RESEPI

TRAVEL

TIPS

Sinopsis Filem Polis EVO

by - 10:16 AM

Filem Polis EVO telah pun berada dipawagam berhampiran anda bermula 17 September 2015. Mek Cah bukanlah kaki wayang sebelum ini hanya tonton streaming sahaja namun jika buka sahaja laman sosial facebook ada komen positif tentang sesebuah filem pasti akan ke pawagam berhampiran. Lebih-lebih lagi filem Melayu jarang ada filem terbaru. Jadi memandangkan ramai yang memuji filem Polis EVO katanya best, kelakar, mantap dan dapat 5 bintang justeru Mek Cah terus nyatakan hasrat menonton Filem Polis EVO di pawagam malam nanti kepada En Suami. Harap-harap impian akan tercapai dan Mek Cah sendiri akan komen Filem Polis EVO di blog nanti. 

filem polis evo


Melihat kepada sinopsis Filem Polis EVO memang agak menarik dan sangat mengujakan. Lokasi penggambaran utama di Terengganu menarik lagi minat Mek Cah untuk menonton Filem Polis EVO ini. Gandingan pelakon hebat Zizan Razak dan Shaheizy Sam pasti buat peminat mereka serbu pawagam berhampiran sekarang.  

sinopsis polis evo

Antara barisan pelakon filem Polis Evo ialah Shaheizy Sam sebagai Inspektor Khai, Zizan Razak sebagai Inspektor Sani, Nora Danish, Mimie Ernida, Wan Hanafi Su, Pablo Amirul sebagai Jimbo, Amerul Affendy sebagai Mak Yam, Harun Salim Bachik.

Official Trailer POLIS EVO

pelakon polis evo

SINOPSIS

Kisah Polis Evo bermula apabila seorang Inspektor narkotik terbaik di Kuala Lumpur iaitu Inspektor Khai (Shaheizy Sam) ditugaskan untuk menyiasat dan menyelesaikan kes Syabu Naga yang melibatkan operasi pengedaran dadah di Terengganu. Meskipun kes ini mempunyai kaitan dengan kes yang dikendalikan oleh Inspektor Khai sebelum ini, namun dia harus bekerjasama dengan Inspektor Sani (Zizan Razak) yang bertugas di Terengganu. Ini kerana Inspektor Sani lebih arif dengan selok-belok negeri kelahirannya itu. Walau bagaimanapun, mereka berdua mempunyai personaliti berbeza. Inspektor Khai seorang yang tegas dan sering bertindak tangkas dan ini berbeza sekali dengan Inspektor Sani, yang lebih mengikut prosedur dan protokol. Ketidakserasian itu membuatkan misi mereka hampir gagal. 

pelakon polis evo

sinopsis polis evo zizan razak

Segalanya berubah apabila ketua penjenayah, Izrail mula melibatkan keluarga Inspektor Sani dalam kes ini. Inspektor Khai dan Inspektor Sani kini sedar mereka perlu belajar bekerjasama bagi menyelesaikan misi mereka. Berjayakah mereka melumpuhkan operasi pengedaran dadah tersebut? Dan apakah pengorbanan Inspektor Sani untuk menyelamatkan keluarganya?

Mood dah tak sabar serbu TGV Cinemas, Mesra Mall, Kemasik malam ini untuk tonton sendiri kehebatan filem Polis EVO ini. Ouccch!

You May Also Like

5 kata-kata indah...

siapa komen, dapat bunga ♥