RESEPI

TRAVEL

TIPS

Tips mendapatkan dan mengekalkan BE nuffnang

by - 10:02 PM

Hai cinta.

Hari tu terdetik dihati untuk hantar tiket kepada
nuffnang bertanyakan cara untuk kekalkan BE/CPUV yang tengah berjalan. Maknanya untuk kekalkan BE melekat lebih lama dalam blog. Dan seterusnya mendapatkan BE yang lebih banyak. Ini dia jawapan dari pihak Nuffnang. Diharap dengan perkongsian ini mampu membantu kawan-kawan blogger dalam dunia blogging.




Selamat pagi, Hanisah!

Terima kasih kerana menulis kepada kami.

Terdapat beberapa faktor yang menentukan peluang anda untuk dipilih untuk kempen CPUV. Pihak Pengiklan (Advertisers) memilih blog yang mereka ingin iklankan berdasarkan beberapa faktor seperti berikut :



Disebabkan Pihak Pengiklan (Advertiser) senantiasa mempunyai pasaran khusus untuk kempen mereka, maka mereka akan memilih blog yang mempunyai pembaca blog yang berpadanan sebagai sasaran mereka. Jika pembaca blog anda termasuk di dalam kategori itu, maka peluang untuk anda dipilih untuk mereka adalah sangat tinggi. Kebanyakan bloggers yang tidak mengisi ruang 'survey' yang disediakan dengan betul berkemungkinan tinggi mendapati blog mereka tidak terpilih untuk mendapat kempen atau iklan daripada Advertisers. Ini kerana, 'survey' tersebut berfungsi untuk Advertisers kami mengenali isi kandungan blog bloggers kami dengan lebih baik. Mana-mana blog yang tidak mengisi ruang 'survey' selalunya tidak akan diendahkan oleh Advertisers kami kerana mereka tidak akan tahu jika kempen mereka bersesuaian atau tidak dengan isi kandungan blog tersebut. Oleh itu, kami amat menggalakkan anda mengemaskini laman 'survey' anda dari masa ke semasa untuk menaikkan peluang blog anda dipilih oleh Advertisers kami.
 
Kebersanan penempatan iklan juga sangat penting dalam industri pengiklanan. Pengiklan kami telah menghabiskan banyak wang untuk mencorakkan iklan mereka dan membeli ruang iklan. Mereka perlu memastikan mesej yang ingin mereka sampaikan kepada pasaran khusus mereka sampai dengan efektifnya. Oleh itu, mereka senantiasa akan membeli ruang iklan yang hanya telah dioptimumkan sepenuhnya dan diletakkan pada tempat yang berkesan. Kesimpulannya, anda hanya perlu meletakkan unit iklan anda pada tempat yang sepatutnya dan faktor ini akan memuaskan Pihak Pengiklan.

Sebagai contoh, sesuatu unit iklan "Skyscraper" seharusnya menjadi elemen pertama di sidebar dan bukan di tempat lain. Hal yang sama juga bagi unik iklan "Leaderboard" yang seharusnya menjadi elemen pertama yang dapat dilihat di saat pengunjung masuk ke laman web anda. Manakala, unit iklan "Large Rectangle" pula seharusnya ditempatkan betul-betul di bawah entri pertama anda. Jika unit iklan blog anda tidak mengikut garis panduan yang telah dinyatakan seperti di atas, hal ini akan banar-benar mempengaruhi keputusan Pengiklan untuk memilih blog anda dan berkemungkinan tinggi menyebabkan mereka memilih blog lain.

Selain itu, ruang unit iklan juga memainkan peranan penting bagi Blogger untuk dipilih dalam sesuatu kempen. Semua Pihak Pengiklan kami membuat pembahagian yang sama rata pada ketiga-tiga unit iklan kami iaitu, Leaderboard, Skyscraper, dan Large Rectangle setiap kali mereka beriklan dengan kami. Jika blog anda mempunyai kesemua 3 unit iklan di dalamnya, maka peluang anda untuk terpilih bagi sesuatu kempen adalah amat cerah.

Keahlian eksklusif memainkan peranan dalam kempen iklan kerana Pihak Pengiklan kami lebih cenderung untuk meletakkan iklan mereka pada blog-blog berstatus Glitterati kerana ini merupakan sebahagian daripada program hadiah kami untuk Bloggers kami yang paling setia dengan kami. Ahli biasa masih akan dipilih untuk kempen tetapi dalam angka yang lebih rendah berbanding dengan ahli Glitterati.
 
Oleh itu, anda perlulah mengambil semua inisiatif untuk meningkatkan peluang blog anda untuk mendapat perhatian daripada Pihak Pengiklan, dengan selalu mengemas kini blog anda, menempatkan unit iklan anda di tempat yang betul, dll. Jika nasib menyebelahi anda, dan Pihak Pengiklan memilih anda untuk kempen CPUV mereka, maka peluang untuk anda mendapat beberapa angka di ruang "Buffered Earning" adalah sangat cerah!

Semoga berjaya dan selamat berblogging! :)

Cheers,
Laura Lee
Community Executive
Nuffnang Sdn Bhd
www.nuffnang.com.my

Nota kecil : Amacam? dah dapat info tentang nuffnang? Diharap entri ini mampu memberi sedikit info kepada kita semua dan memanfaatkan dalam dunia blogging. xoxo.

You May Also Like

36 kata-kata indah...

  1. taktaw pun psl ni..erm..sedih..xda tabungan...:(

    ReplyDelete
  2. Info yang bagus, sy follow utk panduan nuffnang

    ReplyDelete
  3. Pheww...daku suda kiciwa...huhu

    ReplyDelete
  4. nice share...lepas ni byklah dpt BE ye?

    :)

    ReplyDelete
  5. panjang betol penerangan dia.. XD mek cah dah berapa kali cash out dah ? sue xpernah langsung :(

    ReplyDelete
  6. Cah fie tak rajin boleh lagi BE. sobs. siye ko fie. Boleh cah share nge fie bila first time cah dapat BE?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mek cah pun baru dapat fie walaupun dah lama ada blog since 2010 lg. sedih kan. hum sabar je fie kalau nak dapatkan BE. mek cah dapat pun masa cuti tengah sem hari tu.=.='

      baru je. haishh bila la nak beranak BE ni kan. yg blog fie memang ada potensi dapat BE. chaiyok eh.^^

      Delete
  7. Perkongsian yang menarik!!thanks^-^

    ReplyDelete
  8. ooo, baru tahu..macam tu kaa..patut la tak pernah kena BE lagi..sobsssobssobss..Thanks for sharing awak..

    ReplyDelete
  9. thanks ....x pernah ag cahsout..hohoho...sedih2...

    ReplyDelete
  10. Masa blog lama dulu saya penah dtp BE, Sekarang ni belum ade rezeki. Macam susah je laa... Btw, thanks kongsi information ni ;)

    ReplyDelete
  11. ooooo..camtu ke zanis..hooo..sies baru tau..thanx for sharing..

    ReplyDelete
  12. moga terus membiak lagi earning tu kan...hik3~

    ReplyDelete
  13. cantik peplum nie mek jah. thanks tau. good info pasal nuff. jazakillah khair. :)

    ReplyDelete
  14. biasa blog yang tinggi trafiknya, susah nak dapat be ke apa uv nih..blog yang rendah trafik, memang senang dapat.

    ReplyDelete
  15. hi akak cantik :D thanx for info yang sangat berguna!

    ReplyDelete
  16. menarik..tapi tak bijak lagi nak uruskan Mr Nuffnang nie..uhukz

    ReplyDelete
  17. nak tanya ni..macam mane nak buat cash out ea kalau dah dpt BE tu..sy masih tak tau dari mane blogger boleh dapat duit tu.. dia mintak nmbor akaun ke?email or macam mane.. thanks for this info ea..

    ReplyDelete
  18. serba salah pulak skg ni nak cah out duit nuffnang..tkut BE lambat masuk...

    ReplyDelete
  19. baru tau...:) thanks sbb sharing....

    jom singgah blog...
    http://thestoryofayna.blogspot.com/

    ReplyDelete
  20. tips yang bagus untuk saya yang baru je berblog ni.. thanks for sharing :)

    ReplyDelete
  21. Thanks for sharing.. baru tau kenapa tak pernah dapat apa-apa dekat blog.. hehee..

    ReplyDelete
  22. Terima kasih kerana berkongsi info berkenaan nuffnang =)

    ReplyDelete

siapa komen, dapat bunga ♥