Grand Opening Butik Benang Hijau Wakaf Che Yeh, Kelantan
Assalamualaikum Cinta.
Grand Opening Butik Benang Hijau Wakaf Che Yeh, Kelantan | Amacam Raya Aidiladha korang? Mesti banyak makan daging lembu kan? Bersyukurlah kita semua masih diberikan kesempatan untuk menyambut hari raya bersama orang yang tersayang. Al-kisah cuti raya Aidiladha selama seminggu, kebetulan masa balik kampung cuti raya ada Grand Opening Butik Benang Hijau Wakaf Che Yeh, Kelantan. Memang excited giler kebetulan Mek Cah belum lagi shopping raya. Dapat shawl ataupun jubah pun jadi la ka memandangkan Butik Benang Hijau Wakaf Che Yeh, Kelantan membuat SALES besar-besaran, harga memang sangat berpatutan sesuai dengan Grand Opening Butik Benang Hijau Wakaf Che Yeh khas buat orang Kelantan.
SHAWL yang berjaya bertakhta di HATI. |
Yeayyyy dalam banyak-banyak shawl yang Mek Cah cuba, inilah shawl yang berjaya bertakhta dihati ini. Nasib baik tutorial 'Fesyen Cara Pemakaian Selendang 2016' banyak membantu pakai shawl ni. Chewah!, memang terlebih excited apabila berjaya berjumpa blogger Muja dan Putery, memang hantu selfie kami semua. Jam 10 pagi memang kami dah terpacak di depan Butik Benang Hijau Wakaf Che Yeh, Kelantan, memandangkan masa tu Grand Opening jadi ada makan-makan sikit, memang rezeki kami datang pada masa tu.
Pembukaan cawangan baru Butik Benang Hijau Wakaf Che Yeh, Kelantan memang sangat strategik kerana bandar Wakaf Che Yeh semakin maju dan menjadi tumpuan untuk pembeli shopping. Kalau dah harganya berpatutan sudah tentu Butik Benang Hijau sentiasa dihati peminat shawl dan jubah terkini.
BENANG Hijau, jenama anggun yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Mempunyai kelompok pengikutnya tersendiri, jenama hijab dan pakaian wanita eksklusif ini sentiasa mengeluarkan produk baharu yang berlainan di pasaran dengan kualiti dan aspirasi tersendiri.
Inspirasi Wanita Anggun, tagline indah seindah produk keluarannya. Itulah tagline yang diilhamkan pengasas serta pemilik empayar Benang Hijau, Fadzillah Mamat @ Muhammad. Bermula sekadar penjual di sebuah kios kecil, Benang Hijau kini mempunyai 16 cawangan kesemuanya. Meski pun menawarkan harga yang murah, namun jahitannya, kemasan jahitan tepi produknya, serta keselesaan fabrik keluarannya memang tak perlu dipertikaikan lagi.
SEPTEMBER SPECIAL PROMO ! Jangan lepaskan peluang untuk korang dapatkan harga jubah terkini dengan harga murah, malah design tudung terkini pun korang boleh dapat dengan harga murah. Rugi kalau korang tak serbu Butik Benang Hijau Wakaf Che Yeh, Kelantan sekarang. Ajak la adik, abang, kakak, mak dan ayah korang ke sana. Mek Cah dah shopping kini giliran korang pula! . Mihmih
Lokasi :
Butik Benang Hijau sederet Old Town White Coffee dan butik Ariani.
Untuk membeli secara online korang boleh dapatkan di :
6 kata-kata indah...
wah taniah kepada Benang Hijau. comel2 semuanya
ReplyDeleteterima kasih sis :)
Deletewahhh.. tahniah buat benang hijau..
ReplyDeletecantik shawl munge2 mek cah tu..;)
hihi harga pun cantik. :P
Deletecantik2 baju kat situ
ReplyDeleteyup sis. harga pun okay :)
Deletesiapa komen, dapat bunga ♥