RESEPI

TRAVEL

TIPS

Kulit Wajah Bersih Berseri Dengan AQU Skincare!

by - 3:26 PM

Assalamualaikum Cinta.

Sebelum ini Mek Cah pernah berkerja sebagai Beauty Advisor di Watsons KBMALL, Kelantan. Oleh itu, selepas sahaja dapat tawaran menghadiri majlis pelancaran produk penjagaan wajah 100% dari Malaysia iaitu aQu Skincare – It’s Me di Royal Selangor Golf Club, Jalan Tun Razak, KL kerjasama dengan Watsons terus teruja untuk menghadirkan diri. Memang tak menjangka produk ini hanya exclusive di Watsons seluruh Malaysia. Mula-mula ingatkan produk ini dari Korea tetapi terus berbangga ianya 100% keluaran Malaysia. Pi mana-mana jumpa Watsons jadi tidak perlu risau untuk mendapatkan produk penjagaan wajah yang cukup sesuai untuk semua jenis kulit. 

aQu-it's me kini berada di 111 outlet Watsons terpilih di Malaysia dan bahan-bahannya dijamin HALAL oleh pihak JAKIM serta disahkan oleh pihak KKM . Antara bahan eksklusif yang terdapat pada produk ini ialah aloe vera , minyak jojoba , Vitamin E , chamomile dan minyak benih bunga matahari .

 aQu Brand Ambassador Carey Ng, Miss Universe Malaysia 2013 ; Adura Kamarul Zaman, Marketing Director of Fountain of Health Sdn Bhd ; Caryn Loh, General Manager of Trading Watsons Malaysia ; Yang Mulia Tengku Mudzaffar Tengku Zaid, Executive Director of Fountain of Health Sdn Bh

Menghadiri majlis pelancaran produk penjagaan wajah aQu Skincare – It’s Me baru-baru ini memberikan kesempatan kepada Mek Cah untuk lebih mendekati para blogger yang lain selain mendapatkan rahsia kecantikan Carey Ng, Miss Universe Malaysia selaku duta produk aQu Skincare – It’s Me. 

aQu Brand Ambassador Carey Ng, Miss Universe Malaysia 2013 and Adura Kamarul Zaman, Marketing Director of Fountain of Health Sdn Bhd. 
Semua teruja melihat kecantikan Carey Ng yang hanya menggunakan solekan nipis yang mampu memukau semua yang hadir pada majlis pelancaran tersebut. Kini baru Mek cah sedar, untuk dapatkan solekan yang cantik dan kemas sudah tentu perlu kulit wajah yang bersihat dengan menggunakan aQu Skincare. Bukan hanya wanita sahaja yang layak menggunakan produk ini tetapi para lelaki juga!. Wah! bertuahnya golongan lelaki kerana mampu mendapatkan kulit yang sihat setanding para wanita diluar sana.

Paling gembira apabila pengorbanan ke majlis pelancaran ini ialah kehadiran dihargai apabila mendapat satu set lengkap penjagaan muka aQu Skincare – It’s Me. Okay! mulai hari ini terus jatuh hati dengan produk yang 100% selamat digunakan dan tidak mempunyai kesan sampingan.

Layan video ni untuk korang lebih memahami apa maknanya aQu Skincare – It’s Me. Yang penting sentiasa cool okay!. Hiksss



Antara kelebihan set lengkap produk penjagaan muka aQu Skincare – It’s Me ialah :

FACE WASH  /  PENCUCI WAJAH (RM25.00) - "Pencui muka aQu Skincare terbaik kerna kulit Mek Cah tidak lagi kering bermasalah selain tidak terasa pedih ketika mencuci kulit muka. Selepas mencuci kulit muka semakin lembut! ".

REFRESHING TONER  /  PENYEGAR WAJAH (RM23.00) - "Bila menggunakan penyegar aQu Skincare kulit lebih segar sepanjang hari disamping menghilangkan saki baki kotoran pada muka yang tak tertanggal masa cuci muka"

RADIANT MOSTURISER  /   PELEMBAP (RM35.00) "Dah namanya pelembap muka sudah tentu ianya melembapkan kulit wajah disamping mengelakkan kulit wajah kekeringan"

FACE SCRUB  /  SKRUB WAJAH (RM20.00) - "Scrub berkesan untuk menanggalkan sel-sel kulit mati, meremajakan kulit serta menjadikan kulit wajah sentiasa bersih dan sihat. Apabila kerap menggunakannya, kulit menjadi lebih licin dan cerah, namun mestilah dengan pemakaian yang betul (sekurang-kurangnya 2 kali seminggu). 

CC CREAM SPF35 (RM29.90) "Kulit wajah Mek Cah kini lebih halus disamping mampu bertindak sebagai concealer. Apa yang lebih penting makeup tahan lama!


Sekarang pergi jalan-jalan pasti bawa CC CREAM SPF35 aQu Skincare. Maklumlah disebabkan terlajak berpuashati solekan nampak nipis sahaja dan tidak sarat dengan krim muka. Eceh!

Jadi, Mek Cah cadangkan kepada mereka yang masih lagi tercari-cari produk penjagaan muka yang sesuai eloklah mencuba set lengkap penjagaan wajah dari aQu Skincare – It’s Me ni tau. Confirm korang berpuas hati!. Tak nak membebel panjang silalah terjah Watsons berhampiran anda dan terjah laman web rasmi aQu Skincare bagi mendapatkan detail produk. Nak order online pun boleh tau, sila terjah http://www.aqu.my/ sekarang. Tak perlu bazirkan minyak kereta, tol dan tenaga ke Watsons. Hikssss. Papai!


WEBSITE : www.aqu.my
INSTAGRAM : @aqu.official
FACEBOOK : AQU - Skin Care

You May Also Like

3 kata-kata indah...

  1. Packing dia best. Sangat comel. Harap-harap harganya pun comel supaya dapat dibeli oleh golongan student macam saya. Heheh.

    http://angellovesoldier.blogspot.my/

    ReplyDelete

siapa komen, dapat bunga ♥