RESEPI

TRAVEL

TIPS

Saya sayang emak saya vs haram menyambut hari ibu...

by - 4:16 AM



Assalamulaikum L.O.V.E...=)

Bila buka facebook ramai yang duk buat status buat ibu-ibu mereka...hoho mek cah jer yang tak alert tentang nie...ada jugak suara-suara yang mengatakan menyambut hari ibu itu adalah haram....so untuk mendapatkan kepastian mek cah mencari jawapan dengan pak cik google kesayangan...segalanya dah terjawab....iaitu disini---->Hukum Meraikan Sambutan Hari Ibu...So, tak semestinya kita menyambut hari ibu pada tarikh itu jer tapi sambutannya untuk hari-hari..boleh gituw???so sekarang boleh la fikir dengan sendirinya...yer dok??:P

Dr. Yusuf al-Qaradhawi pernah berkata,“Hari ibu ini timbul kerana pihak orentalis/doktrin barat memikirkan bahawa inilah cara yang terbaik untuk mereka menarik minat anak-anak remaja barat agar menghormati orang tua mereka. Umumnya kita tahu bahawa masyarakat barat amat tipis dengan adab tatasusila, jadi dengan mengadakan/mengkhususkan hari-hari tertentu sekaligus dapat memupuk remaja mereka agar menyayangi dan menghormati orang tua mereka.” sumber-DAKWAH

Pihak JAKIM juga pada 15 Mei 2009 telah mengeluarkan khutbah jumaat berkaitan hari seorang ibu, pada pandangan dan pemahaman, umat islam perlu berhati-hati dan memastikan apa jua sambutan tidak melanggar hukum syariat....


di dalam islam, kita sebagai anak harus menghormati mereka yang lebih tua terutamanya ibu kita...syurga di bAwah tapak kaki ibu...mereka lah yang melahirkan dan membesarkankan kita...hOhohoh bila fikir-fikir balik besarnya pengorbanan mereka...touching nya.....ma!!nok kelik!!....T_____T

Firman ALLAH Subhana Wa Ta’ala : Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ah”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.”[Surah al-Israa’, Ayat 23 hingga 24] 

Tanpa ibu siapalah kita semua ni, sehebat mana individu itu, kalau tidak kasih dan sayang terhadap ibunya sendiri maka tidak bernilai hidupnya kerana sudah jelas bahawa syurga itu terletak di bawah kaki ibu.....


Doa buat ma dan abah....:'(

Ya Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka..Perindahlah ucapanku di depan mereka..
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan Lembutkan hatiku untuk mereka..

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku, peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku...jadikanlah itu semua penyebab susutnya dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan mereka...dengan perkenan-Mu ya Allah hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku, Izinkanlah mereka memberi syafa’at untukku... Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi syafa’at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman yang dinaungi kemuliaan-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu….

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung, 
serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah yang Maha Pengasih diantara semua pengasih...

Amin Ya Rabbul Alamin..
Ayah… Ibu ampunkanlah dosa-dosa anakmu…

p/s::sayang ma, sayang abah...sayang keduanya...

You May Also Like

5 kata-kata indah...

siapa komen, dapat bunga ♥