Dah 2, 3 hari bumi puncak perdana di basahi dengan hujan...hujan yang lebat....dan 3 hari tu jugak la setiap kali balik dari kelas terpaksa meredah hujan...tup Top balik dalam kebasahan...sob sob...T____T
Alhamdulillah setakat nie tak der lagi tanda-tanda nak demam ...hihi..lau tak habis la aku terpaksa ponteng kelas....opssss hari nie hari rabu kan??
macam biasa la kelas bahasa perancis pagi tadi..hoho tadi terpaksa jawab kuiz...humm biasa la aku nie sedikit slow..dapat markah pun cukup-cukup makan jer.....oH kita lupa kan pasal nie...
ni haaaaaa,,,
aku terkantoi tido dalam kelas weh...ehemmm malu gak la tapi biasa la tu kan tertido dalam kelas...seyessss lecture dalam 3 jam...siapa tak boring....huhuhu
nah picha aku punya terkantoi tido dalam kelas...seyesss aku cakap, aku tak perasan pun member aku snap pic aku dalam ketiduran...siap mimpi lagi..miahahaha nasib baik tak kantoi dengan lecturer...compom, kena sindir dalam kelas...ecececece nasib baik la sangat...so, jangan tiru tabiat aku eh...^^
masa modul hari tu...ceramah pasal networking apa entah...aku pun tak faham...hoho macam mana nak faham bila aku tido...perghhh daaaa....tapi ni aku terlelap jer...kejap tersedar, tertido dan tersedar balik...macam tu la nak habiskan masa 3 jam...:)
miahaha...terpaksa mengambil risiko la kan bila upload picha nie..mesti korang akan cop aku nie minah gila tido...erk???betul kan, kan , kan???...ehemm redha dan redha...^^
ni masa kelas en. wan yang hensem...boleh gak nak tertido masa ni...haisssshhhh lecturer hensem macam tu pun boleh gak aku jadi macam nie...bagi la fahrin ahmad ke, bila dah lama-lama conpom aku tertido gak..muehehehe dah memang tabiat aku agak nya kan...bila dah boring, mula la mata tu nak tertutup.....abaikan mata aku yang sedikit tuttt tu...:P biasa la pose masa aku tak perasan.....
p/s:::jangan jadi macam aku k...fokus la korang masa dalam kelas..hahaha nanti tak pasal-pasal kena sound dengan lecturer...aku tak per...:P
Tetiba aku nak share dengan korang dengan ayat nie..hoho memang mula-mula baca tu dah terbukti si lelaki nie telah diuji !!...dan rasa oh geram nye sebab last-last si lelaki tu berpaling/berpusing menoleh ke belakang…ehem nampak sangat nak jugak tengok perempuan lain yang dikatakan cantik oleh gadis tu…walaupun tujuan sebenar hanya nak menguji tapi, ingat lah wahai lelaki berpuas hati lah dengan apa yang korang ada sekarang atau apa yang ada di depan mata korang…jangan sesekali berpaling dengan perempuan yang lain…setia lah pada yang satu…
seyesss aku tak suka bila lelaki yang dah berpunya tapi mengaku gak masih ‘single’ @ mata liar means suka tengok perempuan lain…….rasa nak bagi karate jer..hoho…
Jom layan babak nie…
Gadis : apesal awk ikut saya ni ?
Lelaki : saya tak tahu . Awak cantik sangat . Saya rasa , saya dah cintakan awak .
Gadis : hmm , awk tak jumpe lagi kawan saya , dia lagi cantik dari saya .
Lelaki : hmm ?
Gadis : die dekat belakang awak .
Lelaki : *pusing* tak de sape pon .
Gadis : kalau awak betul-betul cintakan sayaa , tak mungkin awak akan pusing !
Aku rasa nak test jer ayat nie dengan kekasih hati ..ehem mana la tahu kan kekasih aku pun lebih kurang macam nie gak….humm tapi kita ubah la ayat tu semua..pandai-pandai korang lah tu…..tapi jangan la sampai hubungan korang putus disebabkan perkara nie..walaupun korang dah kenal dia bertahun-tahun…ehem rugi la kan nak putus di sebabkan perkara nie…so pandai-pandai la korang nilai en. Kekasih korang macam mana…korang yang lebih mengenalinya kan…so nie semua untuk gurauan masa boring jer….whoOot WhOot…^^
~* Wahai lelaki *~
Jika benar kau kasih & cintakan wanita itu,•.♥• Jagalah dia dengan baik,•.♥• Kasihanilah dia, lindungilah dia,•.♥• Berilah kasih sayang padanya,•.♥• Hargailah dia,•.♥• Ucapkan terima kasih atas kelebihannya,•.♥• Nasihatilah dia,•.♥• Bawalah dia ke jalan Allah,•.♥• Perbetulkan kesilapannya,•.♥• Bersabar dengannya,•.♥• Terimalah & cintailah kekurangannya,•.♥• Jadi imam terbaik & redhalah padanya moga dia menunggumu di syurga sebagai bidadarimu...
p/s : Cintaku kepada Tuhan kerana aku adalah ciptaan-Nya. Cintaku terhadap seseorang itu adalah kerana perasaan yang dicipta-Nya
Oh setiap kali kemunculan aku mesti hampir dengan waktu korang nak tidur kan…tu kalau korang perasan la kan…
Sekarang ni aku nak tunaikan janji aku dengan korang semua…Oh ape ke hel nie???hahaha korang sendiri tak ingat kan??betul tak??emm aku tak kisah pun korang tak ingat…tapi aku ingat janji aku dengan korang…so malam nie aku tunaikan eh…
Eh korang masih ingat lagi tak dengan tajuk entry Ini Semua Seni???oh korang dah lupa eh??so tekan ni if korang nak ingat balik.. INI SEMUA SENI… =____=
Oh Munduk DI HATIKU….yihaaaaa….okey janji nak cerita pasal dress yang aku beli tu kan…ni dia dress yang aku beli kat bundle di MUNDUK…hohoho korang nilai la sendiri…
Korang jangan terkejut lak dengan harga dia…huhu
Jeng jeng jeng!!!
Hanya rm2.50 tau untuk 1 helai….Oh murah nya…teringin nak pergi sana lagi..lambatnya nak balik Kelantan..hummm kebetulan aku dapat dresss ni pun atas rezeki jer…kebetulan masa tu stok baru sampai..hihi so kita pilih jer yang mana berkenan….pastu terus beli…lau tak beli rugi Oh…hihi
picha ni menunjukkan first time aku pakai dress nie…hoho mula-mula pakai memang selesa la…sampai la sekarang, aku suka pakai nie..walaupun harga murah…sebab tu aku tak kisah barang yang aku pakai tu harga murah ke tak..yang penting selesa di pakai…hoho aku mengaku yang kebanyakan barang yang aku pakai semuanya barang murah…setakat nie barang yang aku pakai tak der lagi yang mencecah beratus-ratus ringgit…fuhh sayang duit tu nak beli barang mahal-mahal..hihi adoiiii jimat nye aku….:P
picha masa outing hari tu...=___='
okey dah…kita layan jer gambar tu semua..malas untuk bercerita panjang..nanti korang bosan lak…..:)
Cinta ibarat kupu-kupu. Makin kau kejar, makin ia menghindar. Tapi, bila kau biarkan ia terbang, ia akan menghampirimu di saat kau tak menduga. Cinta mampu membahagiakanmu tapi sering pula ia menyakiti, tapi cinta itu hanya istimewa apabila kau berikan pada seseorang yang layak menerima.
...Kepada PLAYBOY / PLAYGIRL...
Jangan katakan "AKU CINTA PADAMU!" bila kau tidak benar-benar peduli. Jangan bicarakan soal perasaan bila itu tidak benar-benar ada. Jangan kau sentuh hidup seseorang bila kau hanya berniat main-main dengannya. Jangan menatap ke dlm mata seseorang bila apa yg kau lakukan hanya pembohongan. Hal paling kejam yg dilakukan ialah membuat seseorang jatuh cinta, sedangkan kau tidak berniat langsung "UNTUK MENERIMANYA" saat ia terjatuh.
...Kepada yg ragu-ragu dgn PERNIKAHAN...
Cinta bukannya mencari seseorang yang "SEMPURNA", tetapi menemukan seseorang yang mampu menjadikan dirimu sempurna.
...Kepada yg PATAH HATI...
Sakit... patah hati... bertahan selama kau menginginkannya dan akan menghiris luka sedalam kau membiarkannya. Persoalannya, bukan bagaimana kita mengatasi rasa sakit itu, tetapi adalah apa yang boleh diambil sebagai pengajaran dan hikmahnya.
...Kepada yg BELUM PERNAH JATUH CINTA...
Bagaimana kalau jatuh cinta? Mahu jatuh, jatuhlah! Tetapi, jangan sampai terjerumus. Biar selamba tapi stabil. Berkongsilah tetapi jangan tak adil. Cubalah untuk memahami tetapi bkn bermakna tidak boleh meminta apa-apa. Bersedialah untuk terluka dan menderita, tetapi jgn simpan semua rasa sakit jika itu yg benar2 dialami.
...Kepada yg ingin MENGUASAI...
Hatimu patah melihat orang yang kau cintai berbahagia dgn org lain, tetapi akan lebih sakit lagi apabila mengetahui bahawa org yang kau cintai ternyata tidak bahagia dgn mu.
...Kepada yg takut MENGAKUI...
Cinta menyakitkan bila anda putuskan hubungan dgn seseorang. Tetapi, lebih sakit lagi bila seseorang memutuskan hubungan dgn mu. Tetapi, cinta paling menyakitkan apabila org yg kau cintai, langsung tdk mengetahui perasaanmu terhadapnya.
...Kepada yg masih bertahan MENCINTAI SESEORANG YG TELAH PERGI...
Hal menyedihkan dlm hidup ialah bila kau bertemu seseorang lalu jatuh cinta. Kemudian akhirnya menyedari bahawa dia bukanlah jodohmu dan kau telah mensia-siakan masa bertahun-tahun utk seseorang yg tdk layak. Kalau sekarang dia sudah tdk layak, 10 thn dr sekarang pun dia tetap tak akan layak. Biarkan dia pergi dan lupakan.
..Cinta memang indah tp banyak ranjau onak berduri didalamnye..
(credit to nickeo fizri..sorry cilok picha awak!!)
p/s : cintailah seseorang yang halal untukmu, nescaya dirimu akan mengecapi kebahagiaan dunia dan di akhirat..cintailah seseorang itu kerana agamanya...dan cintailah dia namun jangan membatasi cintamu kepada Allah swt.
Yer anak-anak…hari ni mak nak bercerita sikit..haksss wajib di dengar tau..lolzzzZ…tak mau dengar mak rotan tau..oOh kejam nyer ada mak macam nie….Olololo…mak bergurau jer anak-anakku…..mak yang ni baik tau…tak suka main rotan-rotan nih…
Hahaha…eh ape la aku merapu merabai nih!!....tak der motif langsung…tapi, walau macam mana pun mak kita, suka membebel, dan blab la bla….dia tetap mak kita yang mengandungkn, melahirkan dan membesarkan kita…sepatutnya kita beryukur tau….dapat melihat dunia yang indah ini…okey dah, Nampak sangat aku rindu kan mak aku….sob sob…T_____T
Kita lupakan pasal ni k…..untuk menghilangkan rasa sedih dan ingatan kat mak ,aku tetiba rasa nak kuar outing tau di Taman Tasik Shah Alam…outing untuk suka-suka..hakssss kelasss kau jah…miahahhaa…..
Photographer lak si budak skema nie Mohd Farihan…ehem nak tengok dan kenal dia boleh la add di facebook tau…hahaha boleh la tmbahkan kenalan korang..dan lagi satu siapa yang berminat untuk jadi talent dia boleh la…dia lagi suka..sebab dia masih baru dalam bidang nie….hOiii farhan, bila dah famous jangan lupo ambo deh…haksss
Dah jom kita layan gmbar yang dia snap…..tapi sikit jer tau…walaupun masa outing hari tu hamper 200 keping tau gambar kitorang….eh kitorang??siapa lagi yang join..ehem Ct Ada dan Wien Lala la….sahabat baik aku…..nasib baik kitorang sporting!!..
Picha nie yang paling aku suka.....thanks Farhan...^^
tembam bebenor dah pipi aku sekarang...glrrrrrrr!!
auchh!!
Yang picha selebihnya nanti aku upload lain kali eh..bila aku ambil sendiri gambar dengan si farhan tu….^^
Tapi korang jangan fikir lain lak eh…kami just kawan…aku dah berpunya dan dia pun dah berpunya..titik!!.....huhu
Okey bye!!..setakat nie jelar eh..nak pi kelas lak…huhu bila la nak jadi blogger yang aktif nie..update blog pun seminggu sekali..Ohhh, tak der idea betuii…
p/s :: tetiba rindu kekasih hati aku nie…hum sorry tau kita tak bagitahu awak yang kita kuar outing hari tu..humm kita tahu awak terasa hati dengan kita..TT__TT
ehem hari ni aku terlalu baik dan rajin tau..nak copy and paste pasal lelaki yang kaum hawa ni perlu faham..umm senang cite.. just copy dari blog member aku nie Babunlautsama...ehem dia pun copy dari blog orang laen gak.....so sharing is caring la kan...lolzzzz
ehem...pada pendapat aku la kan bila kita memahami apa yang kaum adam nie nak baru la sesuatu hubungan tu kekal lamakan..Bila dah ada keserasian , insyaALLAH hubungan tu sentiasa jer ceria dan dapat mengelakkan pertengkaran dan 'cemburu buta' berlaku..hihi..aku sendiri pun memang tak boleh lari dari perasaan cemburu terhadap pasangan...=_____=*
tapi tipu la kan kalau aku cakap dalam tempoh percintaan ni tak kan ada nya pertengkaran. merajuk , cemburu dan sebagainya...So, jom la layan apa citer la kaum adam ni kan...!!
1
2
3
tadaaaaaaaaa!!
1. Kalau kami kata nak main game, kami memang betul-betul maksudkannya.
3. Kami tak suka nak balas mesej dan jawab kol setiap masa.
4. Kalau nak buat-buat merajuk sekali dua takde masalah, kalau tiap masa nak merajuk tu memang carik masalah.
5. Kalau kami buat alasan taknak pergi dating tu maknanya kami tengah pokai lah tu.
6. No such thing as 'I love u, I miss u all the time'... Mak bapak jauh lagi penting.
7. Kalau tengah dating tu kami tengok perempuan lain, janganlah marah... Itu menunjukkan kami ni masih normal dan bukannya homo...(ehem tetap jelesss tau!!)
8. Kami tak suka menunggu kamu-kamu semua bermekap dan bela tudung dalam toilet lama-lama....(benda ni memang tak boleh lari dah..sememangnya kami mahu kelihatan cantik di depan si dia, tak mau si dia tengok pompuan lain!!!)
9. Wish 'good nite' dan 'good morning' bukan lah satu kewajipan bagi kami....
10. Kami memang tak pernah period, tapi kami pun ada masa untuk bad mood jugak....(okey kami faham!!)
11. Tengah period bukan bermakna itu alasan kamu-kamu semua untuk marah kami tak pasal-pasal....(adddessss!!)
12. Baju kahwin kaler apa dan nak bagi nama apa kat anak bukan lah topik kesukaan kami.
13. Janganlah mengharapkan kami untuk menjadi sesempurna makhluk, kerana itu takkan mungkin berlaku.
14. Janganlah cakap 'saya tak faham lah dengan awak ni!' kerana kami pun bukannya faham sangat dengan kamu-kamu semua.
15. Janganlah marah kalau kami ni tak suka nak bergambar-gambar.
16. Kami tak suka bila kamu-kamu semua cakap, 'semua laki ni sama aje' sebab akhlak dan keperibadian seseorang itu bukannya diwarisi mengikut jantinanya.
17. Buncit itu seksi...muehehehe
ulasan ::: so pandai-pandai la korang fikir..bak kata nabil 'lu pikir lah sendiri'..kalau nak dating pun apa salahnya kan sekali sekali korang kuarkan duit sendiri nak bayar bil makanan korang....baru la nampak kaum hawa ni tak kikis sangat duit BF dia tu...hahaha jarang-jarang pun tak per....emm so korang kena la ada sikap bertolak ansur, saling percaya dan tidak berkira bab duit tu...:)
Seperti biasa, terasa kekok untuk update kali nie…yelar, rasa lama dah aku tak menconteng kat blog kesayangan aku nie…LOVE IS CINTA….mesti korang ada tertanya-tanya gak kan nape la nama blog aku jiwang sangat…oh yeah!!!...aku pun tak tahu kenapa…memang masa lahirkan blog nie dah nama tu aku pilih…..hohoho…so korang tak payah tanye eh sebab kebanyakan entry aku pun bukan pasal cinta sangat kan……entry aku ni cenderung kepada diari kehidupan aku…ehem tak kan nak cite pasal en. Kesayangan 24 jam kan…..nanti ada antara korang akan menyampah lak…
Laen la aku ni dah bersuami…tiap-tiap hari boley post entry pasal manis nye di alam rumah tangga…aummmmmm bunyi nye macam gatai sikit okeh!!!....hehehe sowie guys….
Okey!!..
Kali ni aku nak cite kat korang pasal kegilaan aku terhadap Time Square…fuhhh memang rambang mata la kan…..seyessss semua dress yang aku suka semua boleh di dapatkan kat sana..yelar kan sejak aku di lahirkan di atas dunia ni baru 2x aku pi Time Square…hahaha…poyo ah budak ni kan……..lolzzzz, jangan nak kutuk aku sudah…T____T
So, tak payah la aku beli dress melalui online kat…benda macam ni paling aku tak suka…..nak bank in duit kat akaun orang…yelar aku ni peminat setia bank islam…so if perlu guna mybank, dan bla bla memang rumit la bagi aku….dah akaun tu semua aku tak der……dah la memang aku ni tak pandai transfer melalui mesin atm tu..hihi seyesss gila memang aku tak pandai…sob sob…TT___TT
Al-kisahnye, member aku nak pi sana sebab nak belikan hadiah besday untuk en. Kesayangan dia..haksss aku pun follow jelar kan…..lagipun aku suka jalan-jalan…agagaga
Kitorang pergi lepas zohor..humm sebabnya pagi tu kitorang ada kelas…so terpaksa la kami pergi waktu petang….its okey, shopping punye pasal….haha berkorban la naik bas U605 , U80 dan monorial…ehem baru la boley sampai....addesssss, memang kami peminat RAPID KL yang setia la kan..nak pergi mana-mana semuanya dengan bas….agaggaa….=___='
Bila sampai TS rambang mata weh…semuanye aku nak!!...nasib baek la aku boleh kawal nafsu aku tu….hihi bila berjimat dalam RM120 gak la habis….2 dress dan makan sekali..emm okey la tu kot…..hahaha kawan aku rm200 gak la habis…fuhh memang byk la die shopping…^^
Sebelum shopping kita makan dulu!!!...hakss tetiba terasa lapor bila tengok ayam tu…..:P
kesengetan terserlah dekat shawl aku tu...tak sampai sebulan berada di puncak nie dah bOlat pipi aku..humm
Ni sapo nak bayor makan banyak-banyak nie??hahaha tolong bayar sendiri yer…lolzz
chumel jer mereka berdua kan....huhu kami pergi bertiga...:)
nah semua barang tu member aku yang punya...hahaha...tetiba terasa malu posing depan tu...hihi
muka kepenatan setelah selesai shopping...tunggu nak balik jer....2x berhenti shopping sebab berhenti sOlat...:)
picha ni bukan hari tu jugak tau.....ni picha ke esokan harinyaa....hahaha teruja nak pakai dress yang baru beli tu....terasa puas hati sangat dengan baju tu...berbaloi-baloi...RM35.90...yeah boleh tahan harganya kan...so rugi rasa tak beli..:)
eh okey la semua !!..setakat ni jelar eh...nanti kita sambung laen kali lak...banyak benda aku nak cite, tapi nak cite kat dalam ni punye la maen susah..hukssss...bye!!