RESEPI

TRAVEL

TIPS

"Box of Joy" Exclusive From Lazada Malaysia

by - 2:48 AM

Assalamualaikum Cinta

Memang teruja apabila terpilih menjadi antara yang bertuah menerima Lazada "box of joy"  from Lazada Malaysia yang bernilai ratusan ringgit. Memandangkan ini kali pertama Mek Cah terima  "box of joy" exclusive from Lazada maka teruja tu memang tak boleh cakap la kan. Dapat tu terus buka dan sudah pastinya rasa bertuah sangat sebab Lazada terlalu baik hati bagi hadiah yang bernilai ratusan ringgit. Semoga Lazada terus baik hati dengan blog Hazanis ni tau.

Selamanya memang Mek Cah suka shopping di Lazada sebab semua harga berpatutan lebih-lebih lagi masa Lazada buat sales kaw kaww. Masa tu sampai tak tidur malam duk survey barang di Lazada tau. Nasib baik la ada CIMB CLICK DAN MAYBANK2U, semua benda menjadi mudah untuk shopping. Yang penting tak harapkan duit suami sebab instagram @anisalisha.co kan ada. Opsss!
box of joy exclusive from Lazada 2

Baru-baru ini #LazadaSurpri5e #LazadaSurpri5eBox jadi trending di media sosial disebabkan ramai blogger yang dapat kotak yang superb best ni. Maka dalam hati Mek Cah agak-agaknya apa yer yang Mek Cah akan dapat yer. Hiksss
 
Alhamdulillah, Mek Cah dapat barangan yang sangat berguna untuk kegunaan seharian Mek Cah tau. Paling penting semuanya barang berjenama. Huwaaa kenapa baik sangat ni Lazada. Segan pulak Mek Cah tau! Antara barangan yang dalam Lazada Surpri5e Box sempena Lazada Birthday Sale adalah:
  1. BONIA BB the Dog Coin Pouch (Red)  - RM 239.00
  2. DIY KIT - LIVE IN LEVI'S -
  3. Skinz Youth Recall Hydrating Toning Lotion  - RM 22.69
  4. Maybelline Super BB Cushion Fresh Matte SPF29/PA+++ - RM 69.90
  5. NYX Bright Idea Stick - RM 43.00
  6. L'Oreal Paris Brow Artist Genius Kit - RM 45.90
  7. Enchanteur Paris Hand and Body Lotion - RM 6.80
  8. A6 Size NOTEBOOK BOTTLE
  9. Stickers Lazada
box of joy exclusive from Lazada

Paling Mek Cah suka yang BONIA, BB CUSHION MAYBELLINE, HANDBAG dan banyak lagi. Kiranya semua suka lah. Iskkk memang tamak gituhh! Surprise Box yang ni sangat wow sebab Maybelline Super BB Cushion Fresh Matte SPF29/PA+++ dah lama mengidam nak beli tapi hasrat tu disimpan je sehingga lah dapat surprise dari Lazada Malaysia!. Terima kasih Lazada Malaysia! Suprise Box ini sempena ulang tahun Lazada yang ke 5. Dan korang kena siap sedia shopping sakan di Lazada pada 22-24 March 2017 sebab sales kaw kaw sehingga 90%.

LAZADA SALES

Jadi sekarang adalah waktu yang sesuai untuk korang berbelanja dengan bijak tau. Korang boleh jimat sehingga 90%. Haruslah berbelanja dengan bijak dizaman serba mahal ni tau. Dah ada yang murah beli je, masa mahal korang cuci la mata. Ahaksss.
   🎂 Happy Birthday Lazada yang ke-5🎂
Untuk ketahui maklumat lanjut terkini :
website : Lazada.com.my
instagram : @lazada_my
facebook : LazadaMalaysia

You May Also Like

6 kata-kata indah...

siapa komen, dapat bunga ♥