RESEPI

TRAVEL

TIPS

Tempat Makan Sedap di Kuantan - Aniq Steamboat

by - 5:59 PM

Tempat Makan Sedap di Kuantan - Aniq Steamboat | Alhamdulillah akhirnya berpeluang juga untuk merasa makan steamboat di Aniq Steamboat Kuantan sebelum berpantang bulan 5 nanti. Bukan hanya sedap tetapi harga yang dikenakan sangat berpatutan dengan hanya RM19 untuk seorang. Kira berbaloi dari harga Seoul Garden yang mencecah 2x ganda dari harga Aniq Steamboat Kuantan kerana menu disini lebih kurang sama sahaja. Memandangkan Aniq Steamboat Kuantan telah viral di media sosial jadi selepas maghrib atau isyak pasti lebih ramai berkunjung kesini. Memang sesuai sangat untuk keluarga dinner disini kerana bukan hanya menyediakan steamboat tetapi menu bernasi pun ada contohnya nasi goreng kampung, bihun goreng, nasi ayam dan banyak lagi. Memang murah giler!, Mek Cah dan suami sanggup travel dari Terengganu ke Kuantan demi menternak lemak.

Tempat Makan Sedap di Kuantan

harga makan di aniq steamboat kuantan

Steamboat yang berkonsepkan buffet dengan tema MAKAN SAMPAI KENYANG telah menjadi pilihan ramai pengunjung. Memang berbaloi dengan harga yang dikenakan macam-macam kita boleh makan, sampaikan ABC pun ada tau. Tetapi korang perlu layan diri. Malah yang lebih beruntung kanak-kanak di bawah umur 5 tahun boleh makan secara percuma. Pesanan Mek Cah makan-makan jugak tetapi jangan sampai membazir, ambil makanan berpada-pada tau.

Tempat Makan steamboat di Kuantan

aniq steamboat kuantan
 
Pelbagai pilihan sos untuk dicuba, tetapi pandai-pandai lah yer memilih sos yang tersedap. Yang penting jangan membazir, ambil dalam kuantiti yang sedikit. Dah rasa okay boleh la tambah lagi. Sambila korang makan-makan tu boleh berhenti sekejap untuk bergambar, Aniq Steamboat Kuantan turut menyediakan photobooth yang comel untuk senang korang selfie dan bergambar bersama keluarga. Memang betul betul unik!

Tempat Makan Sedap di Kuantan

Tempat Makan murah di Kuantan

tempat makan steamboat di kuantan

Mek Cah ke sana hanya dengan menggunakan bantuan waze, korang search je Aniq Steamboat secara automatik aplikasi tersebut membantu korang untuk sampai kesana. Untuk maklumat, Aniq Steamboat berhadapan dengan Giant Kuantan di Medan Selera Warisan. Jika dari bandar Kuantan tu terus menuju ke Giant. Bila sampai di trafik light hadapan Giant buat U-Turn dan belok kiri di simpang pertama yang korang jumpa.

Tempat Makan Sedap di Kuantan
Abaikan  muka mak buyung yang pakai tudung tak berapa betul, kalut nak makan sampai tak dangg nak betulkan tudung. Sobbb T.T
Tempat Makan Sedap di Kuantan
 
Jadi sebelum korang menternak disini pastikan perut korang kosong dari pagi sampai petang. Boleh la sumbat banyak-banyak makanan nanti pada malamnya. Macam Mek Cah hanya sarapan pagi dengan biskut selepas tu bertahan sampai petang demi nak menternak lemak pada malam tu. Alhamdulillah, memang makan sampai betul-betul kenyang 2 jam bertapa di Aniq Steamboat Kuantan. So komen Mek Cah, harga terlajak berbaloi, service diorang pun okay, banyak pilihan makanan, toilet bersih dan makan dulu baru bayar. Mihmih Selamat menternak lemak!

Aniq Steamboat, Jalan Seri Teruntum 1, Kampung Damak, 25100 Kuantan, Pahang, Malaysia
Contact no : 019-920 3300
Facebook :  Aniq Steamboat

aniq steamboat

Suasana pada waktu malam memang pergh! penuh orang tau tetapi jangan risau masih dalam keadaan harmoni semua duk pakat layan steamboat tak der nya perlu bersesak-sesak untuk mengambil makanan.

You May Also Like

11 kata-kata indah...

  1. Meriahnya stimbot ni... best ada photo booth tu.. menarik 😊

    ReplyDelete
  2. sedapla... dahlah suka steamboat ..nyum-nyum

    ReplyDelete
    Replies
    1. bawak anak kecil bawah 5 tahun free je sis. ;)

      Delete
  3. siyes buat ecah terliur ni. harga pun murah hmmm kena try jugak ni

    ReplyDelete
  4. terliur tengok..harga pn murah..banyak pilihan plak tuh..tempat pon nampak cantek and bersih..terbaiklah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alang-alang dah ada kuantan boleh la singgah. berbaloi rm19 sahaja. Makan sampai kenyang :)

      Delete
  5. Aniq steamboat mmg best giler.. Rugi kalu x g..

    ReplyDelete
  6. Nak pergi tak perlu tempah ke sis?

    ReplyDelete

siapa komen, dapat bunga ♥