Tealive Promo RM2.50 : Touch 'n Go eWallet

Tealive Promo RM2.50 :Touch 'n Go Digital WalletAssalamualaikum, sebut je nama 'TEALIVE' semua dah kenal kan? setanding dengan jenama Coolblog, Chatime dan banyak lagi. Tapi kali ini 'TEALIVE' lebih special apabila korang dah boleh bayar melalui Touch 'N Go E-wallet. Touch 'N Go E-wallet telah mula diperkenalkan secara menyeluruh di lokasi-lokasi yang terpilih terutama kedai minuman Tealive di seluruh Malaysia dengan menawarkan promosi RM2.50 untuk minuman harga RM6.50 sahaja selebihnya pelangan harus tambah dengan duit sendiri dan pastikan baki dompet digital mencukupi kerana mereka tidak boleh terima separuh dari dompet digital dan separuh lagi tunai. 

Tealive Promo RM2.50 touch n go
Hati gembira sebab dapat borong TEALIVE di AEON MALL Kelantan diawal pagi lagi. So memang takde orang lagi masa ni. 


Cara pembayaran sangatlah mudah dimana anda hanya perlu memuat turun app touch 'n go E-Wallet dari gedung playstore atau apple mengikut telefon pintar anda masing-masing. Rasanya dah lebih 10x Mek Cah beli TEALIVE dengan harga murah, puas hati sangat!

Tealive Promo RM2.50

Tempoh promosi ini adalah sah dari 1/11/2019 - 29/12/2019 . Jadi mana yang belum daftar silakan daftar dan tambah nilai untuk dapatkan harga istimewa untuk minuman Tealive. Nak lagi jimat untuk dapat cashback setiap kali shopping boleh baca artikal ini 'TIPS JANA PENDAPATAN DENGAN SHOPPING ONLINE (Lazada, 11Street, Zalora, Agoda, Expedia, dan banyak lagi.)'. Oh ya! dapat beli 3 sekaligus sebab guna Touch 'n Go e-Wallet Encik Suami dan Mek Cah sendiri. Masa ni kami yang dulu rasmi kedai so tak perlu beratur panjang. 

Tealive Promo RM2.50
Credit : Encik Google

Promosi Minuman Tealive RM2.50 Terma dan Syarat
Promosi ini sah dari 1 November 2019 - 29 Disember 2019.

1. Beli minuman Tealive pada harga RM2.50 (tertakluk kepada Cukai Perkhidmatan) dengan menggunakan fungsi “Pay” Touch ‘n Go eWallet di semua cawangan Tealive seluruh negara kecuali cawangan Tealive di AEON Delica Foodcourts dan Maxvalu.
2. Promosi hanya sah untuk minuman Tealive berharga asal RM6.50 sahaja (tertakluk kepada Cukai Perkhidmatan). Sebarang tambahan atau minuman berharga lebih dari RM6.50, harga tambahan (tertakluk kepada Cukai Perkhidmatan) harus dibayar oleh pengguna.
3. Terhad kepada Satu (1) minuman untuk setiap pengguna.
4. Promosi terhad kepada 1,800,000 cawan dijual sepanjang tempoh promosi di cawangan yang berkenaan.
5. Promosi ini tidak sah dengan tebusan mana-mana baucar atau promosi lain.
6. Promosi ini tidak boleh ditukarganti dengan mana-mana produk lain atau wang tunai.
7. Terma dan Syarat ini tertakluk kepada Terma dan Syarat Kempen Am yang boleh didapati di https://www.tngdigital.com.my/general-terms-and-conditions.html
8. Sila layari www.tngdigital.com.my untuk maklumat lanjut atau pertanyaan.
9. Informasi ini dikemaskini pada 1 November 2019

2 comments:

siapa komen, dapat bunga ♥ ^^◕‿◕✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...