RESEPI

TRAVEL

TIPS

7 Ramadan - Kisah realiti masa kini.

by - 6:59 AM


Slot Samarinda TV3 terbaru menghiasi bulan Ramadhan kali ni ialah drama 7 Ramadhan, drama 13 episod ini ditayangkan pada 19hb Julai setiap Selasa & Rabu, pukul 10.30 – 11 malam dan setiap Khamis pukul 9.30 – 10 malam.

Pelakon Drama 7 Ramadan Slot Samarinda TV3

Elly Suriati (Sufiah), Fir Affandi (Ramadhani) , Ana Dahlia (Anna), Tania Zainal, Mustapha Kamal, Sherry Abdullah, Nabila Huda (Sufiah sewaktu zaman muda) , 
Roy Azman (Mustaza)


Sinopsis 

Drama bersiri 7 Ramadan berkisar tentang Sufiah (Elly Suriati) yang sentiasa menerima pelbagai dugaan dalam hidupnya. Semasa mudanya (lakonan Nabila Huda, Sufiah telah bercinta dengan Mustaza (Roy Azman) dan hidupnya telah dirosakkan oleh Mustaza sehingga dia melahirkan anak luar nikah yang bernama Iqram pada 7 Ramadan. Mustaza selalu memaksa Sufiah menjadi pelacur untuk meneruskan kehidupan mereka.

Pada satu ketika, Sufiah dan Mustaza telah bergaduh dan Mustaza telah mencampak anak mereka Iqram sehingga meninggal dunia. Selepas kejadian itu, Sufiah bekerja di rumah anak-anak yatim. Dia telah mengambil anak angkat yang bernama Ramadhani (Fir Affandi). Sufiah dan Ramadhani tinggal dalam keadaan kekurangan.

Sufiah terpaksa menerima dugaan lagi apabila anak angkatnya Ramadhani menjadi anak yang tidak mengenang budi apabila dewasa. Ramadhani atau Dhani baru saja menamatkan pengajiannya di sebuah universiti. Hari yang ditunggu-tunggu kini tiba. Hari itu merupakan 7 Ramadan, hari konvokesyen Dhani dan juga ulang tahun arwah anaknya, Iqram yang meninggal dunia ketika berumur tiga bulan, Sufiah tidak akan lupa tarikh 7 Ramadan itu serta peristiwa anak mati akibat dicampak oleh suaminya, Mustaza yang kini berada di penjara.

Dhani menegah Sufiah hadir ke majlis konvokesyennya kerana dia tidak mahu teman wanitanya, Anna mengetahui tentang ibunya. Ramadhani sanggup mencela dan tidak mengakui Sufiah ibunya kerana ingin menjaga hati teman wanitanya Ana (Ana Dahlia). Ana merupakan anak orang kaya. Kerana ingin mengubah nasibnya yang miskin, hati Sufiah selalu disakiti oleh Ramadhani yang kejam.

Demi mengambil hati ibu Anna, Datin Audrey yang mementingkan darjat, Dhani telah berbohong bahawa dia sebenarnya seorang anak orang kaya yang diabaikan oleh ibu bapa yang terlalu sibuk dengan urusan kerja. Dhani yang sudah bosan hidup dalam kemiskinan nekad untuk berubah hidupnya walaupun terpaksa melukai hati ibunya, Sufiah.

Bagaimanakah kesudahan pembohongan Dhani itu? Bagaimana pula dengan rahsia Sufiyya dan kaitannya dengan Ramadhani? Jangan lupa saksikan kisah yang sangat menghayat hati ini...


semalam baru jer mek cah tengok....episod pertama mek cah tak sempat nak tengok tapi episod ke-2 ini membuat mek cah tertarik untuk setia dengan drama ini..yelar kan kisah anak yang tak mengenang budi, kesian kat mak dia tu....humm lagipun drama ini mungkin pernah terjadi dalam kehidupan masa kini..Ya ALLAH minta jauh lah dari semua tu terjadi dalam keluarga mek cah....Sayangi ibu-bapa kita selagi mereka hidup, walau apa pun drama ini banyak memberi pengajaran kepada para penonton..so tak rugi untuk menyaksikan drama ini..Opsss tu pendapat mek cah la, pendapat korang mek cah tak tahu la pulop..^^

Thanks for reading...

......................................................................................................

You May Also Like

13 kata-kata indah...

  1. ulya tengok citer ni mula dari episod 1 . kesian mak dia .
    dia kadang2 macam nak jaga hati mak dia .
    kadang2 memang nmpak dia tu memang menyakitkan hati .

    hehe , apepun , jom2 tengok crita ni smpai tamat . apa kesudahnnya ? :)

    ReplyDelete
  2. @Ulya
    hikss akak terlepas tgk episod 1...btw semangat nk tgk cite nie..byk pengajarannya..Oh dia cuma ank angkat jer kan..:)

    tak kenang budi langsung..huh..=='

    ReplyDelete
  3. tak ajin tgk ag cito ni.
    mcm menarik

    ReplyDelete
  4. huhu. sedih cite ni . da berjaya lupa diri. haaiihh. anak ape laa kan cmtu ? hoho. tiada kesedaran sivik langsung . haha ;p

    ReplyDelete
  5. tengok gak citer ni. geram dgn dhani. huhu

    ReplyDelete
  6. Ramai yg kata cite ni best.. masih belum berkesempatan mahu tonton =)

    www.shahrulhairy.com

    ReplyDelete
  7. Tapi kan hero tu tak ensem maaaa....

    ReplyDelete
  8. Tapi kan hero tu tak ensem maaaa....

    ReplyDelete

siapa komen, dapat bunga ♥