Hello Cinta.
Alhamdulillah, raya pun dah berlalu so sekarang fokus untuk blog kesayangan pula. tiba-tiba semangat menulis dah kembali lagi-lagi bila bercakap tentang make up. wanita.... memang ada yang minat giler dengan make up. okay macam mek cah memang suka make up tapi tak suka yang terlalu tebal dan pastinya nak kelihatan simple je. kita tengok selebriti korea memang nampak natural kan diorang make up. Ni gara-gara terpengaruh dengan drama korea. Tskkkk cantik sangat!. T.T
Style make up atau solekan ala Korea merupakan ikutan rata-rata wanita di Malaysia. Solekan yang mudah dan ringkas ini amat sesuai untuk wanita yang sibuk dan ingin kelihatan cantik secara semulajadi. Jadi, bagi anda yang ingin keihatan menarik tanpa perlu bersolek tebal, ikuti panduan mengenakan make up ala korea seperti yang dinyatakan berikut;
1. Simple touch
Perlu diingatkan bahawa make up atau solekan ala Korea merupakan style solekan yang ringkas dan nipis.
2. BB Cream
BB Cream merupakan ‘tool’ atau keperluan yang terpenting sekali. Ia berfungsi untuk menutupi segala masalah pada kulit muka anda dan memberikan tona yang sekata. BB Cream juga menjadikan wajah anda kelihatan ‘glowing’.
3. Eyeliner coklat
Seterusnya adalah penggunaan eyeliner berwarna coklat untuk penampilan yang lebih natural atau semulajadi.
4. Fake eyelashes
Selain itu, style make up ala korea juga tidak menggunakan sebarang eyeshadow atau pembayang mata sebaliknya, cukup dengan penggunaan fake eyelashes.
5. Lipstick
Akhir sekali, pemakaian lipstick dengan teknik gradient lips atau two tone lips yang cukup popular. Wanita-wanita korea biasanya memilih warna-warna seperti pink dan peach untuk memiliki bentuk bibir yang mungil!
Ingin kelihatan seperti artis Korea kegemaran anda? Ikuti panduan ini dan dapatkan segala keperluan make up anda di ZALORA Malaysia hari ini juga! ZALORA menawarkan koleksi produk kosmetik tempatan dan antarabangsa yang terbaik dengan harga yang amat berpatutan.
Papaii.