RESEPI

TRAVEL

TIPS

Tips Bercuti Ke Hat Yai Thailand

by - 10:49 AM

Tips Bercuti Ke Hat Yai ThailandPercutian Ke Hat Yai Thailand buat kali ke-2 memang seronok sebab kami memandu kereta sendiri ke Hat Yai yang mengambil masa 4 jam perjalanan. Pengalaman kali pertama ke sana pada tahun 2018 memberikan kami pengalaman tentang selok belok tips bercuti di Hat Yai. Tapi sayangnya masa December 2019 kami kesana mata wang Malaysia tak berapa cantik, harga disana memang mahal contohnya makan tomyam pun dah RM8. Kalau harga di Malaysia tak jauh beza ada yang RM5, RM6, RM7 tapi sekurangnya masih murah. Tak gitu? Niat kami ke Hat Yai untuk jalan-jalan cari makan dan cuba benda viral sahaja bukan untuk shopping. Alhamdulillah dah cuba susu pisang Meiji yang viral tu, 'REVIEW SUSU PISANG MEIJI VIRAL'. 

 Tips Bercuti Ke Hat Yai

Nasihat Mek Cah, jika korang bercadang untuk ke Hat Yai seeloknya baca sedikit tips dan pengalaman blogger lain yang akan memberikan info dan tips bercuti ke Hat Yai. Ala macam 'Tips bercuti ke Bandung', rindu pula nak kesana lagi. Setiap orang pengalaman berbeza mengikut tahun dan masa. 

Tips yang anda boleh baca jika bercadang untuk melawat Hat Yai. 

1. Cuaca di Thailand lebih kurang sahaja dengan Malaysia, jadi seelokknya dari segi pakaian boleh bawa pakaian yang tidak terlalu tebal. Namun, masa Mek Cah ke sana cuaca disana sangat panas. Mungkin boleh memnyebabkan ketidakselesaan kepada anak kecil. Jadi sediakan ubat-ubatan jika anak korang demam ke apa sebab Mek Icha masa tu dah batuk-batuk selesema.Mungkin disebabkan perubahan cuaca. 

 Tips Bercuti Ke Hat Yai
Lepas check ini hotel terus naik tuk tuk makan tengahari di Khai Tod Decha, sedap!!
 Tips Bercuti Ke Hat Yai
Wajib cuba cucuk-cucuk telur puyuh mak cik ni sebab sedap sangat dan murah. Cari kedai ni berhadapan Central Festival Hat Yai tau. 
 Tips Bercuti Ke Hat Yai
Jujur tak sedap sangat makanan di Dimsum Chabura. Tskkkkkkkk
2. Dari segi makanan halal pula, tidak perlu risau sebab terdapat banyak makanan halal di Hat Yai. Bukan sahaja banyak malah rasa dia pun memang tidak boleh dipertikaikan lagi. Cuma berhati-hati dalam memilih makanan terutama gerai tepi jalan. Pastikan kebersihan terjamin. Kita tak nak sakit perut semasa travel kan. 

Tips Lain Bercuti di Hat Yai

1. Jika jumpa monyet jangan bagi makan sebab ia mungkin monyet liar.
2. Jangan cakap tentang sistem monarki beraja di Thailand. Rayat dia sangat setia kepada Raja
3. Patung Budha tak boleh bawa keluar dari Thailand jika anda membelinya sebagai cenderamata pun tak boleh!
4. Dinasihatkan bawa cash.
5. Elakkan dari scam.
6. Sewa motor di Hat Yai masih boleh dipertimbangkan sebab jalan tak busy seperti Bangkok
7. Jaga kesihatan. Minum banyak air sebab cuaca agak panas dan pastikan makanan yang dimakan bersih. Kalau tak tahan pedas jangan cuba-cuba makan pedas terutama Som Tam dia. Memang sedap tapi pedas di level lagi pedas dari ayam McD 3x tu.
8. Kalau anda pandai tawar menawar ianya satu kelebihan buat anda semasa membeli belah.
9. Sewa hotel berdekatan tempat korang nak jalan, jimat masa dan tenaga. 

 Tips Bercuti Ke Hat Yai
Teruja sangat mereka bertiga, Mek Icha tak habis-habis nak naik tuk tuk ni. Dia cakap seronok!

10. Apabila naik tuk tuk jaga keselamatan, tawarkan harga lebih rendah untuk cas penghantaran.

Sekian sahaja tips bercuti ke Hat Yai, insyallah jika ada masa Mek Cah kongsikan pengalaman bercuti ke sana. Penat tau curi masa update blog ni sebab ada anak kecil. Ngeh ngeh!

You May Also Like

0 kata-kata indah...

siapa komen, dapat bunga ♥