Promosi tambang murah AirAsia | Angan-angan nak melancong ke luar negara. Dapat ke Bandung buat kali-3 pun dah okay. Sekurangnya dapat juga melihat negara luar memandangkan percutian ke Bandung tak serumit melancong ke negara lain. Nah tahu rumit ke tak korang wajib baca artikal ini 'Tips bercuti ke Bandung'. Lagi pun kali terakhir Mek Cah ke sana zaman sebelum kahwin tahun 2014 dan tahun 2015 zaman selepas berkahwin, konon-konon pergi untuk honetymoon. Rindu juga tau sebab di Bandung kini semakin banyak tempat menarik. AIRASIA buat hal lagi apabila menawarkan promosi tambang murah sempena ulangtahun yang ke-18. Semalam sebelum tidur dah check harga tiket ke Bandung dan Ho chi Minh . Teringin sangat nak pergi tapi kena angkut sekali la Mek Icha dan Adam Sufi kalau si suami kerja. Sobsss tapi dah deal dengan adik kesayangan Lala untuk melancong ke luarnegara. Entah jadi ke tidak.
Promosi tambang murah AirAsia |
Untuk promosi ni bermula sekarang sehingga 1 Dec 2019 untuk booking travel dari 27 Apr 2020- 1 Mar 2021. Kalau korang pandai pilih tarikh dapat lah harga termurah yang jarang korang dapat tau. Teringin juga bawa anak-anak naik flight dari KUL-PENANG ke dalam RM18 sahaja. Murah sangat kan!
tiket murah ke bandung |
Kalau dapat melancong ke Ho Chi Minh buat kali ke-2 mesti seronok shopping untuk raya. Kebetulan harga tiket memang murah tapi satu je masalah nak bawa anak kecil memang susah sikit sebab Ho Chi Minh merupakan bandar sibuk. Nak lintas jalan pun kena berhati-hati. Teringat pula pengalaman ke sana 'Percutian ke Ho Chi Minh, Vietnam - Day 1'.
tiket murah ke ho chi minh |
Apa lagi korang pergi la ushar website AIRASIA sekarang kalau korang dah lama plan untuk bercuti, nanti jangan lupa kongsikan pengalaman bercuti di blog tau. Boleh Mek Cah baca. Apa pun selamat bercuti korang!
2 kata-kata indah...
selalunya kalau promo gini kejapje abis heheh... almaklum murah sesangat
ReplyDeleteTula. Check sekali harga dah lain. Memang kena betul2 cepat. Melepassssss. 😂😂😂
Deletesiapa komen, dapat bunga ♥