RESEPI

TRAVEL

TIPS

Tips Merisik Mengikut Ajaran Islam

by - 8:00 AM

Walaupun pengalaman merisik dan dirisik tidak seberapa sekurangnya kenangan yang dulu mampu memberikan sedikit panduan untuk mereka yang bakal merisik dan dirisik. Chewah! terima kasih syokkahwin.com kerana memberikan info yang sangat berguna untuk bakal pasangan bertunang dan berkahwin. Sesiapa yang bakal melangsungkan perkahwinan haruslah mengetahui adab-adab merisik tau, supaya nanti tidak lah kelam kabut dan buta adat. Opss!

Semua pasangan yang bakal berkahwin bakal melalui proses merisik di mana pihak lelaki menghantar rombongan kepada pihak perempuan bertujuan untuk menyiasat bakal menantu yang hendak dirisik. *Semua gambar ehsan dari Google


Adab Merisik :-

Seperti lagaknya penyiasat, bakal menantu harus juga dirisik. Adat ini juga dipanggil meninjau atau menengok. Tujuan adat ini dilakukan adalah untuk memastikan bahawa gadis yang dihajati oleh seorang lelaki itu masih belum berpunya. Ini penting, kerana dalam Islam seseorang itu dilarang meminang tunangan orang. Di samping itu, adat ini juga bertujuan untuk menyelidik latar belakang si gadis berkaitan kemahiran rumahtangga, adab sopan, tingkah laku, paras rupa serta pengetahuan agamanya. Kadang-kadang secara berjenaka kebolehan seseorang memasak juga ditanya. Jika seorang perempuan itu diketahui sudah tidak dara lagi, nilai hantaran belanja kahwinnya akan terjejas. Lazimnya adat ini akan dijalankan oleh saudara mara terdekat pihak lelaki seperti ibu atau bapa saudaranya. Sebelum datang biasanya jumlah rombongan pihak lelaki akan ditetapkan dengan pihak wanita.


Bagi pihak si gadis pula, terdapat beberapa kriteria yang perlu dipertimbangkan sebelum menerima lamaran pihak lelaki antaranya ialah lelaki tersebut perlulah mempunyai latar belakang agama serta mempunyai pekerjaan yang baik serta mampu menyara wanita terbabit.

Adakalanya semasa merisik, wakil lelaki tersebut akan memberikan sebentuk cincin tanya berupa cincin belah rotan dan jika pihak gadis bersetuju mereka akan menetapkan tarikh untuk peminangan dan juga perkahwinan. Ada kalanya hantaran untuk perkahwinan juga ditetapkan. Ada sesetengahnya juga membawa beberapa dulang hantaran. Merisik ini biasanya dilakukan oleh mereka yang berasal dari utara Semenanjung. Sesetengah pihak menganggap upacara ini tidak perlu diadakan kerana kadangkalanya pasangan telah keluar bertahun-tahun dan amat dikenali oleh ibubapa masing-masing. Oleh sebab itu adat merisik jarang dilakukan lagi, justeru itu mereka akan terus menjalankan adat meminang untuk menjimatkan kos dan masa.

Nasihat Mek Cah sebelum majlis merisik berlangsung pastikan korang dah tahu adat-adat merisik bagi negeri pasangan korang. Lain negeri lain caranya, jadi bagi memudahkan dan melancarkan proses merisik harus lah korang merujuk kepada orang yang lebih arif tentang adat malah kalau nak yang lebih senang google sahaja cara merisik mengikut ajaran islam.

Insyaallah dalam masa terdekat Mek Cah akan kongsikan pengalaman proses merisik berlangsung, tiada majlis pertunangan dan setelah berbincang terus kahwin pada bulan Julai nanti. Bahaya tau bertunang lama-lama jadi kini Mek Cah dan bakal pasangan mengambil keputusan untuk tidak bertunang. Alamakk, menghitung hari cepat lah masa berlalu. Lol

Salam Sayang. Mek Casss.

You May Also Like

6 kata-kata indah...

siapa komen, dapat bunga ♥