RESEPI

TRAVEL

TIPS

Resepi Cheesecake Milo Biskut

by - 10:00 AM

Assalamualaikum rindu!.

okay, betapa rindunya dengan blog ini, rindu nak blogwalking seperti dulu. kekasih terabai dakpeee, asalkan kesayang Love is Cinta terjaga. Muehehe seminggu yang lepas sempat rajin mencuba resepi baru, memandangkan mek cah suka cheese maka resepi ini sangat serasi dan senang untuk dibuat. rasanya sangat oh nom nom nom. *padahal mek cah dan abah je makan. lolz*


Resepi asal dari Sitikektus. nampak sedap je. bahan-bahan pon senang nak cari. lagi pon tak payah nak bakar-mebakar or kukus mengukus. cuma guna peti ais je. kihkih kali terakhir berkongsi resepi ialah "resepi biskut raya 2013". :)


BAHAN-BAHAN:
NESTUM
BISKUT CREAM CRACKERS
SUSU PEKAT MANIS
KRIM CHEESE
MILO
SUSU SEGAR
(untuk celupkan biskut)


CARA-CARANYA:
1. Pukul creamcheese sehingga sebati. aku gunakan hand mixer. kemudian masukkan setengah susu pekat manis. Pukul lagi sehingga sebati. Ketepikan. Bagi yang suka manis-manis nak letak semua pon tak ada masalah. tapi komfem terlebih manislah. 
2. Tuangkan susu segar kedalam mangkuk. Celupkan biskut ke dalam susu segar. Jangan sampai terlembik pulak, cukup sekadar nak bagi ia lembut sedikit. Kemudian, susun di dalam loyang.
3. Oleskan creamcheese yang telah di putar tadi. Oleskan nipis-nipis je. tak payah tebal sangat. Kemudian, taburkan nestum di atas lapisan creamcheese tadi. nak bubuh banyak mana ikutlah gerak hati masing-masing.
4. Ulang langkah ke-2 dan ke-3 tapi gantikan nestum dengan milo pula. milo ni pon ikutlah gerak hati masing-masing jugak nak banyak mana. lagi banyak milo tu lagi sedap.
5. Ulang langkah ke-2, 3, dan 4 sampai lapisan yang dikehendaki. tapi untuk cheesecake milo biskut aku ni, aku cuma dapat buat 5 lapisan je. pada lapisan yang terakhir sekali, bubuhkan creamcheese tu tebal sikit.
6. Akhir sekali, taburkan nestum di lapisan creamcheese terakhir. Boleh lah dimasukkan dalam peti ais semalaman. 

Yeah!! hasil air tangan sendiri. makan sebelum dan selepas pulang dari kerja. 
rasa nak buat lagi lah sebab step yang senang sangat. buat bekal pergi kerja pun jadi lah. time break boleh makan benda ni je, so saving sikit. lolzz *hasil tak secantik Sitikektus*. :(

SELAMAT MENCUBA !

#credit to : Sitikektus


You May Also Like

29 kata-kata indah...

  1. hmm, balik rumah nanti boleh cuba buat..

    ReplyDelete
  2. style akak bt guna biskut meri tp nih pakai biskut krim kraker... tp msti sedap gk rasa... ni yg rasa cam nk bt lg je nih huhuhuhi

    ReplyDelete
  3. macam senang jekkk!!!bole try nanti!!tapi mixer takde laaa....huhu

    ReplyDelete
  4. sedap nyo make2 time punye gini..nyum3

    ReplyDelete
  5. fuh macam sedap je nampaknya. kena cuba sendiri ni.

    ReplyDelete
  6. Senang jea crnya. Boleh try nih. Hehe

    ReplyDelete
  7. tak cantik tak pe. yang penting sedappp. kihkihh :)

    ReplyDelete
  8. senang nak buat..selalu pakai cheese biskut.. hehe

    ReplyDelete
  9. Sedaknyo lah..nak try wat etek la ginih gak

    ReplyDelete

siapa komen, dapat bunga ♥