Majlis Pernikahan Irma Hasmie dan Reza Syah
Assalamualaikum L.O.V.E..=)
Alhamdulillah... Tahniah! Pelakon yang manis dan cantik bertudung iaitu Irma Hasmie, 30, sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Reza Syah Azmeer Mohd Redzuan, 31, dengan sekali lafaz. Pasangan tersebut dinikahkan sendiri oleh bapa Irma iaitu Ibrahim Othman.
Majlis pernikahan mereka diadakan di Dewan Persidangan, Kompleks Perbadanan Putrajaya tadi kira-kira pukul 3.50 petang, Jumaat (29 Jun 2012).
Irma Hasmie menerima tiga dinar emas sebagai mas kahwin sementara wang hantaran dirahsiakan jumlahnya daripada pengetahuan umum.
Pihak perempuan menerima 11 dulang hantaran daripada pihak lelaki dan dibalas 13 dulang. Selain sebentuk cincin, antara barang hantaran lain yang diberikan Redza kepada Irma termasuklah sirih junjung, manisan, jam tangan, tas tangan, coklat dan set mandian.
Manakala Irma membalas sirih junjung, sebentuk cincin, Al-Quran, sejadah, kurma dan komputer riba.
Majlis resepsi kedua-dua mempelai akan diadakan pada 1 Julai ini di Dewan D2, Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) pukul 8 malam.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..
“Semoga Allah SWT menghimpunkan yang terserak dari keduanya, memberkati mereka berdua dan semoga Allah SWT meningkatkan kualiti keturunan mereka, menjadikannya pembuka pintu-pintu rahmat, sumber ilmu dan hikmah serta pemberi rasa damai”
15 kata-kata indah...
wah.. terasa nak kawen jugak. ewah!
ReplyDeletehensem la husbend die.waaaaa :DD
ReplyDeleteLawanya Irma hasmie..sopan dan ayu je..moga berbahagia hingga ke akhir hyat
ReplyDelete@kura
ReplyDeletecepat kawin kura...xsabar nk makan nasi minyak kawan blogger ni..;P
@~uǝǝʇɐɟ
ReplyDeleteaah hensem kan..sama cantik, sama kacak....ohsem kan..:)
bertuah dua2
ReplyDeletenkoh2 la mekcah.meh nok gi kecek kiro ngn abah
ReplyDelete@JIJI YU
ReplyDeletehuhu...jiji tlg lah....xbrani nk g oyk ko abah mek cah nk nikosss...
alahai bestnya tgok org kawin. Alhamdulillah. sepadan diorang.
ReplyDeleteirma sangat cantik!
ReplyDeletemie nak kawen gak laa . jom kak anis ! sanding sama sama . hihi :P
ReplyDeletesemoga mereka ni berbahgia hinggalah ke anak cucu.. amin.. salam perkenalan daripada saya.. :)
ReplyDeletehensomnyeeeee suami die heheheheh ^^
ReplyDeleteAlhamdulillah..dah sampai jodoh nya seperti yg tertulis di dalam loh mahfuz..:)
ReplyDeletebuleh jadi wrtwan doh cik hazanis kite ni. ehehe ^^
ReplyDeletesiapa komen, dapat bunga ♥