Koleksi SMS Ucapan Selamat Hari Raya 2014. sedar tak sedar tak lama lagi kita bakal menyambut bulan Syawal. Memang tak sah kalau tibanya Aidilfitri sms ucapan Selamat Hari Raya akan dihantar kepada saudara mara, sahabat handai dan juga orang yang tersayang. so diharap entri kali ini membantu semua mencari idea untuk di hantar kepada orang yang tersayang. Dulu suka menggunakan kad raya sebagai tanda ingatan. sekarang SMS sebagai pengganti diri sebab semuanya dah canggih sekarang. whatsapp, wechat, line semuanya ada. senang semuanya dihujung jari. Mihmih
Dapakan tutorial "cara pakai selendang dari hazanis" |
Berikut adalah koleksi ucapan SMS Hari Raya Aidilfitri terkini 2014. Selamat hari raya aidilfitri 2014 maaf zahir dan batin.
Pelita indah lagi berseri,
menjadi hiasan di aidil fitri,
SMS dikirim pengganti diri,
tanda ingatan tak layu di hati,
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI,
MAAF ZAHIR BATIN
“Dalam bermesra mungkin terkasar bahasa,Dalam bergurau mungkin terlanjur senda, dalam berjanji mungkin ada yang belum dikota, dalam berbicara mungkin ada yang menyingung rasa. jika ada kemaafan.. itu jua lah yang dipinta.. Selamat Hari Raya..”
"Ramadhan bakal beransur pergi, Syawal menjelma di aidilfitri, Seikhlas hati menyusun jari, memohon dimaaf kekhilafan diri, 'Salam Aidilfitri, maaf zahir batin' .."
Satu Syawal menjelang tiba,
Takbir bergema mengegarkan jiwa,
Sekiranya ada salah dan dosa,
Ampun dipinta dihari mulia.
Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin.
"Tangan dihulur maaf dipinta,Erat hubungan sesama kita,Semoga gembira di hari yang mulia ini,Salah dan silap harap dimaaf,Selamat hari raya aidilfitri , maaf zahir dan batin."
“Lisan kadang-kadang tak terjaga, Janji kadang-kadang terabaikan, hati kadangkala berprasangka, Sikap kadangkala menyakitkan. harapan ini menjadi indah jika selalu ada maaf diantara kita. Syawal akan menjelang. Mohon Maaf zahir dan Batin”
"Anak kucing curi ketupat, kena kejar terlompat-lompat, nak hantar kad raya dah tak sempat, hanya SMS laa yang paling cepat.. Selamat Hari Raya Aidilfitri.. maaf zahir batin”
Gemersik takbir mengundang hiba,
Salam diutus tanda ingatan,
Syawal dinanti menjelang tiba,
Salam diutus pohon kemaafan.
Maaf zahir dan batin.
Cahaya ramadam berlalu pergi,
Menyambut tibanya Aidilfitri,
Ampun maaf segala peri,
Semoga ikatan kekal dihati.
Selamat Hari Raya Maaf zahir batin.
Lebih koleksi di sini "Koleksi SMS Ucapan Selamat Hari Raya 2013". Ampun Maaf dipinta sekiranya ada salah dan silap sepanjang mek cah menulis blog. kot ada entri yang menyakitkan hati. Opsss Selamat berpuasa, selamat hari raya dan dapatkan tutorial selendang labuh dari Heliza Helmi yang boleh di gayakan di pagi syawal nanti. krikk