Resepi Ikan Singgang Kelantan
Resepi Ikan Singgang Kelantan memang mudah sebab bahan-bahan hanya beberapa jenis sahaja. Sambil dukung anak pun boleh buat. Eceh! sebelum ni kalau emak masak pandang sebelah mata je sebab lauk ikan. Tapi bila dah berkahwin ni selera tu lain macam sikit sebab suami kaki budu. Pergh! memang nyakut molek ikan singgang makan dengan budu dicicah dengan ulaman. Tambah dengan tempoyak lagi menaikkan selera makan. Lebihan tempoyak boleh buat 'Resepi Ikan Patin Masak Tempoyak Mudah!'. Masa ni memang tak diet dah memandangkan makanan sedap kena selera dengan orang Kelantan. Siapa yang tak makan budu tu memang menyesal, tapi ada sesetengah orang alergik dengan budu. Yang tu kalau dah elergik baik berpantang terus yer kot makin parah.
Resepi Ikan Singgang |
Resepi Ikan Singgang Kelantan |
- Ikan tenggiri
- 4 ulas Bwg putih- dihiris
- Lengkuas 1 1/2 inci - dihiris halus
- Asam keping -5-6 keping (kalu suka masam boleh tambah)
- Cili Padi - hiris kalau suka
- Budu 1sk (optional)
- Satukan semua bahan-bahan dalam periuk
- Masukkan air - paras dia agak-agak tenggelam sikit ikan tu
- garam
- 1/4 Gula melaka @ orang kelantan panggil Nise
- Masak sampai mendidih
Hidangkan bersama Budu & ulam-ulaman kegemaran.
0 kata-kata indah...
siapa komen, dapat bunga ♥