Ketahui Tanda-Tanda Awal 10 Jenis Kanser!

Tanda-Tanda Awal 10 Jenis Kanser | Assalamualaikum. Al-fatihah kepada mereka yang telah pergi meninggalkan kita. Berita kematian blogger terkenal Shea Rasol sangat memeranjatkan dan tidak sangka permergian blogger ini secepat ini. Walaupun hanya sebagai rakan blogger tetapi turut terkesan kerana tiba-tiba dirinya dijemput Ilahi kerana kanser. Disini bermula lah kesedaran untuk Mek Cah untuk tahu serba sedikit tanda-tanda awal kanser. Allah, semoga kita semua dijauhkan daripada penyakit berbahaya ini.

1. Kanser Payudara
Boleh dikatakan bahawa kes wanita yang mengidap penyakit kanser payudara semakin meningkat pada masa kini. Tidak dinafikan jika penyakit kanser payudara merupakan penyakit turun temurun dalam genetik keluarga, tetapi usaha kita untuk mengelakkannya juga perlu agar risiko untuk terkena penyakit kanser payudara berkurang.
Tanda-Tanda Awal Kanser Payudar

Kini penyakit kanser payudara juga tidak mengenal usia. Bahkan perempuan seawal 20an juga sudah ada yang didiagnos dengan penyakit kanser payudara apabila ia bermula hanya dengan ketulan atau benjolan kecil di bahagian payudara yang dipanggil cyst atau fibroid.
  • Bengkak/gumpalan di buah dada
  • Keluar cairan berdarah dari putting
  • Pembesaran kelenjar di ketiak
  • Kedutan pada kulit di buah dada
2. Kanser Paru-Paru
Kanser paru-paru merupakan kanser pembunuh nombor satu lelaki.  Antara punca utama adalah merokok. Ini kerana rokok seperti yang diketahui merupakan bahan beracun yang akan melalui paru-paru ketika asap rokok disedut. Selain itu terdapat juga punca-punca lain yang normal seperti gaya hidup tidak sihat dan
  • Batuk kuat berterusan
  • Batuk berdarah
  • Nafas termengah-mengah
  • Sakit dada
  • Hilang berat badan
3. Kanser Usus Besar
Kanser usus merupakan barah atau pertumbuhan tidak normal yang berlaku pada dinding saluran usus besar. Penyakit itu terbahagi kepada dua jenis, kanser usus sporadik, iaitu 80 hingga 85 peratus kanser berlaku secara spontan, manakala kanser usus keturunan pula lima hingga 15 peratus penghidap yang mempunyai sejarah keluarga dengan penyakit berkenaan.

Kanser usus berada di tempat kedua pembunuh utama wanita, namun hakikatnya kanser usus dapat dicegah dan dirawat jika dikesan lebih awal dengan menjalani ujian kolonoskopi 15 tahun lebih awal daripada ahli keluarga yang pernah menghidap penyakit berkenaan.
  • Perubahan tabiat membuang air
  • Hilang berat badan
  • Sakit dalam perut dan usu
  • Berlaku pendarahan semasa membuang air
4. Kanser Pangkal Rahim
Kanser pangkal rahim ini mempunyai tahap (level) untuk dikesan bahawa penyakit itu sudah mencapai tahap yang keberapa. Masih baik stabil atau sudah kritikal. Bahaya! Semua wanita perlu ambil tahu hal ini.

Tanda-Tanda Awal Kanser Rahim
Tanda-Tanda Awal Kanser Rahim
Kadang-kala ramai remaja sekarang yang mempunyai penyakit dan mudah allergic. Kebanyakan sabun tidak sesuai. Bakteria mudah membiak dan mengakibatkan vagina seseorang itu menjadi gatal-gatal. Jadi ubati segera agar tidak mencapai tahap sehingga boleh mendapat penyakit yang tidak sepatutnya.
  • Sebarang lelehan/pendarahan yang luar biasa
  • Sakit selepas Bersama
  • Turun berat badan
5. Kanser Perut
Kanser perut bermula apabila muncul sel-sel kanser di dalam lapisan dalaman perut. Perkara tak dijangka tentang kanser perut adalah ia berkembang perlahan-lahan dan selama bertahun-tahun. Jadi, adalah sangat penting untuk mengetahui tanda-tanda kanser perut untuk intervensi awal.
Tanda-Tanda Awal Kanser Perut
Tanda-Tanda Awal Kanser Perut
  • Hilang berat badan
  • Muntah berdarah
  • System pencernaan tidak teratur
  • Cepat kenyang walaupun makan sikit
6. Kanser Hati
Kanser hati agak kurang popular berbanding kanser jenis lain walaupun tersenarai dalam 10 kanser utama di negara kita. Memang jumlah pesakit kanser hati tidak terlalu ramai iaitu sekitar 1, 000 orang, tetapi ia antara kanser yang sukar dirawat kerana kebanyakan kes lewat dikesan akibat ketiadaan gejala penyakit.
  • Kepenatan luar biasa dan loya
  • Kurang selera makan yang berterusan
  • Kurang berat badan mendadak
  • Mudah rasa kenyang
7. Kanser Otak
Kanser otak adalah tumor otak malignan yang boleh merebak dengan cepat ke bahagian lain otak dan tulang belakang. Sila ambil perhatian, tidak semua tumor otak malignan dan boleh dikategorikan sebagai kanser. Terdapat juga tumor otak tidak berbahaya. Benign tumor otak adalah sekumpulan sel-sel otak yang tumbuh perlahan-lahan dan tidak merebak ke bahagian lain.

Tanda-Tanda Awal Kanser Otak
Tanda-Tanda Awal Kanser Otak
Tumor otak sendiri adalah pertumbuhan sel-sel otak yang luar biasa dan tidak terkawal. Dalam otak, tumor boleh membangunkan dari sel-sel yang membentuk tisu otak, saraf yang keluar-masuk ke dalam otak, dan membran yang meliputi otak dan saraf tunjang (meninges).
  • Sakit kepala
  • Muntah-muntah
  • Gangguan penghilatan
  • Lemah atau lumpuh
  • Pening atau pitam
  • Pelupa
  • Perubahan personality
8. Kanser Tekak
Kanser tekak adalah tumor yang tumbuh dan berkembang di tekak, di sekitar tekak, peti suara, atau tonsil. Sama seperti kanser mulut dan lidah, kebanyakan pesakit mengalami kanser tekak mempunyai jenis karsinoma sel skuamus.
  • Suara garau atau serak
  • Ada ketumbuhan di tekak 
  • Sukar menelan
  • Kelenjar membengkak di leher
9. Kanser Darah
Kanser darah atau leukemia adalah kanser yang menyerang sel-sel yang membentuk sel-sel darah dalam sum-sum tulang. Dalam keadaan normal, sel-sel darah putih akan berkembang dari masa ke semasa pada masa yang diperlukan oleh badan untuk melawan jangkitan.

Satu lagi kes dengan orang yang mengidap kanser. Tulang sum-sum menghasilkan sel-sel darah putih yang tidak normal, ia tidak dapat berfungsi dengan betul, dan yang melampaui batas. jumlah yang berlebihan akan menyebabkan penumpukan dalam sel-sel sum-sum tulang daripada darah yang sihat akan dikurangkan.
  • Mudah letih atau pucat
  • Mudah lebam
  • Mudah mendapat jangkitan penyakit
10. Kanser Ovari
Menurut Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Pantai Hospital Sungai Petani, Dr. Norhayati Bt Kasim, kanser ovari ialah ketumbuhan, barah dan pertumbuhan sel-sel di luar kawalan dan merbahaya yang berlaku pada kilang telur atau ovari wanita. Penyakit ini ialah kanser organ reproduktif yang ketiga paling kerap berlaku dalam kalangan wanita.

Tanda-Tanda Awal Kanser Ovari
Tanda-Tanda Awal Kanser Ovari
  • Haid tidak teratur
  • Ketumbuhan keras dibahagian abdomen
  • Sakit semasa Bersama
  • Tumbuhan bulu rambut yang melampau
  • Suara menjadi lebih mendalam


SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Koleksi SMS Ucapan Hari Raya 2017

Ucapan SMS dan koleksi SMS ucapan hari raya telah menjadi tradisi menjelang Aidilfitri. Tetapi dunia semakin maju , hanya dengan menggunakan facebook, instagram dan whatsapp kini ucapan Selamat Hari Raya diterima sepantas kilat gitewww, jadi kad raya pun semakin ketinggalan zaman. Tiba-tiba rasa rindu zaman berbalas kad raya, meriah tau sebab kad raya nanti boleh gantung di dinding rumah. Tak lama lagi seluruh umat Islam di seluruh dunia bakal meraikan Hari Raya, 1 Syawal sudah tentu  SMS/Whatsapp ucapan hari raya menjadi pilihan bagi mereka yang tidak sempat hantar kad raya kepada yang tersayang. Digantikan dengan SMS/Whatsapp pengganti diri sudah tentu melahirkan tanda ingatan kita kepada orang yang tersayang. Semoga perkongsian kali ini dapat mengeratkan hubungan dan membuatkan orang tersayang anda tersenyum gembira. Oh ya lagi satu jangan lupa bahagiakan yang tersayang dengan belikan koleksi 'Fesyen Baju Raya 2017'. Mihmih

Koleksi SMS Ucapan Hari Raya 2017
Koleksi SMS Ucapan Hari Raya 2017
=======================================================================

    "Salam Aidilfitri penuh keikhlasan andai ada kekhilafan antara kita lantas terkasar bahasa, tersilap kata, terguris rasa di lubuk sukma... Yang sering terjadi antara kita sebagai manusia biasa.. Halalkan segala jua makanan & Minuman.. Semoga Aidilfitri pada kali ini memberi 1001 erti buat kita semua... Akhir kata SALAM AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN"

=======================================================================

    "Indah Langit Kerana Awan, Indah Laut Kerana Kebiruan, Indah Ramadhan kerana Keinsafan, Indah Aidilfitri kerana Kemaafan, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin"

=======================================================================

    "Kuih Paling Gangster = Lompat Tikam, Kuih Paling Sexy = Puteri Mandi, Kuih Paling Keji = Taik Itik, Kuih Bajet Cute = Cek Mek Molek, Kuih Untuk Awet Muda = Seri Muka, Kuih Paling Alim = Kuih Ketayap, Kuih Penyakit Lelaki Kronik = Batang Buruk, Kuih Suka Pukul = Kuih Lompang, Kuih Dalam Zoo = Badak Berendam, Kuih Yang Dicipta Untuk Polis Trafik = Sam-Preeet, Kuih Yang Bangun sendiri = Kuih Bangkit, Kuih Orang tak madi = Bau-Lu, Kuih Paling tenteram = Kuih Makmur, Kuih Paling Lembap = Kuih Siput... hahaha... SELAMAT IDUL FITRI, MAAF ZAHIR N BATIN "

=======================================================================

    "Rumah Dihias Bagai Istana, Buat Persiapan Di Hari Raya, Jari Ku Susun Maaf Di Pinta, SMS Ku Hantar Pengganti Kad Raya. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin"

=======================================================================

    "Raut wajah suci berseri menjadi hiasan di hari bahagia, Anak-anak penyejuk mata, suami isteri pengindah hati, ibu bapa pengubat jiwa, menjadi hiburan di hari raya. Lantas terasa sayangNYA solat raya menjadi bukti hati. Rukuk Sujud pada yang esa sebagai tanda terima kasih kepadaNYA. Keluarga mulia keluarga bahagian tanda keredhaan daripadaNYA...*SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, semoga tuhan merahmati"

=======================================================================

    "Kian berlabuh tirai Ramadhan, Lambaian Syawal Kian Dinanti, Luhur hati Ikhlas Budi, Semoga segala kesalahan dimaafi, SELAMAT AIDILFITRI! MAAF ZAHIR BATIN ;) "

=======================================================================

    "Salam Aidilfitri, SMS Pengganti Diri, Kad-kad dah tak main lagi, Ampun Dan Maaf Dipohoni, Salah dan Silap Harap Dimaafi"

=======================================================================

    "Anak Jaws Main Gitar, Anak Sotong Main Tabla, Kad Raya Malas Nak Hantar, Send SMS Jer Sudahlah, Semoga Ingatan Tak Akan Pudar, Terimalah Ucapan Selamat hari Raya"

=======================================================================

    "Walau Langkah Tak Bertemu, Tangan Tak Berjabat, Ucap Tak Terdengar, Mata Tak Bertentang.. Mohon maaf segala Kesilapan kerana ada tikanya Mata Silap Memandang, Telinga Salah Mendengar, Lidah Terlanjur Berkata-kata & Hati Tersalah Menduga... SALAM AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN"

=======================================================================

    "Gema Takbir Memuji Ilahi, Petanda Bermula Aidilfitri, SMS Dikirim Pengganti Diri, Bukan Nak Lupa Adat & Tradisi, Tapi Ikut Perkembangan Teknologi Jari, Mohon AMpun Dan Maaf, SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN"

=======================================================================

    "1 Syawal Menjelang Tiba, Takbir bergema menggegar Jiwa, Sekiranya ada Salah & Dosa, Ampun Maaf Dipinta Di Hari Mulia, Selamat Hari Raya Aidil FitRi.. Maaf Zahir & Batin"

=======================================================================

    "Kian berlabuh tirai Ramadhan, Lambaian Syawal Kian Dinanti, Luhur hati Ikhlas Budi, Semoga segala kesalahan dimaafi, SELAMAT AIDILFITRI! MAAF ZAHIR BATIN ;) "

=======================================================================

    "Ketupat Pulut Di Atas Para, Hendak Di Rebus Di Atas Bara, SMS Dihantar Pengganti Kad Raya, Tanda Ingatan Di Hari Raya, Selamat Hari Raya AidilFitri, Maaf Zahir Dan Batin "

=======================================================================

    "Bila Takbir Raya Bergema, Hari Kemenangan Umat Berpuasa, Genangan Air Mata Mengusik Jiwa, Sepuluh Jari Saya Hulurkan, Ampun Maaf Di Pinta, Selamat hari Raya"

=======================================================================

    "Jika Jiwa Sebening Air, Maka Jangan Keruhkan. Jika Hati Seputih Awan, Jangan Mendungkan. Raih Kemenangan dengan saling memaafkan. Selamat Idul Fitri "

=======================================================================

    "Ngodok Kupat Nen Ngisor Ondo, Godong Nipah DiGawe Atep, Salah Silapku n Jaluk Ngapuro, Ketemu Meneh Neng Tahun Ngarep, Selamat Hari Royo, Maaf Zahir Batin "

=======================================================================

    "Buah pauh ditengah bendang, Jadi dagangan ditengah kota, Saudara jauh datang bertandang, Bermaaf-maafan sesama kita "

=======================================================================

    "Sungguh rendang pohon rumbia, Tempat persinggahan sianak kera, Ketupat rendang sudah tersedia, Jemputlah semua menjamu selera.. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN "

=======================================================================

    "Disisir diandam dengan cekap, Potong rambut pelbagai gaya, Puasa sebulan sudahlah lengkap, Kita menyambut Hari Raya.. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN"

=======================================================================

    "Sungai disusur sehari-hari, Dalam gelap menangkap ikan, Kami menyusun sepuluh jari, Salah dan silap harap maafkan... SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN"

=======================================================================

    "Cincin disarung hati berdebar, Jarinan lembut wajah terhias, Ramadan disambut penuh sabar, Aidilfitri disambut dengan meriah... SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN "

=======================================================================
Koleksi SMS Ucapan Hari Raya 2017
Koleksi SMS Ucapan Hari Raya 2017
  "Ramadhan telah kita tinggalkan, hampir menjelma syawal mulia. Aidilfitri berbahang gembira, di sambut dgn rasa suka. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin"

=======================================================================

    "Sepuluh jari tersusun rapi, Bunga melati pengharum hati, SMS dikirim pengganti diri, Memohon maaf setulus hati, Mohon Maaf Zahir Dan Batin.  "

=======================================================================

    "BiLe RaYa LiNe Bz GiLa, MaSa Tu MaKi Pun x GuNa, MaXis, CeLcoM, DiGi SuMenYa SaMa, OrG BiJaK x Yah TgGu RaYa, uCaP sKrG Pn BoLeH aPa! SeLaMaT HaRì RäYe. "

=======================================================================

    "Masak Lemang Sambil Berdiri, Hendak makan di Aidilfitri, Nak hantar Kad raya Posmen dah cuti, SMS sahaja dapat ku beri, Bukan Lupa Tradisi, tapi ikut teknologi terkini yang ada dihujung jari.. SELAMAT HARI RAYA AIDI£FITRI MAAF ZAHIR BATiN…."

=======================================================================

    "Ketupat Pulut Di Atas Para, Hendak Di Rebus Di Atas Bara, SMS Dihantar Pengganti Kad Raya, Tanda Ingatan Di Hari Raya, Selamat Hari Raya AidilFitri, Maaf Zahir Dan Batin "

=======================================================================

    "Malam-malam lihat lampu jalan, tengok-tengok hantu raya, hati-hati diatas jalan, supaya selamat pulang beraya.Selamat Hari Raya AidilFitri, Maaf Zahir Dan Batin "

=======================================================================

    "Dlm kerendahan hati ada ketinggian budi, Dlm kemiskinan harta ada kekayaan jiwa, Dlm kelembutan lidah ada juga keterlanjuran kata, Dlm gurau & senda tentu ada khilaf & dosa. MOHON AMPUN & MAAF DI ATAS SEGALANYA… Selamat Hari Raya Aidilfitri..Moga silaturahim diberkati Allah"

=======================================================================

    "jambangan indah lagi berseri, menjadi hiasan di aidil fitri, sms ku kirimkan pengganti diri, tanda ingatan tak lupa dihati.. Selamat Hari Raya AidilFitri, Maaf Zahir Dan Batin"

=======================================================================

    "bulan ramadhan bulan yang mulia, di sambut dengan hati yang gembira, kini syawal semakin menjelma,tangan ku hulurkan maaf dipinta…  Selamat Hari Raya AidilFitri, Maaf Zahir Dan Batin"

=======================================================================

    "Tiba kita di musim perayaan, Ramai juga yang shopping sakan. Salam lebaran daku ucapkan, Di hari raya saling bermaafan. Salam aidilfitri, maaf zahir dan batin."

=======================================================================

    "Kalau dilipek sebosar kuku. Kalau dibontang sebosar alam. Kok hilang dicaghi. Kok hanyut dipinteh. Kok tonggolam disolam. Datang biarla nampak muko. Kok poei biarla nampak belakang. Jauh diimbau, dokek digamit. Seuntai salam, sojambak kato. Dogup bicagho, meghisik raso...Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin"

=======================================================================
Credit : anugerahsemulajadi.blogspot.my

SMS/WHATSAPP: +6010-8931044
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...