Assalamualaikum L.O.V.E..=)
Alhamdulillah... Tahniah! Pelakon yang manis dan cantik bertudung iaitu Irma Hasmie, 30, sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Reza Syah Azmeer Mohd Redzuan, 31, dengan sekali lafaz. Pasangan tersebut dinikahkan sendiri oleh bapa Irma iaitu Ibrahim Othman.
Majlis pernikahan mereka diadakan di Dewan Persidangan, Kompleks Perbadanan Putrajaya tadi kira-kira pukul 3.50 petang, Jumaat (29 Jun 2012).
Irma Hasmie menerima tiga dinar emas sebagai mas kahwin sementara wang hantaran dirahsiakan jumlahnya daripada pengetahuan umum.
Pihak perempuan menerima 11 dulang hantaran daripada pihak lelaki dan dibalas 13 dulang. Selain sebentuk cincin, antara barang hantaran lain yang diberikan Redza kepada Irma termasuklah sirih junjung, manisan, jam tangan, tas tangan, coklat dan set mandian.
Manakala Irma membalas sirih junjung, sebentuk cincin, Al-Quran, sejadah, kurma dan komputer riba.
Majlis resepsi kedua-dua mempelai akan diadakan pada 1 Julai ini di Dewan D2, Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) pukul 8 malam.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..
“Semoga Allah SWT menghimpunkan yang terserak dari keduanya, memberkati mereka berdua dan semoga Allah SWT meningkatkan kualiti keturunan mereka, menjadikannya pembuka pintu-pintu rahmat, sumber ilmu dan hikmah serta pemberi rasa damai”