RESEPI

TRAVEL

TIPS

Cuti-cuti Bukit Gambang - Review Arabian Bay Resort

by - 12:00 AM

Jumaat yang lepas 09.11.15 Mek Cah dan suami terpaksa ke Bukit Gambang kerana PMO Appreciation Day 2015 (lebih kurang macam family day) di mana kami hanya perlu membayar RM100 untuk penginapanan di Arabian Bay Resort Bukit Gambang termasuk dinner, minum petang, sarapan pagi, 2 tiket ke Safari Park, 2 tiket ke Gambang Water Park selain mendapat 2 kupon makan ketika di Gambang Water Park dan sudah semestinya banyak lagi gift lain yang kami dapat. Jadi rasaya tidak rugi kami membayar sejumlah tersebut kerana banyak perkara yang kami dapat. Ahaksss! selain tu boleh la berhoneymoon setelah sekian lama tidak bermalam di hotel. Seingat Mek Cah kali terakhir kami bermalam di hotel ialah 'Penginapan Selesa Di Bandung V Hotel & Residence'. 

Kami bertolak ke Bukit Gambang kira-kira jam 11 pagi dan sampai di bandar Kuantan kira-kira 12.30 tengahri. Masa tu kami singgah lepak di ECM untuk makan dan sementara menunggu suami menunaikan solat jumaat. Jadi kira-kira jam 4 petang baru kami membuat pendaftaran untuk PMO Appreciation Day 2015 selain mendapatkan kunci bilik kami. Memang dah tak sabar untuk berehat di bilik kerana malamnya kami ada dinner bertemakan Night Movie selain banyak lagi program menarik pada malam dinner tersebut. Rupanya apabila kami sampai dah disediakan makanan yang best. Rugi melantak di ECM, kalau tak dah boleh berjimat menternak lemak di hotel sahaja. Sobbbs!

Alhamdulillah, perut dah boncit ke depan. :P

Akhirnya kami dah sampai di bilik dan terlintas difikiran kira berbaloi kami bayar RM100 untuk semua ini. Memang tak menyesal selain dapat hilangkan stress sepanjang disini. Rate harga untuk bermalam di Arabian Bay Resort Bukit Gambang ialah RM300 - RM1860. Haaaaaa kalau tak denya PMO Appreciation Day 2015 memang tak la kan kami bermalam disini. Opsss!, sayang duit tau.



Bagi Mek Cah suasana hotel amat tenang dan damai yang bebas dari kesibukan kota. Paling penting bangun pagi memang sejuk teramat sangat. Hiasan dalam agak menarik tetapi bagi Mek Cah ianya terlalu simple jika dibandingkan dengan harga sebenar company suami bayar. 




Kira okay juga kebetulan BFF Mek Cah turut sertai PMO Appreciation Day 2015 memandangkan suaminya juga bekerja dibawah satu bumbung dengan suami tetapi berlainan department. Memang jodoh kami berdua kan dari kecil sehingga besar dapat berada ditempat yang sama. Yang cuma berbeza Anis Zahirah dah ada baby comel. Geram sangat kat baby Danish!. Memori -> [Anis Zahirah Sah Menjadi Isteri Dan Bakal Ibu]. 

Berbalik pada hotel di Arabian Bay Resort korang tengok gambar pun pasti dah tahu bukan? Rasanya banyak lagi hotel terbaik berbaloi dengan harga. Tapi kira okay la kan dapat juga ketenangan dan tidur dengan nyaman. Kalau nak bandingkan 'Review PNB Perdana Hotel Kuala Lumpur' jauh lebih baik namun setiap hotel ada kekurangan dan kelebihannya. Tak gitu?



Kelebihan Arabian Bay Resort Bukit Gambang ialah tenang dari kesibukan kota, bilik hotel yang luas, sejadah dan kiblat disediakan, lift yang berfungsi dengan baik, pengangkutan disediakan dari hotel ke Safari Park ataupun Bukit Gambang Water Park, makanan yang sedap. Apapun Mek Cah kasi 4 bintang!


Lanje selfie satu. Macih OPPO kerana merakam semua memori indah ketika di Bukit Gambang. [Review OPPO R1]
Semoga perkongsian ini mampu memberi idea dan maklumat kepada mereka yang tengah merancang untuk bercuti di Bukit Gambang, jadi buat lah pilihan dengan bijak kerana anda mampu memilih yang terbaik gituwww. Insyaallah jika ada kelapangan Mek Cah akan ceritakan pengalaman di Safari Park pula memandangkan banyak juga memori tercipta berbanding memori di Arabian Bay Resort Bukit Gambang. Papai. ◕‿◕✿

You May Also Like

18 kata-kata indah...

  1. bulan 12 ni nak gi gambang dan menginap di hotel sana.tak zabarrr ni

    ReplyDelete
  2. mek dah pregnant kaa. berapa bulan tu.. happy for you.

    ReplyDelete
  3. Pernah sampai sini. Tapi tak pernah la pulak masuk hotel dia. pergi main kat waterpark je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha nis xpegi lagi waterpark tu. xsempat. nasib baik kupon expired bulan 2 tahun depan. :)

      Try la stay sini tapi rasanya banyak hotel lagi terbaik dan berbaloi dgn harga.

      Delete
  4. Perut kedepan tu banyak maksud tu. hahaha

    ReplyDelete
  5. oklah tu.

    leh bawa bini nanti pi sini.

    ReplyDelete
  6. Blogwalking here..
    Bukit gambang memang best

    Jemput ke blog sy ye =) : KLINIK KESIHATAN PUSPANITA

    ReplyDelete
  7. Baru tengok hasben diaa . Suwitt !
    www.puterymemory.com

    ReplyDelete
  8. pernah pergi sini jugak. memang best..

    ReplyDelete
  9. comel nya perot hehhe muka pn berseri2 ha

    ReplyDelete

siapa komen, dapat bunga ♥