka semakin bertambah. Macam biasa la kan, kalau artis popular berniaga pasti mendapat sambutan lebih-lebih lagi kalau selebriti tu cantik jelita dan mempunyai pengikut yang ramai. 

testimoni  Gorgeous & Precious Perfume By Rozita Che Wan


Melihat video terbaru iklan Gorgeous & Precious Perfume By Rozita Che Wan pasti membuatkan korang kagum dengan jalan cerita iklan tersebut lebih-lebih lagi diselitkan dengan lagu popular dalam filem Dilwale yang menjadi kegemaran Mek Cah. Opsss! . Jom layankan sahaja video yang berdurasi 53 saat ini. 

Adv: Gorgeous & Precious Perfume by RCW
Biar betul? 300,000 botol dah terjual dalam masa sebulan?! Yep. Bukan gimik. Beberapa kali saya jumpa sendiri dengan Che Ta dan sembang-sembang tentang perfume Gorgeous & Precious beliau. Nak cungkil-cungkil la tips-tips berniaga ke macamana ke kan. Kata-kata Che Ta ni buat saya kagum dengan beliau. "Bila perniagaan kita berjaya, orang akan nampak kita senang sedangkan berjuta halangan nak kena tempuhi.""Kita tak boleh nak halang apa yang orang kata kepada kita. Tapi cara yang terbaik ialah teruskan ke hadapan dan ambil kata-kata yang baik, pertimbangkan kritikan, dan maafkan orang yang membenci dan mencaci kita".Gorgeous & Precious Perfume By RCW. Exclusive by Rozita Che Wan.
Posted by Hafiz Hamidun on Wednesday, 3 February 2016
Perfume  che ta

Kata-kata Rozita Che Wan yang membuatkan kita semua kagum dengan beliau ialah:
"Bila perniagaan kita berjaya, orang akan nampak kita senang sedangkan berjuta halangan nak kena tempuhi."
 "Kita tak boleh nak halang apa yang orang kata kepada kita. Tapi cara yang terbaik ialah teruskan ke hadapan dan ambil kata-kata yang baik, pertimbangkan kritikan, dan maafkan orang yang membenci dan mencaci kita".
Semoga perniagaan Rozita Che Wan sentiasa bertambah maju dan perniagaan yang dijalankan dapat membantu peminatnya menambahkan sumber pendapatan. Rozita Che Wan mempunyai nama yang cukup besar dalam dunia hiburan sudah pasti dapat menarik ramai pelanggan untuk membeli produknya. Haisshh kalau lah macam ni perlu jadikan Rozita Che Wan sebagai idola dalam perniagaan Mek Cah ni. Chaiyoook!

You May Also Like

4 kata-kata indah...

siapa komen, dapat bunga ♥