RESEPI

TRAVEL

TIPS

Filem Salam Cinta

by - 8:06 AM

Assalamualaikum cinta..:)


Filem salam cinta merupakan filem yang menjadi pilihan aku kerana mempunyai ciri-ciri keislaman. Yang penting filem ini dapat memberi impak yang positif dalam hidup kita semua. Insyaallah, jom layan sinopsis tentang filem ini.^^

Pengarah 
Azhari Zain

Lakonan
Kamal Adli, Diana Amir, Mon Ryanti, Abdul Razak Ahmad, Fyza Kadir, Kay Maria

Mengisahkan mengenai AMIRUL, seorang pelakon terkenal di Malaysia yang suka berpoya – poya. Kehidupan Amirul yang penuh dengan glamor telah menyebabkan Amirul bersikap sambil lewa dalam hal – hal agama.

SHUIB merupakan pengurus kepada Amirul yang sering mencuba apa sahaja dalam memastikan kerjaya Amirul sentiasa berada di puncak, sehingga sanggup menerima tawaran sebuah produksi yang mahukan Amirul berlakon sebagai seorang ustaz. Amirul yang pada mulanya ralat untuk menerima tawaran tersebut akhirnya terpaksa bersetuju selepas diyakinkan oleh Shuib namun Amirul mendesak mahukan khidmat nasihat seorang ustaz bagi membantunya menyelami watak tersebut dengan berjaya. 


Ditakdirkan, Amirul berjumpa dengan HAJI RAHMAN, seorang ustaz yang dengan rela hati sedia membantu Amirul dalam usahanya mendalami Islam meskipun demi lakonan semata. NADIA, kekasih hati Amirul yang mana juga merupakan seorang pelakon terkenal mula berasa benggang dengan perubahan Amirul yang secara tiba – tiba. Amirul malah menghilangkan diri dan mula hidup bersama keluarga Haji Rahman. 


Sepanjang Amirul tinggal bersama dengan Haji Rahman, Amirul terpaut hati pada kelembutan dan keayuan LAILA, anak Haji Rahman. Keikhlasan Amirul mendalami agama Islam menyebabkan Laila terbuka hati untuk menerimanya namun muncul Nadia bagaikan badai ombak yang memusnahkan semuanya. Dapatkan Amirul mengecap bahagia cinta bersama Laila? Adakah misi Amirul mendalami Islam hanya demi lakonan atau hatinya betul – betul telah berubah?

Tarikh Tayangan – 6 September 2012


Berita baik untuk pengguna ASTRO!. Jom KLIK SINI, khabarnya boleh menang IPAD..

You May Also Like

13 kata-kata indah...

  1. new movie :) tapi kita tak suka diana amir berlakon -__-

    ReplyDelete
  2. suka tengok diana amir ni..plus suara dia lemah lembut padan dengan cara dia sekarang....

    ReplyDelete
  3. nmpk mcm filem ni beri keinsafan kan..kamal adli hensem nyeee! ahahah

    ReplyDelete
  4. wah..macam menarik je.. saya teringin tgk mek cah yang jadi pelakon wanita tu.. :)

    ReplyDelete
  5. sapa yg kata x suka diana amir berlakon. memang buta hati laahh...

    diana amir la power!!
    sora dia stim....

    cun dengan hijab tuh...
    :D

    ReplyDelete
  6. diana amir comel dalam cerita ni

    ReplyDelete
  7. comelnya adik ini...;)

    selamat hari raya comel!!

    ReplyDelete
  8. kak dah tgk citer ni.? meh kite g tengok sesama.. ehee.. =D

    ReplyDelete
  9. cer try citer untuk tiga hari ..

    ReplyDelete
  10. comel sangat budak malay

    ReplyDelete

siapa komen, dapat bunga ♥