Review H-Focus Vitamin Mata Dan Kecerdasan Minda

H-Focus Vitamin Mata Dan Kecerdasan Minda | Assalamualaikum. Kali ni Mek Cah kembali untuk review H-Focus Tablet Minda Dan IQ Genius yang berfungsi sebagai vitamin mata dan kecerdasan minda anak-anak. Bila dah jadi mak-mak ni mula lah sibuk nak cari vitamin tambahan untuk si kecil supaya minda cergas dan cepat belajar, jadi H-Focus pilihan terbaik  untuk Alisha Safiya. H-Focus merupakan satu produk minda dan kesihatan/supplement yang berasaskan makanan sunnah dan moden untuk minda  dihasilkan dalam bentuk tablet yang memudahkan pengambilan khasnya kanak-kanak. Beza antara H-Focus dengan produk minda yang lain ialah HFocus mengandungi 13 Khasiat yang terbaik selain HFocus bukan hanya untuk MINDA tetapi bagus untuk MATA anak anda. 

Memang sukar untuk mencari vitamin tambahan untuk anak-anak yang boleh diambil seawal setahun tetapi dengan HFocus umur 1 Tahun dan boleh amalkan tau sehinggalah dewasa. Sekarang memang jimat sebab Mek Cah berkongsi vitamin yang sama dengan Mek Icha ni, jimat duit papa tak perlu beli pelbagai jenis vitamin yang lain. Tapi 'Review Vitamin C 1000mg Pahang Pharmacy' memang tidak akan skip tau. Mihmih

hazanis

Untuk pengetahuan ibu-bapa semua H-Focus selain terbaik untuk MINDA , ia juga membantu menambahkan kesihatan mata anak-anak. Antara kelebihan H-Focus Tablet Minda Dan IQ Genius ialah :-

H-Focus dapat membantu anak-anak untuk MINDA mereka:
✅ Menjadi rajin untuk belajar
✅ Suka dengan buku
✅ Mudah menghafal
✅ Minat dan cekap membuat matematik
✅ Meningkatkan daya fokus belajar terutama di sekolah
✅ Mudah mendengar kata
✅ Petah bercakap
✅ Mudah bangun pagi
✅ Mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan
✅ Mudah solat tanpa di suruh
✅ Meningkatkan keyakinan diri
✅ Menjadi lebih berdikari
✅ Meningkatkan selera makan anak(bagi yang kurang selera makan sahaja)

H-Focus dapat membantu anak-anak untuk MATA mereka:
✅ Mampu mengurangkan rabun jauh, rabun dekat, rabun silau, rabun malam.
✅ Mampu mengatasi masalah selaput mata, mata letih, mata berair, gatal mata.
✅ Mencerahkan penglihatan mata rabun jauh dan dekat.
✅ Mengurangkan lingkaran gelap bawah mata.
✅ Mencantik dan melembabkan mata yang lesu.
✅ Hilangkan masalah mata kering.
✅ Mengurangkan  masalah mata merah.
✅ Kurangkan masalah Rabun malam.
✅ Sesuai untuk Masalah mata berair.



VITAMIN MINDA

Korang jangan risau H-Focus ini selamat digunakan kerana diformulasikan daripada beberapa makanan sunnah dan mempunyai beribu testimoni dari pengguna :-
 
1. Colostrum (Kolostrum)
Menguatkan & melindungi sistem pertahanan tubuh badan, Melawan jangkitan virus dan toksin yang berlebihan dalam tubuh badan, Membantu mencerdaskan minda dan mudah menghafal.

2. Pistachio (Badam Hijau)
Kaya dengan potassium yang membantu meningkatkan tahap kecerdasan minda & Mengandungi anti oksida yang melindungi tubuh dari radikal bebas.

3. Calcium (Kalsium)
Memberikan tulang yang lebih kuat dan fleksibel. Membantu badan dalam pengambilan zat besi.

4. Cereals (Bijirin)

Bijirin membantu membekalkan zat besi untuk pembinaan dan perkembangan otak yang lebih sihat.

5. Algae DHA (DHA Alga)

Meningkatkan daya fokus, membantu perkembangan minda yang sihat, membantu menajamkan penglihatan dan meningkatkan sistem imun badan

6. Centella asiatica –(Daun pegaga)
Pegaga mempunyai zat makanan yang berhasiat seperti zat besi, vitamain A dan C serta serat yang dapat membantu membangkitkan selera makan dan meredakan masalah penghadaman.

7. Honey (Madu)
Madu berfungsi menggantikan sel-sel otak yang rosak dengan sel baru yang sihat
 
8. Dates (Kurma)
Sangat berkhasiat untuk membantu tumbesaran kanak-kanak, membantu membentuk minda yang lebih sihat dan membantu mencergaskan minda dan tubuh badan

9. Raisin (Kismis)
Kandungan gula ringkas dalam kismis membantu meningkatkan pemikiran otak, Sumber tenaga yang diperlukan dengan segera & Membantu memperbaiki daya penglihatan yang sihat.

10. Pomegranate (buah delima)
Mengandungi Pottasium yang sangat tinggi, Fosfor, Kalsium, Zat Besi, Sodium, Vitamin A, B1, B2, B3 dan C Membantu Sistem Penghadaman. Ini boleh membantu anda mengawal dan mengurangkan penyakit asma, sakit tekat, dan batuk..

11. Vitamin C (vitamin C)
Vitamin C adalah vitamin yang diperlurkan oleh badan untuk pembentukan tulang serta menguatkan sistem imunisasi badan. Selain itu, Vitamin C dapat pulihkan demam, memberikan tenaga, memulihkan luka dan mencegah kanser.

12. Lycopene (tomato)
Tomato mengandungi nutrient yang diperlukan seperti vitamin (A, B3, B6, C, dan K), Potasium, dan Serat. Tomato juga dapat membantu untuk memudahkan penghadaman, masalah sukar tidur

13. Blackcurrant – (anggur)
Kajian menunjukkan bahawa anggur mengandungi vitamin C yang tinggi, vitamin (A, B1, B2), antioksida, dan nilai kalori yang rendah. Ia juga dapat membantu melegakan sistem saraf, meringankan demam, migrain dan athma.


Review H-Focus Vitamin Mata Dan Kecerdasan Minda

Info Produk H-Focus
Isi Kandungan     : 100 Tablet Dalam 1 Botol
Tempoh penggunaan 1 Botol     Sehingga 60 hari (1 Tablet page & 1 Tablet malam)
No Pendaftaran KKM   :  Bukan Ketegori Ubat-Ubatan
Syarikat Pengeluar   :  Sejagat Global Resources, 100% Bumiputera Islam dengan Kilang Berstatus GMP & Halal

Testimoni Ibu Bapa Yang Telah Mencuba Tablet Minda H-Focus

Testimoni Tablet Minda H-Focus


Testimoni Tablet Minda H-Focus 2

Review H-Focus Vitamin Mata Dan Kecerdasan
HFocus ni kalau anak-anak makan memang tak cukup 1 biji.

Tidak rugi ibu-bapa bagi anak-anak cuba tau, untuk kebaikan masa hadapan juga supaya anak lebih pintar dalam pelajaran disamping menjaga kesihatan mata. Yang mana berminat boleh melakukan pembelian di website atau melalui facebook yang disediakan dibawah. Selalu ubat-ubatan anak-anak susah nak makan kan? tapi dengan tablet Hfocus ni pasti anak-anak suka kerana rasanya macam coklat je. Hihihi Icha makan satu tak cukup siap minta lebih lagi.Sekarang pun dah pandai sebut papa, fish, no no, baby dan banyak lagi lah. Alhamdulillah


SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Kau Yang Satu (2017) Full Movie Download

Kau Yang Satu (2017) Full Movie Download | Hai sendu je rasa blog ni bila lama-lama tak update blog. Makin sendu bila lama tak layan movie dekat rumah, nak layan di pawagam memang tak dapat dah sekarang bila ada anak kecil. Jadi, paling senang tengok je dekat rumah sambil makan nasi. Muehehe layan dihujung minggu pun syok jugak kan. Sebelum ni Izara Aishah berlakon dalam 'J Revolusi Full Movie Download' sekarang dengan Aaron Aziz pula, memang serasi lebih-lebih lagi mana mereka bercuti di Oakland kalau tak silap memang cantik giler tempat tu macam lukisan je. Korang wajib tengok tau, yang tengah pening nak cari link untuk tonton dan download  filem Kau Yang Satu (2017) meh baca rapat-rapat tau. Untuk cerita ni Mek Cah kasi 8 bintang dari 10 bintang okay. Nak tahu kenapa tak cukup 10 bintang sila tonton sendiri. 



Kau Yang Satu (2017) Full Movie Download

SINOPSIS FILEM Kau Yang Satu (2017)

Mengisahkan pergolakan cinta tiga segi yang bermula apabila bot milik seorang lelaki bernama Datuk Mustaza telah karam selepas dipukul ombak ketika dia keluar memancing, namun nasibnya baik apabila dia telah diselamatkan oleh seorang nelayan bernama Sulaiman.
Kau Yang Satu (2017) Full Movie Download 2
Kau Yang Satu (2017) Full Movie Download

Datuk Mustaza yang berasa dirinya terhutang budi mahu menjodohkan anak lelakinya Taufik dengan anak Sulaiman yang bernama Salina. Bagaimanapun kedua-dua Taufik dan Salina tidak bersetuju kerana mereka sudah mempunyai teman istimewa. Tetapi akhirnya, mereka terpaksa akur dengan bapa mereka.

Apabila hati dan cinta tidak sehaluan, kemanakah hala tuju hati?
Kau Yang Satu (2017) Full Movie Download  
WATCH ONLINE/TONTON ONLINE

*CREDIT TO DFM2U

DOWNLOAD SINI

SMS/WHATSAPP: +6010-8931044
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...