RESEPI

TRAVEL

TIPS

Kula Cakes Tempat Makan Viral Di Kuantan

by - 9:00 AM

Kula Cakes Tempat Makan Viral Di Kuantan Sebut sahaja kedai makan viral terus Mek Cah nak cuba tapi jarang kongsikan pengalaman disini. Sebenarnya dah banyak kali Mek Cah singgah makan di Kula Cakes jika ada urusan di Kuantan. Maklumlah Kerteh-Kuantan dekat sahaja dalam 1 jam perjalanan kalau guna LPT2. Kejap je suami Mek Cah pecut tup-tup dah sampai. Tapi kali ni lain sebab Mek Cah bawa adik kesayangan jalan-jalan Kuantan dan terjah tempat makan viral disana. Insyaallah next artikal nanti Mek Cah kongsikan tempat makan Patin Masak Tempoyak yang sedap di Kuantan. Dek kerana terlalu mengidam nak makan ikan Patin Masak Tempoyak so gigih masak sendiri di artikal ini 'Resepi Ikan Patin Masak Tempoyak Mudah!'.

Kula Cakes, Tempat Makan Viral Di Kuantan
Gigih nak bergambar sampai tertutup mata dek kerana dua-dua budak kecik ni tak bagi kerjasama. 

Kula Cakes yang bertempat di Kuantan ini dikenali ramai sejak dahulu lagi dimana ia telah dibuka oleh seorang bekas Pensyarah iaitu Farisha atau lebih dikenali sebagai Lila Wadi pada tahun 2011. Sambutan pengunjung Kula Cakes amat menggalakkan dan rata-rata pengunjung yang singgah menikmati hidangan kek pasti berpuas hati! Pendek kata, memang sedap sangat kek Kula Cakes.

Kula Cakes, Tempat Makan Viral Di Kuantan
Kula Cakes Tempat Makan Viral Di Kuantan

Kalau nak ke Kula Cakes, kena datang awal supaya sempat dapat tempat duduk. Maklumlah terlalu ramai pengunjung Kula Cakes tambah-tambah lagi pada hujung minggu. Suasananya juga amat menyeronokkan dan tenang, sesuai untuk anda memanjakan diri menikmati kek paling sedap tanpa gangguan. Alhamdulillah masa Mek Cah kesana kebetulan tak ramai orang lagi jadi boleh pilih tempat duduk yang strategik gituwww. Tengok lah betapa terujanya Mek Icha dapat makan Manggo Cheese Cake. Alahai cepatnya anak Mek Cah membesar dah hampir 4 tahun berlalu, rindu pula memori 'Pengalaman Bersalin Anak Pertama di KBMC
'. Opssss!


Tidak hairanlah Kula Cakes memang viral dan terkenal, kedainya pun cantik dengan pelbagai dekorasi menarik dan indah. Korang boleh bergambar di beberapa sudut yang disediakan di Kula Cakes ini. Konsep kedai kek ini sama seperti kedai Secret Recipe yang membolehkan anda walk in beli bungkus atau makan di kedai. Tapi tak semua cake korang boleh bungkus tau if perjalanan jauh. Mek Cah hari tu dapat bungkus Mango Cheese Cake sahaja.

Mango Cheese Cake Kula Cakes

Kula Cakes, Tempat Makan Viral Di Kuantan
Mango Cheese Cake Kula Cakes

Ramai orang tertunggu-tunggu untuk merasai Mango Cheese Cake yang merupakan hidangan signature dan istimewa dari Kula Cakes. Sungguh sedap tak dapat digambarkan mengalahkan resepi Mango Cheese Cake yang lain. Mango Cheese Cake di sini boleh dikatakan hidangan mango cheese kek terbaik di Malaysia. Memang padu! Tengok la gambar ni, pasti korang terliur kan. Gambar paling puas hati semestinya dari Huawei MATE10. Review disini 'Review Huawei Mate 10 - Best!
'. Korang juga boleh cuba Oreo Pavlova yang sangat cair dimulut. Sedap!

Kula Cakes, Tempat Makan Viral Di Kuantan
Kula Cakes, Tempat Makan Viral Di Kuantan

Lokasi Kula Cakes, Kuantan

Kula Cakes dibuka pada setiap hari kecuali isnin. Anda boleh mula datang dari 11 pagi sehinggalah 6.30 petang. Jika nak tempah kek untuk apa-apa event atau nak beli kek mengikut unit penuh, anda perlu menghubungi mereka terlebih dahulu. 

Lokasi nak ke sini adalah ia betul-betul berhadapan dengan Taman Rekreasi Teruntum. Ia berada di sebelah Sungai Kuantan. Boleh dikatakan, ia juga berhampiran dengan Kuantan Parade dan Hospital Kuantan (HTAA). Nak senang korang WAZE je!

Alamat Kula Cakes: 96, Jalan Besar, 25000 Kuantan, Pahang

You May Also Like

5 kata-kata indah...

  1. bila lah nk sampai sini, pernah lalu je tapi tak dan nk singgah sebab masa tu ramai orang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nis klau ke kuantan mmg singgh. Hehe kbtln xde org sgt. Mmg rezeki. ☺️

      Delete
  2. sedapnya. nasib jauh kalau tak dah serbu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xpe kalau dah sampai kuantan wajib serbu. ❤️☺️

      Delete
  3. hi jemput join ye :)
    https://dramaticyang.blogspot.com/2019/12/1st-giveaway-by-yysella.html

    ReplyDelete

siapa komen, dapat bunga ♥