Traveloka Tempahan Hotel dan Penerbangan Dengan Mudah!

Traveloka Tempahan Hotel dan Penerbangan Dengan Mudah | Pasti ramai disini yang bercita-cita untuk menjelajah dunia. Tetapi masalah utama ialah tiada bajet dan masa sesuai. Betul tak? Jangan risau Traveloka mampu merealisasikan impian korang untuk melancong keseluruh dunia. Dengan bajet terendah pasti korang tidak lagi bermimpi tau. Untuk makluman semua Traveloka merupakan website yang boleh dilayari untuk menempah mana-mana hotel dan penerbangan yang korang inginkan. Apa yang lebih menarik apabila wujudnya Traveloka apps yang membantu kita semua mendapatkan hotel dan penerbangan murah dengan mudah dan cepat dengan harga terendah. Yang mana dah lama mengidam ingin ke Korea boleh la cuba survey harga melalui Traveloka dan yang penting sekali jangan lupa tips 'Perkara Yang Kita Perlu Tahu Kalau Melancong Ke Korea?' memang sangat berguna kepada mereka yang bakal ke sana.

TRAVELOKA
Traveloka Tempahan Hotel dan Penerbangan Dengan Mudah
Okay sekarang fokus kepada Traveloka App !. Mek Cah dah lama install Traveloka App di telefon pintar OPPO untuk memudahkan Mek Cah mencari hotel dan penerbangan dengan harga terendah. Selalunya husband Mek Cah dalam setahun tu ada la dalam 3 kali perlu ke Kuala Lumpur untuk urursan kerja jadi memang wajib kami mencari hotel penginapan di Traveloka App.
 
Antara kelebihan Traveloka App yang mesti korang tahu ialah :-
 
1) HARGA BERPATUTAN
Memang teruja sangat apabila korang bakal melihat harga yang ditawarkan tersangat berpatutan dan mampu milik. Pasti korang akan terus gelojoh untuk menempah hotel dan penerbangan untuk bercuti bersama keluarga ataupun kawan-kawan kan? Korang boleh pilih dari hotel bajet sehingga lah kepada hotel mewah yang mengikut bajet korang. Banyak pilihan penerbangan yang disediakan seperi Asirasia, Malaysia Arlines, Firefly, Malindo dan sebagainya mengikut harga terkini dan terendah. Dekat situ korang boleh membuat pilihan yang mana berkenan dihati.
 
2) PRICE ALERT
APLIKASI Traveloka
Lagi satu dengan Traveloka App korang akan dapat notification apabila terdapat penerbangan yang bersesuaian dengan bajet serta tarikh untuk penerbangan korang. Sebelum menempah penerbangan sudah tentu korang akan fokus kepada 'harga terlebih dahulu kan? Jadi dengan Traveloka App korang akan sentiasa dapat 'price alert' untuk memudahkan korang memilih hotel dan penerbangan yang sesuai dengan harga terendah dan mengikut bajet korang.

 
3) SEARCH DAN BANDINGKAN HARGA
Dengan Traveloka App korang juga boleh search dan bandingkan harga yang ditawarkan dengan pilihan penerbangan dan jenis hotel di mana korang boleh uruskan dengan mudah dan cepat. Tidak perlu lagi korang ke travel agency untuk pilihan penerbangan kerana langkah itu semua tersangat lah membazirkan masa. Hello! sekarang zaman teknologi IT jadi gunakan peluang ini untuk memudahkan urusan kita seharian. Ingat tau Masa itu Emas, jadi dah ada yang senang gunakan sahaja step yang senang dengan Traveloka App .
 
4) EXCLUSIVE DEALS DAN PROMOSI
APLIKASI Traveloka
Opssss! lagi satu Traveloka App ada exclusive deals untuk ahli Traveloka App. Nak tahu exclusive deals apa kena lah cuba install dahulu dan rasakan keistimewaan apabila korang install Traveloka App. Selepas itu boleh la kongsikan dengan kawan-kawan dan ajak mereka semua untuk install sekali. Mana tahu korang boleh buat reunion dekat overseas giteww. Eceh!
 
5) TIADA CAS TERSEMBUNYI
Tanpa harga terselindung! percayalah masa korang search tu adalah harga tetap yang ditawarkan tanpa cas tersembunyi. Contoh apps yang lain rasanya belum termasuk TAX bagai kan? tetapi dengan Traveloka App korang kena percaya ianya sangatlah berbaloi kerana harga yang tawarkan terbaik dari ladang gitewww. Opss semalam dah search penerbangan ke Bandung, harga memang murah berbanding ditempat lain. Okay tak dinafikan sekarang rindu sangat sama Bandung sebab sekarang makin banyak tempat menarik di bandung. Sobsss

Traveloka Tempahan Hotel dan Penerbangan Dengan Mudah
KLIK LINK INI UNTUK INSTALL
Apabila dah ada Traveloka App urusan korang pasti makin senang dan cepat. Hari-hari boleh tengok promosi yang ditawarkan di Traveloka. Jadi jangan lupa install terus Traveloka App disini 'http://www.traveloka.com/x/myblogger-app' untuk memudahkankan korang search dan book penerbangan dan hotel dengan cepat dan mudah dengan harga terendah. Mek Cah dah, kini tunggu giliran korang pulak. Yang penting Traveloka App sangat membantu Mek Cah untuk dapatkan hotel dan penerbangan dengan harga terendah.

SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

J Revolusi Full Movie Download

J Revolusi Full Movie Download | Akhirnya filem J Revolusi dah boleh download dan tonton online tau. Memang dah lama cari filem J Revolusi yang boleh ditonton online memandangkan nak ke pawagam memang dah tak boleh sekarang sebab ada anak kecil. Jadi jawapan sekarang memang tonton filem di rumah sahaja. Terima kasih streamyx yang banyak berjasa, tak perlu pasang astro dah tonton semuanya online sahaja.

Lagi satu kalau ke pawagam sudah tentu ada kos tiket kan? Nak berjimat tonton sahaja J Revolusi Full Movie di rumah sahaja siap ada yang HD lagi tau janji internet dekat rumah korang laju. Alhamdulillah semalam dan tonton J Revolusi dengan baby Alisha memandangkan papa keluar karoake dengan geng office. Yang mana belum tengok wajib tengok tau Mek Cah kasi 5 bintang. Hebat betul lakonan Zul Ariffin dan Izara Aisyah, memang gandingan yang mantap giteww. Kadang tengok cerita ni persis dengan 'Tonton Online Polis Evo (2015) Full Movie' yang banyak selitkan adegan aksi dan lawak tau. Tapi bagi Mek Cah filem Polis Evo lebih lawak dari filem J Revolusi. Opss!
Tonton Online J Revolusi

J Revolusi sebuah filem yang memfokuskan kehidupan anggota Unit Tindakan Khas (UTK) telah diarahkan oleh Zulkarnain Azhar dan diterbitkan oleh Grand Brilliance Sdn Bhd dengan kerjasama Infinitus Productions. Antara barisan pelakon lain yang turut menjayakan filem J Revolusi ini adalah Fazura, Farid Kamil, Azad Jazmin, Iedil Putra dan ramai lagi.

J Revolusi Full Movie Download
KLIK GAMBAR UNTUK TONTON ONLINE J REVOLUSI
 
Sinopsis Filem J Revolusi
J Revolusi mengisahkan tentang seorang pengawai Unit Tindakan Khas (UTK) yang bernama Jay Zulkarnain. Pada awalnya pasukan Jay begitu ditakuti penjenayah kerana kepakaran pasukan itu bila berdepan musuh. Namun pelbagai konflik mula tercetus bila adik Jay bernama Dian yang juga merupakan seorang ejen telah ditangkap oleh pengganas misteri. Jay berusaha untuk menyelamatkan adiknya tetapi dia terperangkap dan dituduh pula membunuh rakan setugasnya.

Apakah misi Jay untuk menyelamatkan Dian akan berjaya?

J Revolusi Full Movie Download | Nak tahu kisah selanjutnya wajib tonton J Revolusi Full Movie dekat LINK dibawah tau. Ada dua pilihan sama ada nak tonton online atau nak download J Revolusi terlebih dahulu. Jangan lupa tonton dengan keluarga weekend ni, lagi satu sediakan pop corn lagi best tengok movie kan. Tak gitew?

WATCH ONLINE/TONTON ONLINE
SERVER 1
*CREDIT TO DFM2U

SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Cara Putihkan Gigi Dengan Cepat Dari ArilGlow

Assalamualaikum Cinta

Cara Putihkan Gigi Dengan Cepat |Ehem! kalau bab memutihkan semuanya jadi laju kan korang nak tahu lebih-lebih lagi untuk putihkan kulit dan gigi. Kalau nak putihkan kulit korang jangan lupa cuba produk Vitamin C 1000mg Pahang Pharmacy dan ikut tips disediakan disini '5 Cara Memutihkan Kulit Wajah Secara Semulajadi'. Tak kan nak kulit je putih kan? mesti la nak gigi yang putih jugak lebih-lebih lagi tak lama lagi nak raya tentulah korang ingin kelihatan menyerlah di hari Raya kan?

Nah! Mek Cah ada cara terbaik untuk putihkan gigi dengan cepat dan selamat. Jawapannya ialah dengan
ARIL GLOW pen pemutih gigi yang kini mampu menyelesaikan masalah gigi kuning tanpa bajet yang tinggi. Lagi satu dengan beberapa langkah korang dapat gigi idaman untuk korang lebih berkeyakinan berhadapan dengan orang luar. Yang mana memang selalu sibuk dengan kerja dan pada masa sama mencari cara memutihkan gigi dengan pantas? Jangan lupa guna ARIL GLOW untuk merasai pengalaman menggunakan pemutih gigi moden ini yang memutihkan gigi anda sepantas 2 hari tanpa perlu jumpa doktor gigi !. Alhamdulillah lebih menyakinkan apabila ARIL GLOW sangat selamat digunakan kerana lulus KKM tau!, jadi gunakan tanpa was-was.Senyum cikit! :)

TIADA LAGI KUNING DAN KOTORAN PADA GIGI !!

Mesti ramai ingin tahu kesan gigi putih akan kekal atau tidak? 
Kesan tidak akan kekal selagi penjagaan gigi tidak diutamakan. Gigi secara semulajadi akan kotor dan kuning dari masa ke masa. Ia bergantung pada makanan/minuman harian kita. Elakkan minuman soda, wine, rokok dan makanan berwarna yang menyebabkan gigi kuning. Ia bukanlah cat kekal untuk menampal kuning pada gigi anda.

Cara Memutihkan Gigi Dengan Cepat Dari ArilGlow
Siapa yang boleh guna pemutih gigi Arilglow
⦁    Umur 12 tahun ke atas
⦁    Mereka yang mempunyai masalah gigi kuning
⦁    Lelaki dan wanita
⦁    Ibu menyusu
⦁    Mereka yang memakai braces
⦁    Wanita mengandung tidak di galakkan

Cara penggunaan?
  1. Elakkan guna mouthwash sebelum rawatan. Sapu tisu pada gigi sehingga keluar apa sahaja yang melekat pada permukaan gigi (gigi dalam keadaan kering). Ambil pen dan pusingkan mengikut jam sehingga keluar gel.
  2. Apabila gel keluar, senyum nampak gigi dan sapu pada bahagian atas gigi diikuti bahagian bawah. Pastikan rata sahaja. Jangan letak tebal-tebal. Nipis pun dah mencukupi. Elakkan terkena gusi. Jangan telan dengan sengaja. Biarkan selama 30 minit. Lagi lama lagi bagus.
  3. Kemudian tutup mulut dan kumur dan bilas dengan air paip. Selepas itu, guna berus gigi serta ubat gigi dan gosok sehingga keluar lebihan gel yang masih melekat pada gigi (seperti rutin harian menggosok gigi). Ini bertujuan untuk lindungi daripada iritasi. Kumur dan bilas semula dengan air paip.
  4. Basuh berus gigi sehingga terkeluar lebihan gel yang melekat. Dah siap ! Gunakan 2 kali sehari. Pagi sebelum pergi kerja dan malam sebelum tidur. Hanya untuk 12 tahun ke atas sahaja dan tidak digalakkan untuk digunakan bagi wanita mengandung dan masih menyusukan anak.
  5. Pakai secara konsisten untuk kesan yang terbaik. Simpan di tempat yang gelap dan sejuk. Elakkan terkena matahari dan simpan pada suhu tinggi. Boleh letak di dalam peti ais, tapi jangan letak dalam "freezer".

pen pemutih gigi
Apakah itu sensitiviti gigi?
Walaupun bukan kebiasaan, sesetengah individu mungkin mengalami gigi sensitif. Ia adalah sementara sahaja dan akan hilang selepas rawatan dihentikan. Ia disebabkan oleh gel yang membuatkan struktur gigi kekurangan air untuk tembus dan bersihkan kotoran gigi. 

Gel ini terkandung glycerin dimana ia menyerap air daripada gigi, sekaligus menganggu keadaan isotonik dan menyebabkan gigi sensitif. Dalam erti kata lain, gigi dehidrasi semasa proses pemutihan, yang menyebabkan sensitiviti. 

Air liur biasanya akan menghidrat gigi apabila selesai proses pemutihan dan tiada lagi rasa sensitif pada gigi. Jika anda mengalami sensitiviti, kami mengalakkan anda menggunakan ubat gigi sensodyne.


pen pemutih gigi 4
 
Korang kena yakin penggunaan Ari Glow ini tidak berbahaya kepada gigi korang. Nak tahu kenapa? 
 
Tiada bukti yang mengatakan enamel gigi berbahaya daripada penggunan pemutih gigi apabila rawatan dilakukan. Ia tidak akan menyebabkan gigi menjadi nipis dan menukar permukaan gigi. Andai sekiranya anda gunakan sehari 2 kali untuk 10 tahun.

Ia berupaya untuk bawak kesan yang negatif, dan saya pasti itu bukan niat anda. Anda perlu berasa selesa menggunakan produk ini sehingga anda mencapai keputusan yang anda inginkan tanpa ragu-ragu.

Tetapi awas, korang mesti elakkan beberapa perkara selepas membuat rawatan (24-48 jam). Perlu diingatkan selepas rawatan pemutihan, liang-liang enamel akan terbuka dan ini menjadikan lebih mudah terdedah kepada apa-apa kotoran. Apabila liang tutup, dimana biasanya terjadi 24-48 jam selepas prosedur, anda boleh sambung semula seperti biasa.

⦁ Gigi palsu?
- Ia hanya berkesan kepada gigi semulajadi sahaja.
 
⦁ Minuman yang bersih:
- Air putih
- Air suling
- Susu
 
⦁ Makanan yang perlu dielakkan:
- Lemon, Jus oren, Apa sahaja jus buahan
- Teh dan kopi
- Cola-cola dan minuman bergas
- Minuman tenaga

⦁ Makanan yang perlu dielakkan:
- Karot dan buah oren dan sayuran
- Brokoli, bayan dan sayuran hijau
- Coklat
- Roti putih
- Tomato dan sos merah

TESTIMONI PEN PEMUTIH GIGI ARILGLOW
testimoni pen pemutih gigi

Nasihat tambahan untuk dapatkan gigi putih selepas menggunakan ARIL GLOW :

⦁ Elakkan air panas atau sejuk. Ia tidak bagus selepas rawatan disebabkan boleh mengubah suhu pada gigi anda. Perubahan suhu menyebabkan gigi mengembang dan mengecut, membolehkan kotoran menembusi gigi anda. Kurangkan kopi dan teh atau cuba minum menggunakan straw untuk mengurangkan jumlah air yang terkena gigi anda.
⦁ Elakkan makanan dan minuman yang bersifat asid. Ia membuka liang enamel gigi membenarkan kotoran menembusi gigi dengan mudah. Gunakan straw untuk kurangkan bahan ini terkena gigi anda.
⦁ Kurangkan merokok. Ia disebabkan nikotin pada puntung rokok menyebabkan gigi kuning. JIka anda tidak berhenti, sekurangnya cuba had dan kurangkan.
⦁ Guna gincu "smudge proof". Untuk pastikan lipstik daripada terkena pada gigi disebabkan lisptik biasa boleh sebabkan kotoran pada gigi.

ARIL GLOW PEN PEMUTIH GIGI
 
Alhamdulillah, Mek Cah pun dah cuba, memang bagus dapat mengembalikan keyakinan diri untuk lebih senyum nampak gigi. Siapa yang perasan Mek Cah memang kurang berkeyakinan untuk senyum dihadapan kamera sebab faktor gigi yang tak berapa cantik. Opsss! dengan ARIL GLOW pen pemutih gigi Mek Cah dah kembali yakin tau. Mihmih jangan lupa dapatkan Pen pemutih gigi dari Aril Glow dengan harga yang mampu milik. Insyaallah.

SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Beli Barang Murah Dari China di Ezbuy!

Assalamualaikum.


Beli Barang Murah Dari China di Ezbuy | Siapa pernah dengar Ezbuy? Mesti semua pernah dengar kan. Yang belum pernah tahu tentang Ezbuy masa ni la korang kena tahu yang Ezbuy menyediakan harga murah berganda- ganda dari website lain. Di zaman internet semuanya dihujung jari, kalau korang malas nak ke shopping mall boleh sahaja shopping menerusi website shopping Malaysia antaranya Ezbuy. Ternyata pembelian di Ezbuy memang menjimatkan lagi satu kalau korang sign up pertama kali banyak kupon yang korang boleh dapat tau. Masa ni la korang boleh berbelanja dengan bijak dengan menggunakan kupon tu semua.

Mek Cah kalau bab cuci mata nombor satu tau. Di Ezbuy memang berjam-jam menghadap koleksi barangan menarik yang dijual antaranya pakaian, barangan rumah, peralatan memasak dan sebagainya. Sekarang ni pun tengah tercari-cari barang hiasan dalaman rumah, baru berminat nak deco-deco walaupun hanya rumah sewa sahaja.

Apa itu EZBUY??


Ezbuy adalah sebuah pembekal professional yang memberi perkhidmatan membeli belah dalam talian. Ditubuhkan pada tahun 2010 lagi dan menjadi platform membeli-belah di luar negara yang pertama dan terbesar di Singapura. Sehingga hari ini, ezbuy menyediakan perkhidmatan membeli-belah dari China, Taiwan, Amerika Syarikat, Singapura, Malaysia, Australia, Thailand dan akan memperluaskan lagi perkhidmatan kepada lebih banyak negara.


Kalau untuk shopping perkara yang didahulukan tentu lah keperluan anak dara kesayangan Alisha Safiya. Tak lama lagi genap setahun jadi tentulah dah boleh berjalan kan? Akhirnya tergoda jugak dengan kasut comel ni diharap anak kesayangan selesa untuk berlari gitewww. Yang penting harga memang murah berbanding online shop yang lain. Memang tak sabar tengok Alisha pakai kasut ni, dah terima barang nanti Mek Cah update tau pengalaman shopping di Ezbuy pulak.



Beli Barang Murah Dari China di Ezbuy | Tadi baru je bagitahu nak belajar deco rumah kan? Maka tergoda jugak dengan kitchen floor mat ni. Huisshhh warna merah tau, sesuai dengan tema rumah Mek Cah merah dan hitam. Semoga makin cantik la kan rumah Mek Cah nanti. Opsss shopping ni Mek Cah tak bagitahu pun dekat suami, barang dah sampai baru kita habaq okay. Mihmih janji guna duit sendiri okay!



Dah namanya perempuan memang suka makeup, walaupun makeup simple pun tentu lah memerlukan peralatan makeup yang selesa dan sedap dipandang kan? Memang dah lama jatuh hati dengan makeup brushes yang ni, akhirnya tercapai jugak dapat beli dengan harga berpatutan.

Tadaaaa, inilah total semua untuk 3 barang yang Mek Cah cakapkan tadi. memang murah giler berbanding dekat kedai. Lagi satu Mek Cah kan dah ada Alisha Safiya jadi masa untuk shopping dekat mall memang terhad. Dapat shopping online ni emmang emnjimatkan masa dan tenaga. Tak perlu bersesak dengan orang ramai lebih-lebih lagi nak handle anak kecil kan? Okay korang apa lagi jangan lupa shopping di Ezbuy tau sebab sekarang banyak barang murah yang korang boleh beli dengan kos shipping pun berpatutan. 

register ezbuy
KLIK GAMBAR UNTUK REGISTER

Berita baik untuk pembaca blog HAZANIS tau, jangan lupa REGISTER dan dapatkan VOUCHER RM15 di https://marketing.ezbuy.my/ezbuyMobileRegister/index_v2_MY.html?identId= .  Masa ni la korang boleh shopping dengan jimat dan merasai pengalaman sendiri shopping online di EZBUY. Pasti korang terus jatuh cinta dengan service mereka. Happy shopping semua!
 


SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Produk Kosmetik Murah di HCUBE SHOP

Assalamualaikum. Dengan rasa syukurnya Mek Cah dah jumpa satu website yang menjual produk kecantikan dan kesihatan dengan harga berpatutan iaitu HCUBE SHOP. Memandangkan sekarang ni berlambak produk kecantikan dan kesihatan untuk putih, kurus, gemuk, dan bla bla maka ramai golongan wanita terutamanya memang rambang mata bab shopping produk kecantikan kan. Maklumlah bila tengok kawan kita tu putih cantik terus terpengaruh nak beli jugak kan? Jadi Mek Cah sarankan korang shopping di website HCUBE SHOP yang menawarkan pelbagai produk kecantikan dan kesihatan terkini yang korang boleh beli dengan mudah sahaja. Harga pun berpatutan!

Produk Kosmetik Murah di HCUBE SHOP
| Memang sekarang terlalu banyak online shop yang menawarkan harga terbaik, tapi yakinkah korang dengan service mereka? Tetapi dengan
HCUBE SHOP memang korang wajib yakin bila tengok sahaja testimoni dari pelanggan mereka. Cuba klik link 'FEEDBACK HCUBE SHOP' kalau korang masih ragu-ragu.

kosmetik murah di hcubeshop
HCUBE SHOP KOSMETIK DAN PRODUK KESIHATAN MURAH
HCUBE SHOP ternyata mengikut peredaran masa dengan menjual produk kecantikan yang trending di media sosial, sebut sahaja produk apa yang korang nak.Cari sahaja di HCUBE SHOP. Bagi Mek Cah membeli belah secara online lebih menjimatkan masa, duit dan tenaga tau. Kalau walk in ke kedai kosmetik sudah tentu akan tergoda dengan produk kecantikan yang sah-sah pada awalnya korang hanya bajet ingin membeli 1 ataupun 2 jenis produk sahaja. Selain itu sudah tentu korang terpaksa tanggung duit minyak kereta sekaligus terpaksa menghadap jem. Lagi satu macam Mek Cah yang ada anak kecil memang susah nak berkampung lama-lama dekat kedai kosmetik semata-mata nak beli satu produk sahaja. Okay mula la anak tak duduk diam, nak shopping dan cuci mata pun stress kan. Hukss jadi nak cepat beli online sahajo di HCUBE SHOP .

hcube shop pemborong kosmetik dan produk kesihatan

Dapatkan Produk Kecantikan Kesihatan Dengan Kualiti Terbaik, Di HCube Beauty Shop, Kami Amat Menitikberatkan Kualiti Dan Keselesaan Pelangan Ketika Berurusan. Kepuasan Anda Keutamaan Kami.
Produk Kosmetik Murah di HCUBE SHOP | Kepuasan pelanggan adalah keutamaan mereka lebih-lebih lagi perniagaan mereka telah didaftakan dengan SSM REGISTRATION: AS0354878P. Kalua rasa tertipu ata tidak puashati boleh sahaja laporkan kepada pihak berwajib. Apa pun HCUBE SHOP dapat menjamin kepuasan hati pembeli. 
 
Antara testimoni dari pelanggan HCUBE SHOP:

INSTAGRAM FEEDBACK
TESTIMONI DARI PELANGGAN HCUBE SHOP
INSTAGRAM FEEDBACK HCUBE
TESTIMONI DARI PELANGGAN HCUBE SHOP

Hari Penghantaran
Isnin - Jumaat : Tgh Malam
Membalas email, membungkus parcel dan mengepos barang yang telah membuat pembayaran.

Sabtu & Ahad : Cuti

Pejabat pos tutup. Penghantaran akan dibuat pada hari Isnin berikutnya.

Masa penghantaran:
Sehari selepas anda membuat pembayaran.

So, korang jangan lupa shopping banyak-banyak di HCUBE SHOP yang menjual pelbagai produk kecantikan dan kesihatan yang murah gitewww. Opss harga murah berbanding di kedai. Tak percaya kena la cuba shopping dulu. Mihmih Nak cantik jangan kedekut tau, tak lama lagi nak RAYA haruslah meletop . Jangan kedekut untuk hal kecantikan.



SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Jana Pendapatan dengan Benang Hijau Membership dan Dropship!

Okay! yang ni Mek Cah mengaku benang hijau telah trending di media sosial dek kerana Warehouse Sale Benang Hijau yang kini serbu beberapa buah negeri. Kalau korang masih belum tahu tentang Warehouse Sale Benang Hijau jangan segan silu baca artikel ni tau (Warehouse Sale Benang Hijau Serendah RM5!). Sila mengaku cepat siapa peminat Benang Hijau kat sini? Tahniah tau sebab korang memang bijak memilih butik tudungdan baju muslimah terkini yang menawarkan harga mampu milik. Lebih-lebih lagi bila berlangsungnya Warehouse Sale Benang Hijau. Next destination? Orang Kedah tunggu tau lagi 2 hari je iaitu 7-8 April 2017.

Meh nak bisik-bisik kat sini, yang mana belum ada kad  ahli Benang Hijau boleh mohon sekarang kerana pelbagai tawaran menarik yang bakal korang nikmati. Chewaaah!! Yelar, benda baik harus la dikongsi tak kan la Mek Cah nak rasa best tu sorang-sorang tau. Untuk menjadikan korang lebih bijak dalam membeli apa kata terus je mendaftar sebagai ahli kad keahlian Benang Hijau. Haishh makin ketagih dengan Benang Hijau semenjak kisah ni 'Grand Opening Butik Benang Hijau Wakaf Che Yeh, Kelantan.'. 

Membership Program Benang Hijau

Cuma RM20 sahaja semasa mendaftar, dan bayaran tahunan sebanyak RM10. Semua sekarang bukan FREE tau, semua berbayar yang penting ada kelebihannya. Haaa gitewww, lagi satu korang boleh terus jadi ejen dropship Benang Hijau, boleh la korang tambahkan pendapatan tu. Kalau suri rumah lagi elok buat dropship kan, sekurangnnya ada juga duit yang mengalir masuk. Hiksss macam Mek Cah sendiri fokus pada jual baju baby, mana tahu selepas ni fokus jual koleksi dari Benang Hijau pula. Insyaallah.

kad keahlian benang hijau
 
Antara kelebihan pemegang kad ahli Benang Hijau?
  1. Diskaun 10% untuk semua produk Benang Hijau. 
  2. Automatik menjadi EJEN DROPSHIP Benang Hijau dan boleh promosikan produk Benang Hijau secara online.  
  3. Diskaun 20% pada hari jadi pemegang card.
  4. Preview produk baru dan promosi khas untuk Member yang akan diadakan dari semasa ke semasa.

ANTARA KOLEKSI PAKAIAN MUSLIMAH BENANG HIJAU

Cun bila tengok model ni pakai, tiba-tiba rasa teringin nak jugak. Gitewwww!


Tampil anggun bersama koleksi floral dan abstrak dari Benang Hijau, Inspirasi Wanita Anggun ! .

warehouse sale kedah
 

Orang Kedah jangan lupa serbu Benang Hijau dalam masa terdekat ni tau!. Paling penting boleh borong yang harga terendah RM5 tu. Nanti boleh belanja kawan-kawan, emak, kekasih dan bla blaaa bla. Banyak pilihan koleksi muslimah terkini yang boleh korang beli dengan harga kasih sayang. Lagi satu jangan lupa memohon kad keahlian Benang Hijau tau.


SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Percutian ke Sabah dan Tempat Menarik Boleh Dilawati

Percutian ke Sabah | Memang dah lama Blog Love is Cinta bercuti menulis tentang #Travelog. Kali terakhir bercerita kisah 'Pengalaman Menarik Di Trans Studio Bandung'. Itu pun 2, 3 bulan memori berlalu baru dikongsikan di blog, itu dah memang penyakit malas lagi-lagi baru je kahwin. Opsss, jadi yang ni alang-alang bulan Mac 2017 yang lepas, Mek Cah dan puteri kesayangan bercuti di Sabah. Cepat-cepat nak kongsikan memori ini takut makin terlupa dengan tempat menarik di Sabah. Mana tahu pengalaman percutian ke Sabah dapat dimanfaatkan oleh semua yang bakal bercuti ke sana.

Alhamdulillah nasib baik tempat penginapan di Sabah dah ada iaitu rumah kakak sendiri. Memang dah lama merancang untuk bawa Alisha Safiya terbang ke Sabah walaupun tanpa suami memandangkan suami sibuk dengan kerja. Alhamdulillah, sepanjang bercuti Alisha okay je, tak banyak sangat meragam cumanya malam waktu tidur ada la jugak Alisha mengigau teringatkan papa dia. Itu normal la kan. 

percutian ke kundasang sabah
Paling rindu tempat di sabah ialah Desa Cattle Dairy Farm, Kundasang
Oh ya! total kos penerbangan pergi dan balik dari Kota bharu ke Kota Kinabalu ialah RM300 tau, itu pun kos sekali dengan baby Alisha. Lagi satu seminggu sebelum fly baru Mek Cah booking itupun setelah dipujuk rayu oleh kakak Mek Cah. Hihihi

Sebenarnya ini kali ke-3 Mek Cah terbang ke Sabah dari Kota Bharu. Sebelum ni tak pernah pun kongsikan di blog. Tapi untuk kali ini sebagai kenangan Mek Cah nak kongsikan pengalaman dan antara tempat menarik yang korang boleh kunjungi ketika berkunjung ke Sabah. Okay, Mek Cah nak kongsikan antara tempat menarik yang sempat Mek Cah lawati di Sabah ialah :

1) Pasar filipina



 Pasar filipina sabah
Masa ni emak dah sangkut dengan satu kedai, terus borong dan packing siap-siap untuk dibawa balik semenanjung.

Hari pertama sampai di Sabah, terus singgah di Pasar filipina dan Pasar Malam Sinsuran. Sebut sahaja Pasar filipina memang dah ramai kenal sebab hanya terletak di bandar Kota Kinabalu sahaja. Semua pelancong dah tahu tempat nak borong ole-ole kat mana. Macam emak Mek Cah kalau ke Sabah tentu nak beli udang kering untuk berniaga di semenanjung. Selain itu, makanan ringan wajib beli tau untuk saudara di semenanjung. Kat sini memang popular dengan Amplang, Kuih Cincin, Kerepek , ikan kering, dan banyak lagi lah. Lagi satu masa ni popular dengan Biskut Garry. Jadi Mek Cah borong sekotak terus untuk dibahagikan apabila sampai semenanjung. 

tempat menarik di sabah 1
Memang mencabar kalau bercuti bersama anak, masa ni Alisha dah mengantuk kepenatan.

2) Pasar krangkraf 

Berhampiran kawasan Pasar filipina ada juga Pasar krangkraf, banyak pilihan kerongsang, gelang, butang baju melayu , baju tshirt cenderahati, beg galas, beg berotan, dan banyak lagilah. Korang juga boleh shopping ole-ole kat sini memandangkan Sabah memang terkenal dengan mutiaranya. Mek Cah tak lepaskan peluang untuk shopping kerongsang untuk mertua. Tips masa shopping, korang perlu survey dulu harga berlainan kedai barulah korang tidak tertipu dengan harga yang mereka tawarkan.

3 ) Pasar Malam Sinsuran

Emak Mek Cah memang excited kalau datang ke sini. Mana taknya semua makanan basah kat sini murah-murah je berbanding di semenanjung. Lagi satu ikan-ikan dan udang memang segar, terus emak Mek Cah shopping banyak-banyak sebab kami suka makan udang dan sotong. Hikss kami ke Sabah selama seminggu rasanya dalam 2x jugak la kami ke sini. 



tempat menarik di sabah
percutian menarik ke sabah

Korang!, jangan lupa tau beli pisang goreng kat sini memang terbaik, sedap. Sampai sekarang Mek Cah duk teringat pisang goreng Sabah. Memang banyak gerai yang jual pisang goreng tapi pandai-pandai la yer korang pilih sebab ada yang biasa-biasa je. Kalau dah nampak sedap tu beli je, jangan ragu-ragu tau. Selain tu, korang jangan lupa cuba air avocado kat Pasar Malam ni sebab sedap sangat. Di Sabah memang banyak buah avocado, harga murah berbanding dekat semenanjung. Airnya memang terbaik dari ladang, sedap! sampai Mek Cah balik semenanjung termimpi-mimpi tau!


tempat menarik di sabah
Nikmat makan pisang goreng sampai tak dipedulikan orang sekeliling.

4) Desa Cattle Dairy Farm, Kundasang



 
Desa Cattle Dairy Farm, Kundasang memang popular dikalangan pelancng. Ehem! ni masuk kali-3 kalau tak silap Mek Cah berkunjung ke sini. Memang tak pernah jemu untuk singgah di Desa Cattle Dairy Farm, Kundasang, almaklumlah tempatnya sejuk dan nyaman. Lagi satu bila kat sini korang boleh la feeling macam duduk kat New Zealand. lolzzz Tapi seyess pemandangan kat sini sangat cantik tau. Tak percaya? korang wajib singgah! Masa Mek Cah berkunjung ke sini memang ramai giler orang. Untuk dapatkan parking pun korang kena pusing 2-3 kali. Waktu weekend, masa ni lah ramai keluar bercuti dengan keluarga. 

tempat menarik di sabah kundasang

Masa kat sini jadi model produk kecantikan Suspa Beauty kejap. Tak salah support business adik sendiri kan. Korang jangan lupa cuba tau, memang terbaik. (Review Suspa Beauty Berkesan Untuk Kulit Berjerawat Dan Jeragat ).

Desa Cattle Dairy Farm

Bila korang sampai ke sini jangan lupa cuba susu lembu yang fresh dari ladang gitewww. Alhamdulillah harga tak mahal, harga mampu milik macam dekat shopping mall je. Tengoklah gambar ni, ramai giler orang. Disebabkan kempunan kami beratur juga, sabar tu yang penting.

5) Ladang Teh Sabah, Ranau

Selepas menghabiskan masa beberapa jam di Desa Cattle Dairy Farm, maka kami bergerak ke Ladang Teh Sabah yang terletak di Ranau. Perjalanan memang agak berbatu-batu jugak untuk sampai ke sini. Sayang tayar kereta oiiiii bila jalan atas batu-batu dengan jalan yang tak berapa okay. Ingatkan tak ramai sampai kesini, tup tup ramai jugak orang ke sini. Mungkin mereka semua tak nak melepaskan peluang melawat Ladang Teh Sabah , alang-alang dah sampai di Ranau kan.

tempat menarik di sabah ladang teh
Ladang teh Sabah terletak di kampung Nalapak dalam daerah Ranau iaitu kira-kira 120 kilometer dari bandaraya Kota Kinabalu, Sabah. Lokasi ladang teh ini berada di laluan lebuhraya di antara Telupid - Ranau iaitu selepas persimpangan ke Poring Hot Spring. Ladang teh ini berada di ketinggian 2,272 kaki daripada aras laut dengan keluasan ladang sebesar 6,200 ekar. Kawasan ladang teh ini dikelilingi dengan hutan rimba yang telah wujud sejak 130 juta tahun dahulu. Selain itu, ladang teh ini juga berlatarbelakangkan gunung Kinabalu dan merupakan ladang teh organik tunggal di Malaysia serta menjadi pilihan di dunia.

Alamat: KM 17, Jalan Ranau/Sandakan Kampung Nalapak Beg berkunci No.2, 89309, Ranau, Sabah, Malaysia

Waktu perniagaan: Dibuka hari-hari · 7:00PG–8:00PTG

Ladang Teh Sabah Ranau

tempat menarik di sabah
Gambar sumber dari Google
Dekat Ladang Teh Sabah, Ranau ni korang boleh beli teh Sabah original. Macam-macam perisa ada, kopi dan bla blaaa, memang ramai jugak la singgah beli kat sini sebab harga pun tak de la mahal sangat. Masa sampai tu matahari dah terik atas kepala, nak bergambar pun rasa macam malas je. Lagi satu bila bawa anak jalan-jalan ni kita kena tengok mood anak jugak kan kalau nak ambil gambar, kalau cuaca panas memang kesian kat baby. Tak gitu?

tempat menarik di sabah
Memang matahari dah tegak atas kepala, mood nak bergambar pun kelaut sudah!

5) Tagal Fish Sg Moroli Kg Luanti - Ranau

Alhamdulillah, sebelum kahwin Mek Cah dah berkunjung di sini. Sekarang dah ada anak jadi memang tak akan lepaskan peluang untuk bawa Alisha berkunjung ke Tagal Fish Sg Moroli Kg Luanti. Lagi satu Alisha memang suka tengok binatang, lagi-lagi yang banyak bergerak. 


Tagal' Luanti merupakan sebuah sungai yang menjadi lokasi pelancongan kerana terkenal dengan spa ikan yang terdapat di sini. Berbeza dengan ikan-ikan lain yang takut dengan manusia, ikan-ikan di sungai ini amat suka dengan manusia. Teheeee
 Alamat: Ranau Tagal Sg. Moroni, Malaysia
Waktu perniagaan: Dibuka hari ini · 8:30PG–5:00PTG


Tagal Fish Sg Moroli Kg Luanti - Ranau
Tagal Fish Sg Moroli Kg Luanti - Ranau

Untuk ke sini wajib ada tiket tau. Tapi Mek Cah tak pasti RM berapa yang mereka kenakan kepada pengunjung, tiket masuk ni abang ipar yang belanja. Alhamdulillah, lagi satu jangan lupa tau beli makanan untuk ikan RM1 sahaja, baru lah ikan-ikan semua datang tempat korang. Masa tulah korang akan mula rasa geli-geli dekat kaki dengan ikan tu semua. Fuh! kadang nak menjerit pun ada takut ikan-ikan tu semua gigit kaki. Huksss


percutian di sabah
Tagal Fish Sg Moroli Kg Luanti - Ranau
6) Kebun Strawberry
Yang ni Mek Cah singgah kejap je, memang excited nak masuk dalam kebun Strawberry, tapi bila tanya dekat kaunter buah Strawberry bukan pada musimnya. Jadi buah Strawberry pun kurang, apa yang menarik tiket masuk ke sini hanya RM1 sahaja tau tapi korang tidak dibenarkan untuk petik buah Strawberry tu. Yang penting jujur tau!

Jadi bila bincang dengan family, mereka cakap tak payah masuk lah sebab bukan musim buah Strawberry. Lagipun pengalaman makan buah Strawberry dah merasa di Cameron hari tu 'Tempat Menarik Di Cameron Highlands'. Okay redha, jom kita balik. 


7) Cowboy Town, Tuaran


tempat menarik di sabah

Cowboy Town Tuaran juga menjadi salah satu tarikan terbaru di negeri Sabah. Alhamdulillah Mek Cah pun sempat kesana bersama keluarga, masa kitorang pergi tengahari jadi memang panas lit litt tau. Singgah ambil gambar sahaja. Kawasan memang cantik ala Cowboy Town dan pengunjung juga boleh menunggang kuda tau. Nak tahu lokasi korang boleh google atau waze je tau.

tempat menarik di sabah
Alisha, tataplah kuda tu puas-puas yer . Lolz
percutian menarik ke sabah
Kami wanita terhebat, sasa, jaja , ma. :D
Selain itu, banyak lagi tempat menarik di Sabah yang belum sempat Mek Cah kunjungi. Antaranya ialah:-

8) Taman Kinabalu
9) Kundasang War Memorial
10) Pasar Pekan Kundasang dan Pekan Nabalu

11) Rumah Terbaik

Percutian ke Sabah Serta Tempat Menarik Boleh Dilawati | Itu sahaja lah sempat Mek Cah kongsikan dengan semua tentang percutian ke Sabah dan tempat menarik di Sabah. Insyaallah akan datang Mek Cah akan review tentang penginapan selesa di Kundasang jika korang merancang untuk bercuti di sana. Papaii, penat tau menulis. Fuh!

SMS/WHATSAPP: +6010-8931044
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...