Aniq Steamboat Kuantanmenternak lemakreviewTempat Makan Sedap murah di KuantanTempat Makan Sedap di Kuantan
Tempat Makan Sedap di Kuantan - Aniq Steamboat
Tempat Makan Sedap di Kuantan - Aniq Steamboat | Alhamdulillah akhirnya berpeluang juga untuk merasa makan steamboat di Aniq Steamboat Kuantan sebelum berpantang bulan 5 nanti. Bukan hanya sedap tetapi harga yang dikenakan sangat berpatutan dengan hanya RM19 untuk seorang. Kira berbaloi dari harga Seoul Garden yang mencecah 2x ganda dari harga Aniq Steamboat Kuantan kerana menu disini lebih kurang sama sahaja. Memandangkan Aniq Steamboat Kuantan telah viral di media sosial jadi selepas maghrib atau isyak pasti lebih ramai berkunjung kesini. Memang sesuai sangat untuk keluarga dinner disini kerana bukan hanya menyediakan steamboat tetapi menu bernasi pun ada contohnya nasi goreng kampung, bihun goreng, nasi ayam dan banyak lagi. Memang murah giler!, Mek Cah dan suami sanggup travel dari Terengganu ke Kuantan demi menternak lemak.
Steamboat yang berkonsepkan buffet dengan tema MAKAN SAMPAI KENYANG telah menjadi pilihan ramai pengunjung. Memang berbaloi dengan harga yang dikenakan macam-macam kita boleh makan, sampaikan ABC pun ada tau. Tetapi korang perlu layan diri. Malah yang lebih beruntung kanak-kanak di bawah umur 5 tahun boleh makan secara percuma. Pesanan Mek Cah makan-makan jugak tetapi jangan sampai membazir, ambil makanan berpada-pada tau.
Pelbagai pilihan sos untuk dicuba, tetapi pandai-pandai lah yer memilih sos yang tersedap. Yang penting jangan membazir, ambil dalam kuantiti yang sedikit. Dah rasa okay boleh la tambah lagi. Sambila korang makan-makan tu boleh berhenti sekejap untuk bergambar, Aniq Steamboat Kuantan turut menyediakan photobooth yang comel untuk senang korang selfie dan bergambar bersama keluarga. Memang betul betul unik!
Mek Cah ke sana hanya dengan menggunakan bantuan waze, korang search je Aniq Steamboat secara automatik aplikasi tersebut membantu korang untuk sampai kesana. Untuk maklumat, Aniq Steamboat berhadapan dengan Giant Kuantan di Medan Selera Warisan. Jika dari bandar Kuantan tu terus menuju ke Giant. Bila sampai di trafik light hadapan Giant buat U-Turn dan belok kiri di simpang pertama yang korang jumpa.
Mek Cah ke sana hanya dengan menggunakan bantuan waze, korang search je Aniq Steamboat secara automatik aplikasi tersebut membantu korang untuk sampai kesana. Untuk maklumat, Aniq Steamboat berhadapan dengan Giant Kuantan di Medan Selera Warisan. Jika dari bandar Kuantan tu terus menuju ke Giant. Bila sampai di trafik light hadapan Giant buat U-Turn dan belok kiri di simpang pertama yang korang jumpa.
Abaikan muka mak buyung yang pakai tudung tak berapa betul, kalut nak makan sampai tak dangg nak betulkan tudung. Sobbb T.T |
Jadi sebelum korang menternak disini pastikan perut korang kosong dari pagi sampai petang. Boleh la sumbat banyak-banyak makanan nanti pada malamnya. Macam Mek Cah hanya sarapan pagi dengan biskut selepas tu bertahan sampai petang demi nak menternak lemak pada malam tu. Alhamdulillah, memang makan sampai betul-betul kenyang 2 jam bertapa di Aniq Steamboat Kuantan. So komen Mek Cah, harga terlajak berbaloi, service diorang pun okay, banyak pilihan makanan, toilet bersih dan makan dulu baru bayar. Mihmih Selamat menternak lemak!
Aniq Steamboat, Jalan Seri Teruntum 1, Kampung Damak, 25100 Kuantan, Pahang, Malaysia
Contact no : 019-920 3300
Contact no : 019-920 3300
Facebook : Aniq Steamboat
11 kata-kata indah...
Meriahnya stimbot ni... best ada photo booth tu.. menarik 😊
ReplyDeletehehe tapi segan nak bergambar kat situ. :P
Deletesedapla... dahlah suka steamboat ..nyum-nyum
ReplyDeletebawak anak kecil bawah 5 tahun free je sis. ;)
Deletesiyes buat ecah terliur ni. harga pun murah hmmm kena try jugak ni
ReplyDeleteboleh la kalau dah kat kuantan. :P
Deleteterliur tengok..harga pn murah..banyak pilihan plak tuh..tempat pon nampak cantek and bersih..terbaiklah.
ReplyDeletealang-alang dah ada kuantan boleh la singgah. berbaloi rm19 sahaja. Makan sampai kenyang :)
DeleteAniq steamboat mmg best giler.. Rugi kalu x g..
ReplyDeleteNak pergi tak perlu tempah ke sis?
ReplyDeletexperlu tempah sis :D
Deletesiapa komen, dapat bunga ♥