Assalamualaikum cinta. :)
Alhamdulillah jumaat yang dinanti-nantikan. permulaan untuk cuti hari minggu. Fuh memang sentiasa dinantikan dan selasa ni tak sabar nak fly ke Kelantan (naik bas je pun..Lolzz) untuk menyambut Aidiladha bersama keluarga tercinta. Motif entri ini ialah kisah aku dan syikin. Pada mulanya aku membahasakan syikin sebagai kakak kerana masa tu tak tahu umur kami sebaya. Grrrr~~
Perkenalan melalui blog dan facebook membuatkan kami bertemu. Haishhh kalau nak tahu masa mula-mula aku buat blog selalu jer stalk blog syikin sebab blognya tersangat lah menarik. hehe nak tahu apa yang menariknya terjah la sendiri "http://september-89.blogspot.com/" dan cuba lah jadi stalker macam aku ni ha. Lagi satu suka dengan life beliau yang selalu jer terbang kesini kemari. Vietnam, Perth pun dia dah pergi. menarik sangat. Pewiit!!
Hati makin teruja bila syikin tiba-tiba inbox aku di facebook katanya ingin membuat permintaan untuk aku jadi model tudung sekejap untuk koleksi ADRENALINE memang tak sangka kerana orang yang aku kagum dan minat tiba-tiba inbox. terus kata setuju dan hati ni memang tak sabar nak jumpa syikin. Kebetulan hari 'RABU' aku tak de kelas. hikss bila dah jumpa kami jadi satu geng sebab syikin tersangat lah peramah dan sporting. dah macam kakak dan adik walaupun kami sebaya. muehehe
Lokasi kami ialah :
Garden Café Mid Valley
Lot F-001, First Floor, Mid Valley Megamall
Mid Valley City, Lingkaran Syed Putra
59200 Kuala Lumpur
T: +603-2282 0271
Teriyaki chicken chop RM18.90.
Kami juga order Vanilla Shake RM11.90 dan Ice Blended Chocolate RM 11.90. Menyesal cuba menu teriyaki chicken chop, lebih baik aku makan benda INI lagi mantap!. sebab perut aku tak dapat terima masakan macam ni. maklum lah orang akmpung, lagi best kalau dapat makan nasik goreng kampung yang berharga RM3.50 tu. Addess tapi alhamdulillah sebab hari tu syikin yang belanja tanda terima kasih sebab tolong dia. :)
Total semua makan sekali dengan tax dan service charge ialah RM71.45. Alahai kalau makan kat puncak seminggu pun tak habis RM 70 tu. Emm nasib baik la ni kali pertama, so hari ini dengan meronta-ronta nak la jugak cuba sekali masakan kat sini kan.
Shoot tudung pun dekat sini. nasib baik masa tu tak ramai sangat orang. Nanti aku update koleksi dari ADRENALINE eh. Kalau yang jenis tak sabar sila la "LIKE" dan terus terjah page ADRENALINE Yang pasti kisah aku dan ADRENALINE akan ku update kemudian. :P
Facebook Syikin: http://www.facebook.com/shikin.amran
Yang pasti aku puas hati datang sini kerana design cafe sangat lah buat aku jatuh hati. untuk shoot pun sesuai sebab tu kami pilih tempat ni. Opss sambil makan, sambil shoot. terbaik lah!. Alahmdulillah semuanya berjalan dengan lancar, yang pasti bekerjasama dengan syikin tak de la stress sangat lagipun perempuan sama perempuan so tak malu untuk posing. Lolzz
chau! thanks for reading. 
p/s: Garden Café Mid Valley dah jadi seperti barang idaman aku.
KLIK SINI untuk lebih lanjut. LOVE. <3
KLIK SINI untuk lebih lanjut. LOVE. <3





