RESEPI

TRAVEL

TIPS

Resepi Jeruk Mangga Asam Boi

by - 4:59 PM

Resepi Jeruk Mangga Asam Boi | Pasti disini ramai penggemar Jeruk Mangga Asam Boi lebih-lebih lagi bila buka facebook je terus terpampang gambar Jeruk Mangga Asam Boi. Kelihatan sangat sodap je! Ada yang sanggup order online sebab terlalu mengidam dengan Jeruk Mangga Asam Boi. Fenomena Jeruk Mangga Asam Boi  semakin menjadi-jadi sehingga ramai yang membuka perniagaan jeruk mangga asam boi. Fuhh! banyak tu untung. :P



Namun lebih senang, cepat dan mudah sahaja untuk menghasilkan Jeruk Mangga Asam Boi yang sedap. Buka 'Google' berlambak Resepi Jeruk Mangga Asam Boi yang digilai ramai lebih-lebih lagi kaum wanita, kononnya mengidam la sangat kan. So apa kata buat sendiri lagi senang, jimat dan sedap!.

Gambar :- Sumber GOOGLE

Bahan-bahan jeruk mangga asam boi ialah :-

3 biji mangga muda - ikut suka nak jenis apa
gula - mengikut citarasa
5 biji Cili padi
10 - 12 biji asam boi putih
Kupas mangga muda. - Rendam mangga dalam air bersih dan masukkan sedikit garam halus. biarkan 5 minit dan tos kering.

  1. Masukkan kesemua bahan-bahan termasuk biji asam boi dan gaul rata. Tambahkan garam sedikit kerana masin dari asam boi putih sudah mencukupi.
  2. Tidak perlu menggaul terlalu lama kerana boleh merosakkan buah mangga tersebut. Gaul rata sudah mencukupi. Dah siap simpan dalam bekas atau botol. Ikut pilihan masing-masing.
  3. Jeruk mangga asam boi sudah siap disimpan dalam botol dan diletak dalam peti ais.

Resepi Jeruk Mangga Asam Boi Yang Mek Cah punya guna epal hijau sahaja memandangkan epal hijau masam banyak sangat stok dalam peti ais. Akhirnya berjaya buat dan boleh dikatakan sangat sedap cuma terlebih lada sikit. Sobss tapi antara mangga dan epal, epal lebih sedap tau!! tak tipu punya. Hikss

Selamat mencuba. ;)

You May Also Like

9 kata-kata indah...

siapa komen, dapat bunga ♥