Tips bercuti ke Bandung sangatlah penting untuk korang berada disana. sebelum berlepas haruslah study dulu tentang tempat korang nak pergi. Alhamdulillah, sebelum berlepas mek cah study tentang Bandung melalui Mr Google. selain itu blogger Mek Onie berkongsi serba sedikit tentang tips percutian di Bandung hari tu. so terbit lah entri ini "Percutian ke Bandung : Day 1 (Tangkuban Parahu)" & "Percutian ke Bandung : Day 1 (Strawberry land, Floating Market, De' Ranch".
Update! pengalaman di Trans Studio Bandung 2016. Sekiranya berkunjung ke Bandung jangan lupa singgah di Trans Studio Bandung tau, pastinya banyak perkara menarik yang korang boleh cuba ketika disana. Nak tahu apa yang menarik jemput baca artikel " Pengalaman Menarik Di Trans Studio Bandung" , insyallah pasti dapat memberikan korang info berguna jika ingin berkunjung kesana. Lagi satu jangan lupa menginap di hotel ini yang pasti menjamin keselesaan dan mewah dengan pilihan makanan sarapan pagi 'Penginapan Selesa Di Bandung V Hotel & Residence'. Untuk dapatkan tiket penerbangan yang murah korang jangan lupa selalu survey di website rasmi AIRASIA tau. Macam sekarang 'Promosi tambang murah AirAsia' sedang berlangsung. Cepat ushar sekarang!
Update! pengalaman di Trans Studio Bandung 2016. Sekiranya berkunjung ke Bandung jangan lupa singgah di Trans Studio Bandung tau, pastinya banyak perkara menarik yang korang boleh cuba ketika disana. Nak tahu apa yang menarik jemput baca artikel " Pengalaman Menarik Di Trans Studio Bandung" , insyallah pasti dapat memberikan korang info berguna jika ingin berkunjung kesana. Lagi satu jangan lupa menginap di hotel ini yang pasti menjamin keselesaan dan mewah dengan pilihan makanan sarapan pagi 'Penginapan Selesa Di Bandung V Hotel & Residence'. Untuk dapatkan tiket penerbangan yang murah korang jangan lupa selalu survey di website rasmi AIRASIA tau. Macam sekarang 'Promosi tambang murah AirAsia' sedang berlangsung. Cepat ushar sekarang!
MENARIK : TIPS BERCUTI KE HAT YAI THAILAND
1) Tiket
sekiranya inginkan tiket penerbangan yang murah haruslah rajin singgah di web AirAsia. so perancangan awal harus dilakukan kerana AirAsia selalu je buat promosi tambang murah contoh entri ini "Promosi tambang murah AirAsia". tak rugi survey awal-awal dan terus booking sekiranya bersesuaian dengan masa free korang untuk terbang! . kalau yang ada budget tinggi boleh survey di MALAYSIASAIRLINES.
2) Baggasi
Plan nak shopping so abaikan niat untuk membawa berpuluh pasang baju. cuma bawa yang untuk pakai di hari pertama jerk. selebihnya boleh beli kat sana sebab harganya murah. tudung spare jangan dilupa. macam mek cah terbawa sehelai je selendang, tu pun pinjam yang adik punya tudung bawal. Nazakk. T.T
semasa nak fly dari KL-Bandung pastikan kosong je luggage anda dan tak lebih dari 9kg, so jimat tak perlu bayar yang bahagian luggage punya. mungkin masa untuk pulang dari Bandung-KL nanti perlukan luggage 20kg keatas sebab shopping banyak kan..:)
3) Kasut
beberapa hari sebelum berangkat mek cah dah plan tak nak bawa heel atau wedges walaupun diri ini telah sebati dengan kasut bertumit tinggi. tapi disebabkan untuk senang bergerak dan elakkan dari sakit kaki maka dah beli sepasang kasut khas untuk ke sana. alhamdulillah tak lenguh kaki berjalan. biarpun jadi pendek sekejap.lolzz kesimpulannya pakai je yang flat punya ataupun kasut yang selesa.
4) Duit / Bank
dinasihatkan tukar siap-siap duit RP di Malaysia. Elakkan tukar di Airport kerana agak mahal. di Bandung ada money changer dapat lebih banyak keuntungan. macam mek cah dah tukar siap-siap RM1000 di money changer bersebelah Pantai TiMur Kota Bharu, Kelantan.
Aktifkan akaun bank tempatan anda for International withdrawal. Maybank dan CIMB paling banyak dan mudah di jumpai di sana. Tapi ada caj yang agak mahal la kot around RM10-20. cara nak aktifkan melalui online ataupun call je operator mereka. mihmih
5) AIRPORT TAX
Masa sampai je asingkan RP75, 000 per person untuk tax AIRPORT, dalam duit malaysia lebih kurang RM24 . sebabnya takut nanti korang terguna duit tax gara-gara gila shopping. tapi tax juga boleh dibayar dalam RM, tapi harganya mahal sedikit dari harga dalam rupiah.
6) HOTEL
Sebelum fly pastikan korang dah tau hotel yang korang nanti stay. Ejen yg uruskan kami bagi hotel berhampiran bandar, ada wifi, room service, tempat makan, sarapan cukup sedap dan sebagainya.
7) Makan
sesetengah hotel telah sediakan sarapan pagi termasuk bayaran yang sewa hotel. tapi serius makanan di Marceilla hotel memang sedap. service pun best. bagi nak rasa makanan di luar hotel boleh sahaja. banyak tempat untuk makan tapi kalau boleh elakkan makan di gerai tepi jalan, takut perut korang tak serasi dengan makanan macam tu. mihmih tapi mek cah okay saja, lebih jimat. winkk.roti bakar kat Bandung sangat sedap. yumyum!
8) TIPS
Di Bandung ni memang amalkan budaya tips.even pak supir nak buat u-turn pon kene bayar tips kat orang jaga jalan tuh so, sentiasa get ready dengan duit kecil. lau dapat duit malaysia memang melompat la diorang sebab suka sangat. maknanya kite perlu sediakan duit kecil untuk tips, sebarang pertolongan bukan percuma ya.Semuanya perlukan tips.Hulur sajalah seberapa ikhlas yang mampu walaupun cuma IDR2000, sudah cukup besar bagi mereka.
9) Pengangkutan /Supir
Trip ke Bandung ni kami ambil pakej Bandung dari emirtour. Driver sangat friendly dan memang mahir dengan selok belok jalan di sana, tau short cut juga so tak de lah buang masa, hotel pun cukup selesa.
WhatsApp je emirtour, ada Salim yang handle, takpayah pening uruskan berapa bajet makan, hotel atau yg lain. Nanti salim bagi option pakej ke Bandung A, B atau C. Pilih yang mana sesuai dengan bajet korang.
Booking dekat emirtour boleh bayar nanti masa sampai Bandung.
WhatsApp je emirtour, ada Salim yang handle, takpayah pening uruskan berapa bajet makan, hotel atau yg lain. Nanti salim bagi option pakej ke Bandung A, B atau C. Pilih yang mana sesuai dengan bajet korang.
Booking dekat emirtour boleh bayar nanti masa sampai Bandung.
WhatsApp sini :
10) Beli KEK
Kartika Sari, yang paling famous. pelbagai kek dan biskut ada. rasanya sedap. rugi sekiranya sampai ke sini tidak singgah ke kartika sari untuk di bawa pulang sebagai ole-ole. pisang salai pun sodap lagi-lagi yang ada cheese.
11) UBAT-UBATAN
sediakan bekalan ubatan seperti PCM, Aktif fast, pil chi kit teck aun, ubat demam . Cuma ada tambahan sket, kalau ke bandung jangan lupa bawa minyak angin and vicks yer. Cuaca sejuk senang nak sakit perut lah. Lagi pun kita tak biasa dengan ubat-ubatan yang terdapat di sana
12) ADAPTER
credit to : Mr Google |
Yang ni pun tersangatlah penting!! Beli Plug adapter. Sebab kat Bandung ni plug diorang lai sikit. so belilah plug adapter supaya senang korang nak cas handphone, kamera tapi kalau terlupa beli kat pasar baru pun ada jual. so bawa siap-siap dari Malaysia kan senang. tapi? mek cah pinjam yang pak budi punya je. hihi ohsem tak?
11) Hati-hati
ehem! part yang perlu sentiasa di ingat supaya sentiasa hati-hati dengan penyeluk saku. pastikan sentiasa berjaga. galas beg ke depan. terutamanya di Pasar Baru. amalkan membaca ayat pelindung diri okay.;)
sekian sahaja tips dari mek cah. hope dapat membantu korang yang akan ke sana nanti. happy holidays guys. next?Bali! I'm coming. Mihmih insyaallah. Jangan lupa baca 'Tips melancong dan bercuti ke luar negara', ianya berguna sangat! Kepada yang memerlukan perkhidmatan sewa van di bandung jakarta boleh tengok artikal ini 'Pakej Murah Sewa Van Bandung Jakarta'.