Rancang Percutian Dengan Kalendar 2020

Rancang Percutian Dengan Kalendar 2020Assalamualaikum. Menjelang 2020 pasti ramai dan merancang percutian bersama rakan-rakan dan keluarga tersayang kan. Macam Mek Cah sendiri wajib Google sahaja tarikh cuti tahun 2020 untuk memastikan percutian akan datang tiada masalah. Maklumlah hidup merantau wajib tengok kalendar untuk pulang ke kampung. Tahun 2020 banyak plan nak jalan-jalan tapi kena tengok kos dahulu memandangkan ahli keluarga semakin bertambah.  Rancang percutian dengan bijak, kalau nak percutian yang super jimat dan senang boleh lah berkunjung ke Bandung, Indonesia. Pasti semakin banyak tempat menarik berbanding Mek Cah ke sana tahun 2015 . Ikuti tips jika korang berminat kesana 'Tips bercuti ke Bandung'. Lagipun sekarang AIRASIA memang banyak buat promosi, memang jimat kalau korang yang solo tetapi tidak bagi yang dah berkeluarga. Baca ni 'Promosi tambang murah AirAsia'. Kali terakhir fly ke Sabah bersama arwah Mak Mek Cah, Allahu cukup rindu 'Percutian ke Sabah dan Tempat Menarik Boleh Dilawati'. Al-Fatihah. Semoga arwah Mak ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Semoga ibuku ditempatkan disyurga tertinggiMu. Amin.

Okay kalendar ni MeK Cah credit kepada 'timeanddate'. Oh ya! tahun 2020 kita raya awal tau. Teringin nak ke Ho Chi Minh sekali lagi untuk shopping raya. Sempat ke? Apa pun selamat bercuti buat korang.

Rancang Percutian Dengan Kalendar 2020
Rancang Percutian Dengan Kalendar 2020
Kalendar 2020

No comments

siapa komen, dapat bunga ♥

Powered by Blogger.