RESEPI

TRAVEL

TIPS

Video Rumah Mewah Dato Seri Vida #terlajakputehnampak

by - 3:28 PM

Video Rumah Mewah Dato Seri Vida #terlajakputehnampak | Dato Seri Vida sangat popular menerusi produk kesihatan Pamoga dan Qu Puteh dan tagline "Qu Puteh Qu Puteh Barulah Putih" yang kini telah menjadi viral menerusi laman sosial. Tidak kurang juga ada yang melontarkan kritikan berhubung tagline tersebut yang dianggap mengada dan gedik. Tetapi tahukah anda tagline dan kelainan yang dibawa dalam memperkenal produknya telah meningkatkan jualan produk tersebut sekaligus menjadikannya salah seorang jutawan wanita yang berjaya di Malaysia. Malah penglibatannya dalam menjadi penaja utama di stesen televisyen lebih memperkenalkan lagi nama produknya diseluruh dunia. Gegar Vaganza telah mendapat tempat dihati penonton malah baru-baru ini Dato Seri Vida turut menjadi penaja utama rancangan realiti Mentor Milenia dan yang terbaru khabarnya Datuk Seri Vida bakal menjadi penaja utama The Red Warrior pasukan bola sepak negeri kelahirannya iaitu Kelantan. Fuh! terlajak kaya gituh lebih-lebih lagi 'Dato Seri Vida Bakal Bina Hotel PQPTRW Bernilai RM280 juta'.

video rumah mewah dato vida

Rumah Mewah Dato Seri Vida

Video Rumah Mewah Dato Seri Vida #terlajakputehnampak | Jadi baru-baru ini Aznil Hj Nawawi selaku pengacara di Astro Ria yang telah menerjah ke rumah Dato Seri Vida dan telah menunjukkan barang peribadi milik Datuk Seri Vida. Rumah mewah Datuk Seri Vida khabarnya bernilai hampir 20 juta dan pengasas produk kecantikan dan kesihatan ini mempunyai sebanyak 17 koleksi rumah di Ipoh, Perak. 

Dato Seri Vida #TerlajakKaya . Semoga dato terus success dan selalu dalam rahmat Allah S.W.T Dato Seri Vida adalah sumber inspirasi buat kita semua . Kipidap #TerlajakPutehNampak
Posted by Janna Nick on Monday, 4 January 2016

Dato Seri Vida

Malah, Dato Seri Vida turut memiliki 20 koleksi kereta termasuk sebuah kereta mewah Lamborghini yang menjadi kegilaan kita semua. Dato Seri Vida merupakan antara usahawan paling popular di Malaysia selain Alif Syukri Terlajak Laris yang turut juga suka memberikan kelainan dalam mempromosikan produk keluaran syarikatnya. 

A photo posted by Dato Seri Dr. Hajah Vida (@datoserivida) on

Semoga kita semua dapat menjadikan Dato Seri Vida sebagai inspirasi untuk kita semua berjaya. Bukan senang untuk Datuk Seri Vida mencapai kekayaan sehingga tahap ini. Lihatlah peribadi Dato Seri Vida yang suka bersedekah dan menolong orang lain dalam kesusahan. Yakinlah rezeki kita semua semakin bertambah andai kita suka bersedekah dan tidak berkira dalam segala hal. Setiap orang Allah telah memberikan rezeki berlainan, jadi sentiasalah bersyukur dan jangan pernah merungut. Yang penting sentiasa rajin berusaha barulah dapat membuahkan hasil!. 

You May Also Like

9 kata-kata indah...

  1. Replies
    1. kan. setelah lama dia bersusah payah dalam majukan busines inilah hasilnya. :)

      Delete
  2. wahhh.. terinspirasi dengan kisah dato vida.

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa dulu2 ramai yang menyampah sekarang dah jadi idola semua orang pun :)

      Delete
  3. datuk vida inspirasi wanita malaysia
    usahawan berjaya yg berhati kental
    ramai yg mengutuk dia, tp dia semakin kaya..

    ReplyDelete
  4. semoga lebih berjaya dan menjadi kebanggaan negara

    ReplyDelete

siapa komen, dapat bunga ♥