RESEPI

TRAVEL

TIPS

Ketahui Tanda-Tanda Awal 10 Jenis Kanser!

by - 8:36 AM

Tanda-Tanda Awal 10 Jenis Kanser | Assalamualaikum. Al-fatihah kepada mereka yang telah pergi meninggalkan kita. Berita kematian blogger terkenal Shea Rasol sangat memeranjatkan dan tidak sangka permergian blogger ini secepat ini. Walaupun hanya sebagai rakan blogger tetapi turut terkesan kerana tiba-tiba dirinya dijemput Ilahi kerana kanser. Disini bermula lah kesedaran untuk Mek Cah untuk tahu serba sedikit tanda-tanda awal kanser. Allah, semoga kita semua dijauhkan daripada penyakit berbahaya ini.

1. Kanser Payudara
Boleh dikatakan bahawa kes wanita yang mengidap penyakit kanser payudara semakin meningkat pada masa kini. Tidak dinafikan jika penyakit kanser payudara merupakan penyakit turun temurun dalam genetik keluarga, tetapi usaha kita untuk mengelakkannya juga perlu agar risiko untuk terkena penyakit kanser payudara berkurang.
Tanda-Tanda Awal Kanser Payudar

Kini penyakit kanser payudara juga tidak mengenal usia. Bahkan perempuan seawal 20an juga sudah ada yang didiagnos dengan penyakit kanser payudara apabila ia bermula hanya dengan ketulan atau benjolan kecil di bahagian payudara yang dipanggil cyst atau fibroid.
  • Bengkak/gumpalan di buah dada
  • Keluar cairan berdarah dari putting
  • Pembesaran kelenjar di ketiak
  • Kedutan pada kulit di buah dada
2. Kanser Paru-Paru
Kanser paru-paru merupakan kanser pembunuh nombor satu lelaki.  Antara punca utama adalah merokok. Ini kerana rokok seperti yang diketahui merupakan bahan beracun yang akan melalui paru-paru ketika asap rokok disedut. Selain itu terdapat juga punca-punca lain yang normal seperti gaya hidup tidak sihat dan
  • Batuk kuat berterusan
  • Batuk berdarah
  • Nafas termengah-mengah
  • Sakit dada
  • Hilang berat badan
3. Kanser Usus Besar
Kanser usus merupakan barah atau pertumbuhan tidak normal yang berlaku pada dinding saluran usus besar. Penyakit itu terbahagi kepada dua jenis, kanser usus sporadik, iaitu 80 hingga 85 peratus kanser berlaku secara spontan, manakala kanser usus keturunan pula lima hingga 15 peratus penghidap yang mempunyai sejarah keluarga dengan penyakit berkenaan.

Kanser usus berada di tempat kedua pembunuh utama wanita, namun hakikatnya kanser usus dapat dicegah dan dirawat jika dikesan lebih awal dengan menjalani ujian kolonoskopi 15 tahun lebih awal daripada ahli keluarga yang pernah menghidap penyakit berkenaan.
  • Perubahan tabiat membuang air
  • Hilang berat badan
  • Sakit dalam perut dan usu
  • Berlaku pendarahan semasa membuang air
4. Kanser Pangkal Rahim
Kanser pangkal rahim ini mempunyai tahap (level) untuk dikesan bahawa penyakit itu sudah mencapai tahap yang keberapa. Masih baik stabil atau sudah kritikal. Bahaya! Semua wanita perlu ambil tahu hal ini.

Tanda-Tanda Awal Kanser Rahim
Tanda-Tanda Awal Kanser Rahim
Kadang-kala ramai remaja sekarang yang mempunyai penyakit dan mudah allergic. Kebanyakan sabun tidak sesuai. Bakteria mudah membiak dan mengakibatkan vagina seseorang itu menjadi gatal-gatal. Jadi ubati segera agar tidak mencapai tahap sehingga boleh mendapat penyakit yang tidak sepatutnya.
  • Sebarang lelehan/pendarahan yang luar biasa
  • Sakit selepas Bersama
  • Turun berat badan
5. Kanser Perut
Kanser perut bermula apabila muncul sel-sel kanser di dalam lapisan dalaman perut. Perkara tak dijangka tentang kanser perut adalah ia berkembang perlahan-lahan dan selama bertahun-tahun. Jadi, adalah sangat penting untuk mengetahui tanda-tanda kanser perut untuk intervensi awal.
Tanda-Tanda Awal Kanser Perut
Tanda-Tanda Awal Kanser Perut
  • Hilang berat badan
  • Muntah berdarah
  • System pencernaan tidak teratur
  • Cepat kenyang walaupun makan sikit
6. Kanser Hati
Kanser hati agak kurang popular berbanding kanser jenis lain walaupun tersenarai dalam 10 kanser utama di negara kita. Memang jumlah pesakit kanser hati tidak terlalu ramai iaitu sekitar 1, 000 orang, tetapi ia antara kanser yang sukar dirawat kerana kebanyakan kes lewat dikesan akibat ketiadaan gejala penyakit.
  • Kepenatan luar biasa dan loya
  • Kurang selera makan yang berterusan
  • Kurang berat badan mendadak
  • Mudah rasa kenyang
7. Kanser Otak
Kanser otak adalah tumor otak malignan yang boleh merebak dengan cepat ke bahagian lain otak dan tulang belakang. Sila ambil perhatian, tidak semua tumor otak malignan dan boleh dikategorikan sebagai kanser. Terdapat juga tumor otak tidak berbahaya. Benign tumor otak adalah sekumpulan sel-sel otak yang tumbuh perlahan-lahan dan tidak merebak ke bahagian lain.

Tanda-Tanda Awal Kanser Otak
Tanda-Tanda Awal Kanser Otak
Tumor otak sendiri adalah pertumbuhan sel-sel otak yang luar biasa dan tidak terkawal. Dalam otak, tumor boleh membangunkan dari sel-sel yang membentuk tisu otak, saraf yang keluar-masuk ke dalam otak, dan membran yang meliputi otak dan saraf tunjang (meninges).
  • Sakit kepala
  • Muntah-muntah
  • Gangguan penghilatan
  • Lemah atau lumpuh
  • Pening atau pitam
  • Pelupa
  • Perubahan personality
8. Kanser Tekak
Kanser tekak adalah tumor yang tumbuh dan berkembang di tekak, di sekitar tekak, peti suara, atau tonsil. Sama seperti kanser mulut dan lidah, kebanyakan pesakit mengalami kanser tekak mempunyai jenis karsinoma sel skuamus.
  • Suara garau atau serak
  • Ada ketumbuhan di tekak 
  • Sukar menelan
  • Kelenjar membengkak di leher
9. Kanser Darah
Kanser darah atau leukemia adalah kanser yang menyerang sel-sel yang membentuk sel-sel darah dalam sum-sum tulang. Dalam keadaan normal, sel-sel darah putih akan berkembang dari masa ke semasa pada masa yang diperlukan oleh badan untuk melawan jangkitan.

Satu lagi kes dengan orang yang mengidap kanser. Tulang sum-sum menghasilkan sel-sel darah putih yang tidak normal, ia tidak dapat berfungsi dengan betul, dan yang melampaui batas. jumlah yang berlebihan akan menyebabkan penumpukan dalam sel-sel sum-sum tulang daripada darah yang sihat akan dikurangkan.
  • Mudah letih atau pucat
  • Mudah lebam
  • Mudah mendapat jangkitan penyakit
10. Kanser Ovari
Menurut Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Pantai Hospital Sungai Petani, Dr. Norhayati Bt Kasim, kanser ovari ialah ketumbuhan, barah dan pertumbuhan sel-sel di luar kawalan dan merbahaya yang berlaku pada kilang telur atau ovari wanita. Penyakit ini ialah kanser organ reproduktif yang ketiga paling kerap berlaku dalam kalangan wanita.

Tanda-Tanda Awal Kanser Ovari
Tanda-Tanda Awal Kanser Ovari
  • Haid tidak teratur
  • Ketumbuhan keras dibahagian abdomen
  • Sakit semasa Bersama
  • Tumbuhan bulu rambut yang melampau
  • Suara menjadi lebih mendalam

You May Also Like

0 kata-kata indah...

siapa komen, dapat bunga ♥